Showing posts with label Join Segmen Blog. Show all posts
Showing posts with label Join Segmen Blog. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Tangkap Follower Sebanyak Mungkin

Salam...
Izan join segmen ni... kalau korang pun nak banyakkan followers jugak.. jomla join sama.
nak join  KLIK SINI

Followers Izan sekarang 705
Izan tag kepada semua yang masuk blog ni... ;)


harapnya makin bertambahlah followers ku...ngehngehngeh...

Sunday, September 16, 2012

Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam

Salam...
Dah malam ni ngantuk nak tidur. Sebelum tu apa kata korang join ni dulu

klik SINI untuk menjoinkan diri

syaratnya pun sangat mudah

Followers sekarang : 528

Tuesday, May 24, 2011

Tag 5 Perkara

keboringan melanda diriku ini. Tadi jalan-jalan tetiba tengok Cik Ezy ada buat tag nih. Ahkak pun nak buat...hehehe. Saja jer sebab senang dan nak habiskan masa.

5 tarikh penting
  • tarikh wedding enibeseri
  • tarikh 1st date...heheh
  • tarikh lahir sendiri
  • tarikh lahir family
  • tarikh apa lagi yer...hurmmm tarikh road tax keta mati kot..hehe

5 perkara dibuat semalam
  • hantar anak sekolah
  • datang kerja
  • pergi kedai beli lauk
  • basuh baju 
  • tengok tv...dah cukup 5..

5 perkara buat korang happy
  • pergi shopping...walaupun hanya window shopping tetap hepi
  • dapat hadiah
  • anak-anak dengar kata
  • dapat keluar jalan-jalan dengan family
  • anak dapat markah tinggi dalam kelas...^^

5 sebab jawab soalan ni
  • takde kerja lain...
  • banyak masa terluang
  • soalan senang
  • takde idea nak buat entry lain
  • memang saja cari segmen macam ni di masa terluang

5 kawan yang nak di tag

takde kerja...cari kerja...hehehe

Monday, May 09, 2011

Join Segmen Blog Cik Cempaka

Tadi jenjalan tiba-tiba Izan jumpa blog yang comey iaitu blog Cik Cempaka
Izan sukaa sangat dengan blog tuh! Ada banyak doodle tau...
picit perut doodle tu untuk ke blog cik cempaka..;)

Izan suka blog dia yang ada dot dot pink....santekss sangat...ceria jer...
Blog dia kemas dan tak berserabut...

Cik Cempaka ada buat contest tau. Peserta bertuah akan dapat doodle comey. 

Izan tag semua yang baca blog Izan nih...^^

harap Izan dapat menang doodle tu...hehehe...

Friday, May 06, 2011

Pinky Momma Ajak Gelak Sampai Terkeluor Gusiku ;D

Salamm... ^__^
Petang jumaat nan indah ini, dengan angin ekon yang sepoi-sepoi bahasa...jom kita join segmen dari Pinky Momma. Kita bukan saja gelak sampai terkeluor gusi, tapi kita gelak sampai jatuh kerusi yer...


Izan ajak semua join yer, klik banner tu....beramai-ramailah kita memeriahkannya...biar Pinky tak tido, tak makan dan tak mandi untuk review blog kita...hahaha...tanduk dah naik... :p

Izan pening jugak nih duk pikir cerita apa yang paling kelakar, dan yang boleh buat Izan menang besar punyaa...! Banyak cerita rasanya...tapi, apesal time-time memerlukan semua tak nak muncul...huhuhu....benciiii...

Tingggg...tetibaa....hehehehe....
Ini Cerita terkejut nak luruh jantung tapi juga kelakar... Kalau Mr Daddy baca cerita ni ampunnn sesangat yer. Janganla marahh...hehehe...

Masa tu Izan dah nak tidur, baring-baring macam mamai-mamai... Lampu pun dah padam masa tu, cuma adala cahaya dari bilik air. Izan terdengar 3 beranak tu (Mr Daddy, Danish, Adelia) tengah main-main, gurau-gurau...lepas tu Mr Daddy suruh anak-anak dia buat facial. Sebenarnya tu cara dia nak main sambil dia boleh lelapkan mata. Izan dah terlena dan dah di buai mimpi kot masa tu. 

Tertiba hidung ni macam terbau sesuatu. Dengan mata yang mengantuk dan mamai tu Izan bukak mata. Haaa...kau! macam nak luruh jantung ni tetiba nampak hantu kat sebelah... putihhhhh jer muka... Ya Allah Ya Rabbi... Apa lagi terjerit-jeritlah Izan... Rupanya budak-budak tu tak tido lagi dan tengah syok menepek bedak dekat muka Daddy diorang... 

