Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Friday, October 05, 2012

Roti Telur sahaja Pagi Ni

Assalamualaikum...
Dah pukul 10 pagi rupanya... Hari ni terasa cepat pulak masa berlalu. Al-maklumlah banyak kerja. Kalau takde kerja punyalah hazab rasa nak hadapi jam-jam berikutnya...hehe. Izan baru nak breakfast ni. Minum milo kosong bersama bekal roti telur sahaja. Dah lama tak buat roti telur. Roti ni simple jer buatnya. Izan campurkan 2 biji telur, fresh milk secukup rasa dan sedikit garam. Kocak dengan garfu dan celuplah roti tu dan goreng atas pan. Tak payah letak minyak pun takper. Tapi, Izan goreng letak butter sikit.

Biasanya Izan siapkan dengan sosej rebus. Tapi, pagi tadi dah tak sempat nak merebus sosej jadi makan jelah roti telur togel macam tu. Roti ni boleh juga makan dengan jem, sekaya atau peanut butter... Walahh... terliur pulak bila sebut jem.. tetiba teringat jem stoberi dan butter... hehe... Izan tak boleh berlama-lama menghapdet blog nih. Kerja tengah menunggu Izan siap menjeling lagi tuh... hehe...
Tata ;)


harapan semoga semua kerja settle hari ni.

Wednesday, September 19, 2012

Kalau Campur Begini Ku Memang Suka

Salam...
selamat pagi... Good morning...
Izan tengah breakfast nii...wahaha... *kecoh!
Milo kosong bergandingan kuih berger malaysia 2 biji dan mee + bihun goreng. Kalau ada kue tiaw meh campur sekali biar serasi bersama.... hehehe... Umppph! memang nikmat bila milo panas dihirup dalam suasana sejuk dingin begini... dan kesimpulannya... Alhamdulillah kenyang :)

Hey! korang yang belum breakfast! pergi sana makan cepat... Nanti perut masuk angin susah. Perut Izan ni pagi-pagi dia dah mintak makan. Dah kenyang diam la dia. Kang kejap-kejap lagi kalau mintak buang pulak tak tau lah ;p bila dah kenyang tunggu apa lagi? Kerja...kerja... nak tunggu nampak muka boss dulu baru nak start kerja...? Haish!

lalalala...

Tuesday, April 26, 2011

Breakfast Apa Hari Ni?

Kawan-kawan semua dah breakfast ker? Ada yang makan nasi lemak, mihun goreng, mi goreng, tu kue tiaw goreng pun ada... eh, karipap pun ada... sedap tuh! ^__^ Jom share dengan Izan kawan-kawan makan apa untuk breakfast hari ni... Bread Maker Izan buat roti aje hari ni. Izan Main campak-campak aje. Jadilah roti kismis. Cicah dengan kopi kopiko jer...


Sunday, April 24, 2011

Cakoi Power

Cakoi yang sentiasa ku buat. Resepi sangat mudah. Mula belajar buat cakoi sejak anak bujang Izan (Ahmad Danish) suka sangat minta belikan cakoi selepas balik dari sekolah. Kalau cakoi dah habis alamatnya mucung panjang ke depan. Merajuk ler apa lagi...huhuhu...Puas ler kami duk cari mana-mana gerai yang ada untuk puaskan hati dia. Sebelum ni tak terfikir nak belajar pun. Rupanya senang jer. Balik dari kerja pun sempat lagi buat untuk makan petang...sebelum maghrib...hehehe...

 
cicah dengan sambal sardin

makan dengan karamel pun sedap...
ni resepi karamel tekan sini

Cakoi Power

Bahan-bahannya:
  • 400gm tpg gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin (cairkan)
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat manis 
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu teh yis kering (mauripan)
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • minyak utk mengoreng 
Cara-caranya:
  1. Satukan kesemua bahan, kecuali tepung. kacau sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli lagi. 
  3. Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.  (adunan ni memang lembik sikit, melekat sikit tu takper) 
  4. Biarkan selama 1/2 jam. Tutup dengan kain lembab. 
  5. Canaikan doh setebal 1/2 cm. Buat dalam bentuk segi empat tepat. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci. 
  6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut. Cantumkan 2 kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain. (kalau susah-susah sangat korang buat jer bentuk sesuka hati...kalau takde rupa cakoi, tak tahu haaa....)
  7. Panaskan minyak, tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
 P/s: Harap semua dapat faham cara buat nyer...

Friday, April 15, 2011

Potato Bread...Hmmm...Yummy Mummy...

