Wednesday, April 13, 2011

Mari Belajar Buat Acuan Kuih Tako

By Jalilah

 Cara Buat Acuan 

Cara-cara membuat acuan kuih tako dah lama izan dapat, itupun melalui email. Tak susah membuatnya asalkan kita practice. Ingatttt..."prektis mek perfek". Jika tak faham juga tenung gambar tu lama-lama dan tenung daun pandan kita lama-lama. Jangan tembus daun pandan tu sudah! hahaha...

 

 Lipatkan daun pandan sebanyak 5 lipatan
Guntingkan setiap lipatan, gunting sampai ke tulang tengah daun
Cantumkan setiap guntingan itu selang seli seperti anyam tikar 


Selitkan yang ke 5 akhir ke dalam bahagian 4 supaya kemas
dan klipkan
Alaskan bahagian bawah jika ia berlubang. 


Resepi Kuih Tako
By mesra.net

Bahan-bahannya:

Lapisan bawah
  • 30 gm tepung hoen kwee
  • 90 gm gula
  • 300 ml air
  • 6-8 biji sengkuang cina - dibersihkan dan dipotong dadu
Lapisan bawah
  • 270 ml santan
  • 20 gm gula
  • 20 gm tepung beras
  • secubit garam
  • Daun pandan atau beberapa bekas kecil untuk acuan
Cara-caranya:
  1. Masukkan semua bahan untuk lapisan bawah ke dalam periuk. Masak atas api perlahan hingga pekat.
  2. Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan. 
  3. Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan ke atas lapisan pertama.
  4. Biarkan sejuk dan hidang.

3 comments:

MIZZ SUE (asam.garam.gula) said...

RASENYE MAMA SU PERNAH BUAT KUIH NI..TAPI SU KURENG MINAT YG GUNA SANTAN..HIHI

✿❤ IzanCraft ❤✿ said...

MIZZ SUE: jom buat kuih tako pakai susu cair...agak2 boleh tak..hehehe ^__^

rostina76 said...

salam izan. akak guna blog awak belajar bt acuan kuih tako.tq for sharing

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...