Sunday, April 10, 2011

Bagaimana Nak Tarik Orang Ke Blog Anda?

Camana nak tarik orang ke blog anda. Penting ke? Memang penting, kecuali anda buat dan menulis blog untuk diri sendiri, catatan paling personal atau untuk eksperimen sahaja. Kalau  buat blog bisnes dan menjual barang-barang secara online, tanpa pengunjung bagaimana pula perniagaan mahu laku?
Kalau buat blog untuk menulis puisi, anda tentu mahu pengunjung datang melihat keindahan puisi anda sambil buat review.
Orang memblog kerana mahukan respons.
Tapi bagaimana jika tiada orang datang ke blog anda? Hurmmm...
Di sini ada tips yang Izan ambil dari forum...perhatikan samada anda sudah buat semua ni atau belum untuk menarik jumlah pengunjung ke blog anda...

1.Kandungan Blog yang berkualiti
    Kandungan blog yang berkualiti tidak bermakna anda menulis perkara yang pelik-pelik sampai pengunjung sasaran anda tidak faham apa yang ingin anda sampaikan. Ingat, anda sentiasa memiliki pengunjung sasaran tersendiri. Katakan anda menulis blog tentang Bahasa Inggeris dan Pencemaran Bahasa Inggeris, pengunjung yang bagaimana anda ingin sasarkan? Golongan ini mungkin terdiri daripada mereka yang fasih, sederhana dan lemah berbahasa Inggeris. Kandungan blog anda harus berjaya menarik ketiga-tiga golongan ini. Pengunjung akan berasa hampa jika kandungan blog anda sentiasa sama dan sudah biasa dilihat di laman web lain. Mereka akan datang ke blog anda jika mengesan kelainan kandungan di blog anda. Jika benar kandungan anda juga copy dan paste dari web lain sekalipun, cara penyampaian anda sedikit sebanyak memberikan kelainan yang boleh menarik pengunjung.


2.Menyertai Group, Kumpulan, Forum dan Listing Berkaitan Komuniti Blog
    Sentiasa mengambil tempat dlm kumpulan-kumpulan seperti ini. Anda boleh jadi pendengar yang duduk di tepi rumah. Anda akan lebih mengetahui tentang dunia blogging, kemajuan dan perkembangan, teknologi terkini, perubahan pemikiran blogging. Dan masuk ke dlm komuniti ini merupakan sesuatu yang tersangat la baik. Anda perlukan komen-komen rakan seblog untuk memperbaiki blog anda. Mungkin juga anda boleh berkongsi blog anda dengan orang lain dan memberi tunjuk ajar kepada orang lain fasal blog anda.


3.Anda memiliki RSS/Atom/XML Feed
    Kadang-kadang, anda memang perlukan ini. RSS merupakan satu kaedah atau alat untuk memudahkan pengunjung blog anda meletakkan blog anda di dalam senarai bacaan kegemarannya. Ada sesetengah(yg merupakan bertrillion orang) pelawat dan pembaca blog tidak gemar menaip url yang sama berulang-ulang kali. Permudahkan pengunjung anda. Sediakan RSS feed supaya anda tidak kehilangan pengunjung yang mungin lupa akan kebagusan blog anda. Kalau anda update blog sekalipun anda tidak perlu berkejar-kejar ke sana sini untuk memberitahu orang bahawa blog anda telah diupdate.


4.Sentiasa melawat blog orang lain
    ...dan bagi komen anda! Jangan takut untuk melakukan ini. Anda perlu ada keyakinan sedikit, bukan sekadar menerima komen orang. Kadang-kadang anda akan belajar lebih banyak dengan cara begini. Dan yang paling menarik, sertakan juga link blog anda di dlm komen tersebut. Kalau anda bagi komen di shoutbox biasanya ada ruang untuk anda letak link anda sendiri. Ia memudahkan org lain buat backlink bg url blog anda. Kadang-kadang link yang anda letak di shoutbox lagi glamer di google berbanding tag lain. Tak caya? Letak komen banyak-banyak beserta link anda di shoutbox orang lain, dan taip nama blog anda di google. Top List, kebanyakannya datang dari shoutbox orang lain yg anda lawati! Dan, komen anda tidak harus bernada bongkak. Orang bongkak akan dapat perhatian juga,tapi sekejap saja.Orang akan muak dengan anda.


5.Sertakan alamat blog anda.
    Letakkan di mana-mana sahaja. Jadikan ia sebagai signature anda di forum, email, dan sebagainya. Cara ini bagus juga. Kalau kena promosinya orang akan tertarik datang ke blog anda.


6.Sertai Direktori Blog
    Sertai direktori-direktori blog kawasan anda seperti http://www.petalingstreet.org/ atau pertandingan blog seperti http://www.malaysiatopblogs.com/  . Ada orang mahu membaca blog tetapi tidak tahu dimana harus bermula. Mereka ini akan merayau-rayau mencari blog dengan tajuk dan headline paling menarik untuk dibaca.


7.Link ke Blog Orang Lain
    Bina satu section dimana blog-blog yang anda kumpul dan minati berada di situ. Cara ini berkesan juga. Katakan anda buat satu link ke blog saya, dan berkunjung ke blog saya, memberi komen-komen positif,dan sertakan juga laman blog anda. Saya mungkin akan datang ke blog anda dan berkata  'wah, ada link aku disitu!'. Mereka mungkin akan link anda kembali, mungkin tidak. Jika mereka buat link ke blog anda, itu sudah cukup bagus. Jika tidak, jangan merayu .Nampak sangat anda desperate. Anda bukan desperado. Desperado tidak memblog. Anda ialah blogger. Orang datang ke blog anda untuk baca apa entri yang terbaru, bukan sebab anda mendesak mereka. Dan cukuplah mengumpul link yang anda tidak pernah pergi pun ke sana! List anda mungkin cantik dan menampakkan keaktifan anda, tapi mmg useless.