Hai...kat sini ada resepi potato bread untuk dicuba. Bila tengok resepi tu, aduhaii malasnya nak buat.
Macam susah jer kan. Tapi, bila dah buat mesti anda akan mengulang-ulang membuatnya.
Mr Daddy dan anak-anak suka roti ni. Kalau roti biasa-biasa tu macam letak pandan paste ker, red bean ker...pandang pun tak hingin...ngada-ngada tau! Potato bread ni rupanya tak susah pun..Izan ni malas jer lebih. Izan suruh makcik breadmaker mengulinya...hehehe...senang kerja i... Sejak ada makcik tu dah malas nak pegang tepung...nyampah tau...! Apa lagi duk pot pet pot pet...tengoklah resepi tu...

nilah...roti yang sangat yummy...

 roti tengah peram...dah kembung...sedia untuk dibakar
 

By Alex Goh  @ mamafami.fotopages.com

Ingredients :

(A)

  • 600g bread flour
  • 70g sugar
  • 1 1/2 teaspoons salt
  • 1 1/2 tablespoons milk powder
  • 4 teaspoons instant yeast
(B)
  • 1 egg
  • 270ml cold water

(c)
  • 120g mashed potato (izan guna potato flakes)
  • 60g butter
(D)
  • Custard
Method :
  1. Mix (A) till well blended. Add (B) and knead to form a dough.
  2. Add (C), continue to knead to form a smooth and elastic dough.
  3. Make the dough into a ball. Put in a bowl and cover with clear film. Put in a warm place to prove for 45 minutes.
  4. Mould the dough into a balll and leave it to rest for a further 15 minutes.
  5. Divide the dough into several 30g pieces. Mould them into balls and put them on a greased 23cm square baking pan, 16 pieces per pan. Makes 2 pans.
  6. Cover and leave to prove for 40 minutes or till twice the size.
  7. Brush with egg wash and pipe the custard to make a cross on top.
  8. Bake at 180 C for 25 minutes on the lower shelf of the oven. Serve.
** As the dough is a bit sticky, put some flour on your hands before you start to make into balls.
Custard:
Thoroughly mix 30g (60ml) custard powder, 30g (375ml) sugar and 50ml milk, while 450ml milk is being brought to boil. Add boiling milk to mixture, stirring well. Return to low heat, stirring continuously until it thickens. Recipe to be adjusted because I think it's just too much for this recipe.

Thursday, April 14, 2011

Roti Mata Kerbau...Lazat..!!!

Idea untuk anak-anak yang susah nau nak makan... kalau dah nampak sedap macam ni mak dan bapak budak pun berebut nih! haish..apa lagi tengok cara buat dia nun di bawah sana...

By Islamic E-book

 Pertama sekali buat lubang di tengah roti macam ni...


Sapukan dengan butter dan mayonis...

Pecahkan telur dan masukkan di tengah-tengah roti...

Bakar sehingga garing...kalau tak nak hangus macam ni bakar sekejap jer...hehehe
Taburkan lada sulah dan daun sup


Sedia untuk di makan...sila...sila jangan malu-malu  

Sunday, April 10, 2011

Bun Asas Dari Chef Anuar

Sebenarnya bun ini dah selalu Izan buat tapi tiada masa nak buat enrty. Resepi roti dari Chef Anuar ni sangat mudah dan menjadi. Ada juga disediakan tips untuk memudahkan anda membuat roti ini. Anda boleh letak apa saja inti kesukaan. Seperti di bawah Izan letak inti cheese di dalamnya, tabur cheese di atasnya atau anda boleh bentuk seperti cinnamon bread. Izan suka bentuk doh dalam kuantiti yang kecil biasanya dalam 30 gm setiap doh, Senang nak ngap..budak-budak pun kurang membazir.


By Chef Anuar

Bahan-bahannya:
  • 400 gm Tepung Roti (High Protein Flour)
  • 12 gm Ragi Kering (Brand Mauripan boleh) - kalau guna freash yeast double the quantity
  • 1 gm bread improver (optional)
  • 6 gm garam
  • 50 gm telur (approx. 1 biji gred B)
  • 48 gm gula castor
  • 12 gm tepung susu (susu anak pun boleh)
  • 60 gm marjerin
  • 190 ml air

Cara-caranya:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali telur, marjerin dan air. Gaul sebati
  2. Masukkan telur, marjerin dan air. Uli sehingga doh elastik @ tidak lekat di tanganTutup doh dengan cling film/tuala lembab. Biarkan doh nak hingga double the size
  3. Tumbuk doh. Bahagikan doh kepada bahagian2 kecil yang sama saiz. Timbang dlm 50-60gm sebiji. Rehatkan antara 5 - 10 min.
  4. Isikan inti dan bentukkan mengikut pilihan.
  5. Rehatkan lagi sehingga kembang dua kali ganda.
  6. Sapu telur dan bakar sehingga masak dengan suhu 190 darjah celcius selama 15-20 minit.


Cinnamon bread dalam proses membakar

tu diaaaa...dah siap dibakar...ada macam kat cinnabon tak... 

Roti yang ada inti cheese tangah rehat...tengah tunggu kembang

Roti inti cheese sedia di ngap...

  
tabur dengan grated cheddar cheese
P/s:
  1. Pesan Chef, jangan masukkan kesemua air. Gandum yang digunakan mungkin berbeza dari segi kandungan air. 
  2. Suhu dan masa membakar adalah bergantung kepada oven yang digunakan.
  3. Nak suruh doh naik cepat senang jer, masukkan dlm kereta yg tertutup (ni chef ajar)/panaskan oven, tutup, pastu masukkan doh. mmg naik tak hengat/ masukkan dalam kotak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...