Bila Izan menjerit Mr Daddy pulak bangun sambil mata terkebil-kebil. Lagilah Izan takut, dahlah mata dia besar dengan muka putih macam hantu. Lepas tu tanya pulak, kenapa...kenapa?
Hishhhh... Daddy, pergilah tengok muka kat cermin tuh... hahahah... lepas tu nak tergelak pun ada... Aduhaii budak-budak ni habis sebotol bedak di tuang dekat muka Daddynya... Yang herannya, Daddy dia tak rasa lemas pulak...lagi syok dia tido sebab muka di urut-urut... Adeh!  

Sebenarnya ada amik gambar masa tu. Tapi, takleh tunjuk kat sini... nanti ada orang marah...

Friday, April 29, 2011

❤ Bestnya Duduk Di Teratak Pinky Momma

Suasana nyaman dan menyegarkan dengan kaler pink sangat ku cintai...menjadikan blog ini antara blog yang akan aku kunjungi setiap hari. Rasanya tak sah walau sehari tak menjengah ke rumah Momma pink nih.

Klik sini yer kengkawan untuk ke blog pinky Momma

 Ibarat kata, makan tak kenyang, mandi tak basah...tapi tidur lena pula...hehehe... Kalau tak jenguk sehari orang kata sampai boleh mengigaulah... pinky...pinky...pinky...begitulah kekdahnya... serius penyakit nih...

Selain kaler dia yang 'Fink' tuh... Izan suka celoteh dia yang mengalahkan mak nenek. Suka buat Izan sakit jantung dengan cerita suspen dia. Pandai ni create cerita... sampai geram nak babab montot dia...

Pinky Momma ni seorang yang peramah lagi baik hati. Siapa yang tak suka pergi rumah orang yang baik hati siap di layan bagai seorang puteri... betul tak? Cakap jer nak apa? Macam-macam ada...

Dannn yang paling penting sekali Izan suka tengok dia... Lawa walaupun dah nak dapat menantu. Bila nak dapat menantu Izan pun tak pasti... Anak-anak bujang dia hensem-hensem wooo... Kalau nak tahu rahsia dia cantik menawan kalbu pegilah jengok teratak dia yang indah nan permai itu... dan tanya apa rahsia dia... psstt...Izan dengar dia ada pakai susuk.

Thursday, April 28, 2011

OdahOne Giveaway l Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya

Salam all... pagi ni buka blog jer... Eheh! ada orang nak kasi hadiah kat Izan... Free u... Cantik tak? cantik tak? Kepada sesiapa yang nak hadiah beg yang gojes ni...

kerongsang jurai elegant ni...

dan banyak lagi hadiah yang menarik...sila terjah blog OdahOne

 rugi ler saper yang tak nak hadiah ni... kepada yang nak tu...jadi, apa tunggu lagi... jom ramai kita terjah blog dia...

Izan tag AZIE_YANA dan Jusz
dan juga kepada semua yang membaca blog Izan...

Sunday, April 24, 2011

Pinky Momma...Daku Memang Pelik Sikit...

klik sini untuk join segmen Pinky Momma...bestt wooo...

Kepelikan yang daku alami ini tak ku ingat bila ianya bermula. Kalau boleh tak nak ingat benda-benda macam ni sebab ianya tak best punnn....

Izan sangat alergik dengan bilik mandi dan toilet kotor. Sangat geli okey... Sanggup tahan kencing semata-mata tak nak bau dan tengok benda kotor. Mesti teringat dan akan terbawa-bawa sampai bermimpi. Mimpi yang sangat menjijikkan. Bukan nak berlagak, sombong atau apa. Tak suka sangatt. Tak suka mimpi begitu. Kalau mimpi pergi tempat best-best takpe jugak. Hurmmm...

Kepelikan ini telah turun kepada anak Izan yang 1st (Ahmad Danish). Dia cukup tak suka toilet kotor. Kalau pergi bercuti ke apa dia akan komen bathroom dulu. Pernah kitorang tinggal dekat chalet yang agak murah, dia boleh komplen cakap bilik mandi nenek dia lagi lawa. Memang demand tinggilah budak tuh... favourite place dia hotel tau.. jangan memain... tempat tidur dan bilik air yang cantik menjadi keutamaan. 

ni lah budak berlagak tuh... :p
macam dunia dia yang empunya...hehehe...

Tak tahu sampai bila penyakit ni akan hilang. Izan harap sangat mimpi tersebut takkan muncul lagi....amat tak sukaaaaa.....

P/s: Goodbye mimpi buruk...selamat datang mimpi-mimpi indah...

Saturday, April 23, 2011

Ada Orang Cari Pasal...!

 Nampaknya ada orang saja cari pasal dengan Izan. Siapa lagi kalau bukan Mamadiana. Saja tau cari pasal dengan Izan yer. Ni haa nak balas dendam... 


Sebenarnya mamadiana yang baik hati ni nak kenal-kenal Izan dengan lebih rapat. terima kasih yer mama... 
Izan cuba jawab soalan-soalan mama tu dengan seikhlas hati yer.