8.Selalu Update
    Tiada apa yang lebih memusykilkan pengunjung blog jika melihat entri yang sama berada di bahagian atas setiap kali berkunjung ke blog anda. Pengunjung tegar akan datang setiap hari. Pengunjung regular akan datang sekali sekala. Pengunjung yang curious akan datang sekejap-sekejap mencuri idea blog anda. Biarkan mereka.Tapi jika tidak update mmg janggal juga. Anda update blog anda, anda akan ada banyak kemungkinan mengepost entri yang bernas, atau mengubah layout blog. Pengunjung akan lebih seronok datang ke blog anda untuk membaca, mengomen, dan juga untuk mencuri idea dekorasi blog. Ini sudah bagus...^__^


9.Sabar
    Tidak mungkin blog anda akan glamour dalam masa 4 hari. Sesetengah blog mengambil masa yang berbeza untuk jadi glamour seperti yang anda lihat sekarang, semua dengan usaha-usaha yang tak terlampau banyaknya (atau usaha yang sedikit tapi cerdik!). Jika anda memblog untuk seminggu dan sedih sebab tiada orang datang ke blog anda, itu normal. Teruskan mempromosi blog anda dan update kandungan blog anda selalu.


10.Tolong Adakan Tempat Untuk Visitors Komen
    Ada banyak jenis manusia yang melawat blog anda. Ada diantara mereka cukup suka bagi komen terhadap certain post yang mereka rasakan bagus, teruk, memualkan, bosan dan kadang-kadang komen yang tidak berasas. Biarkan. Orang akan kembali hanya untuk mengkomen. Jadi, bina satu tempat komen atau enable kan tempat komen di blog anda. Kalau anda takut orang akan cantas dan kutuk anda, guna sistem commenting macam haloscan, anda boleh delete komen yang tak best itu. Dan jangan lupa sistem verification juga penting..kalau tak lagi senang spammer nak musnahkan kotak komen anda...........Dan, sila balas komen anda. Jadikan comment box anda sebagai tempat berborak.


11.Berinteraksi dengan pengunjung
    Shoutbox anda adalah satu objek yang mana anda boleh berinteraksi dengan pengunjung. Ada lagi cara lain. Ada orang datang ke blog anda hanya untuk membaca pada asalnyaa...tapi tetiba hasrat mereka terpesong setelah melihat satu kotak kecik di hujung blog anda atau di tengah2 posting anda. Apakah itu? Itulah benda-benda yang seronok dan menyonokkan macam kuiz, trivia, poll dan sebagainya..apa-apalah yang boleh buat orang take part...Mustahil orang tak akan tertarik dengan objek-objek ini kalau ia dipersembahkan dengan baik dan berkesan. Dan selalu buat kuiz yang segar bugar untuk buat kuiz anda...soalan-soalan macam 'Adakah anda benci dadah?' adalah tak best..senang citer..


12.Tambah Sendiri di sini....Macamana anda menarik pengunjung datang ke blog anda? 

20 comments:

kemei said...

salam prkenaln kmbli...tq.....
welcome to blogger jugak..
sama2 kita ceriakn blogger k~:)

~~Ticer Wann~~ said...

nice tips...tq :)

man said...

Thanks...good information.

✿❤ IzanCraft ❤✿ said...

kemei: yer, sama2 lah kita menceriakan dan memeriahkan blog kita..^__^

~~Ticer Wann~~: tq..^__^

man: tq..^__^

Cikyan bini MrRuffey said...

singah cni pulak..aish..terliur tgk coklat kt header tu...yum yum

✿❤ IzanCraft ❤✿ said...

Cikyan bini MrRuffey: tq singgah...^__^ coklat tu mmg nampak sedap...:)

Idah said...

good info for new blogger mcm saya ni..ikuti en3 terbaru saya
http://daridapuridah.blogspot.com/2011/04/rozita-che-wan-berkawan-rapat-dengan.html

✿❤Cik Izan❤✿ said...

Idah: ^__^ ...dah tentu saya akn dtg jenguk awk nti...tungguuu...

Cik Kasut said...

salam hai saya baru lg dlm blog nie.....nice blog....cantik sangat.....banyak benda lagi yg perlu saya blajar n blog pn byk benda lagi yg kena boh :)

Cik Kasut said...

jgn lupa ziarah blog saya
http://kasutselipaar.blogspot.com
tq...

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

Cik Kasut: thanks...^__^ nantikan kemunculan saya di bolg kamu yer...hehehe...

myra said...

tips yg menarik sis ! hee
gudgudd .

MOBYDICK said...

salam ziarah,sebuah tips yang bagus...

Anonymous said...

mengapa tidak:)

http://hoorey.my/Halaman-Utama.php said...

tq..ilmu yg berguna buat saya yg baru dlm bidang ni..mohon tunjuk ajar untuk web saya..
http://hoorey.my/Halaman-Utama.php

http://hoorey.my/Halaman-Utama.php said...

ty info..mohon tunjuk ajar
http://hoorey.my/Halaman-Utama.php

kry mohd said...

bagus tips yg dberi..boleh cuba nanti.

kry mohd said...

tips yang bagus.boleh cuba nant..thanks!

Najwa Sweet Boutique said...

saya baru buat blog utk bisnes..tapi byk yg saya tak tahu..kdg2 putus asa mcm mane nak jemput org dtg ke blog saya...lagi satu buta IT saya ni..tak paham..

Najwa Sweet Boutique said...

saya baru buat blog utk bisnes on9,...tapi tak tahu camne nak jemput org dtg kat blog saya...byk benda saya tak tahu....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...