Apakah status anda?

Seorang hamba Allah, anak kepada kedua ibu bapa yang sangat penyayang, isteri kepada suami yang sentiasa berada disisi ketika susah atau senang, ibu kepada sepasang cahaya mata yang comeyy dan cerdik, dan juga menantu kepada kedua mertua yang sangat baik hati.

Ceritakan tentang diri anda?


Izan sebenarnya seorang yang pemalu. Susah nak tegur orang yang tak kenal. Susah senyum kot. Dan suka buat hal sendiri....contohnya kalau berjalan tak tengok orang... tengok jalan jer takut tersepak batu...hahaha... Kalau orang tak kenal Izan orang kata Izan sombong. Bila dah kenal Izan, biasanya orang itu akan jadi kawan baik... dan sebenarnya Izan seorang yang suka bergurau.

Cerita Tentang Blog Anda

Izan bagi nama "Segalanya Untuk Cinta"...sebab izan akan masukkan semua entry yang Izan suka buat. Dulu buat tajuk blog pasal masak memasak tapi dah tukar sebab jarang letak entry pasal memasak. Izan suka masak dan suka try resepi baru. Tapi malangnya jarang ada masa nak ambik gambar apatah lagi nak letak gambar kat sini...tak pandai ambik gambar sebenarnya...semua jadi huduh...

Apa pandangan anda tentang dunia blog?

Blog ni boleh buat kita rasa macam tak cukup masa. Sampaikan izan boleh lupa berpesbuk... Dunia facebook dah tak indah dah. Cakap jerlah dah boring dengan facebook...hehehe... Izan suka membaca sebenarnya sebab tu suka blog. Suka tengok blog masak-masak terutamanya, boleh mengasah skill memasak. Kalau rasa diri dah terror masak sebenarnya ramai lagi yang terror. Sangat kagum bila orang yang memasak ni boleh ambik gambar cantik-cantik lagi.

Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog

Izan pun sangat baru dalam dunia berblogging ni. Jadi, Izan yang kena banyak belajar dari otai-otai blog.

Nyatakan keunikkan yang ada pada blog anda?

Tiada yang unik dekat blog Izan nih. Biasa-biasa saja. Cuma Izan suka kongsi resepi yang simple yang budak sekolah rendah pun boleh buat. kalau boleh Izan nak cari ramai kawan.


Sampai bile hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

Menulis blog ni selagi terdaya dan selagi hayat di kandung badan. Semoga Izan sentiasa ada idea nak buat entry dan berharap blog ini akan menjadi rujukan untuk masa depan.

P/s: Harap mamadiana berpuas hati dengan jawapan Izan. Thanks mamadiana...^__^

Tuesday, April 19, 2011

SAYA NAK JADI BLOGLIST SIMANIS-CADBURYLADY


Hai, hai, hai... Jom join contest nih...
Simanis-Cadbury  nak cari 20 blog Perempuan dan 10 lelaki untuk di masukkan dalam bloglist dia....
terbuka buat semuanya.. siapa nak join, ikut syarat-syarat yang diberikan. 

Hadiah menarik menanti anda...
Saya harap hadiah itu menjadi milik saya... *wink *wink...^__^

Saya tag kepada semua yang baca blog saya... pergi join sekarang! Kalau tidak anda akan menyesal...

Pinky Momma Nak Bagi Banner FREE!

 

 Saya nak banner yang Pinky Momma pakai sekarang saya nak letak muka saya kat situ...hahaha...gila kuasa sekejap. Jeles giler tengok font kaler pink dengan muka lawa dikelilingi bunga-bunga cantik kaler pink... Nak jugakkk.... hehehe...Jangan terasa yer Pinky...gurau-gurau di pagi hari...:p


Sesiapa yang nak banner free pergi mintak dekat Pinky Momma. Hari ni dia bermurah hati nak bagi.

Saturday, April 16, 2011

*Segmen Meminang: Pinky Momma...Tolonglah Sampaikan Di Angin Lalu~

First time nih Izan join segmen dekat blog. Ada salah silap harap dimaafkan yer... Kalau pilih blog mana yang Izan suka tentulah Izan pilih Pinky Momma...sebab Pinky Momma baik, tak sombong walaupun dah femes dan blog dia cantiks amats... Izan pun suka pink..^__^ 

siapa yang nak join segmen ni sila klik sini


Pinky Momma tolonglah sampaikan di angin lalu

Izan sangat suka blog Che Mat Gebu kerana blog tu menjadi ilham untuk Izan memasak dan mencuba resepi baru. Cara Che Mat yang santai dan bersahaja membuatkan resepi itu indah dan istimewa. Tanpa dipaksa-paksa Izan akan cuba resepi yang dia bagi. Walaupun dia suka derhaka dengan resepi, itulah yang membuatkan sesuatu masakan itu UNIK...
Saya suka
Blog Che Mat Gebu 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...