Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts
Showing posts with label Makanan Laut. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Makan-makan Untuk Lunch

Minta-minta tengah hari nih ada sedikit mood untuk makan... Hurmm..
Ada yang dah rehat ker? cepatnyaaa....
Izan nak amik mood untuk lunch ni. Tengah fikir-fikir nak makan apa yer...
Ikan bakar pun best jugak nih...

takpun pilih ikan keli berlada pun best

asam pedas ikan pari pun sedappp...dah meleleh dah nih...hehehe

Apa lagi yang best yer...cari mood...cari mood... nak makan ni segan...hahaha. Ingat tak cerita hari tu pasal sedut siput...hahaha... klik sini 

Kalau dapat makan ni pun best jugak...mesti berpeluh-peluh nanti

pastu amik sikit sayur campur, tom yam ker, kangkung goreng belacan, kailan ikan masin... perghhh... tapi, itu semua buat hidung Izan gatal jer... huh! Biasanya Izan suka ulam-ulaman terutamanya daun selom. Dan amik sikit jer sambal belacan buat ubat gatal hidung :p


nak lebih menarik, lepas makan nasi kita pilih ABC, laici kang, atau cendol...weee...

semua nampak sedap...biar berselera sikit lepas ni...


Monday, May 09, 2011

Happy Weekend

Cuti weekend Izan penuh dengan aktiviti. Iaitu aktiviti masak memasak. Start dari hari sabtu pergi beli barang-barang untuk memasak, lauk pauk semua bersama Mr Daddy merangkap drebarku. Juga ada bersama Ahmad Danish dan Adelia Soulha merangkap tukang sibuk. 

Petang tu kitorang gotong royong. Mak mertua tolong sediakan barang yang Izan perlukan untuk memasak. Dari potong bawang sampai potong sayur. Adik-adik ipar dan bapa mertua pulak ahli jawatankuasa peralatan. Dioranglah paling penat sebab nak kena angkat kerusi bagai lepas tu tukar karpet... Izan relax jer.. cuma masak-masak kat dapur.

Hari ahad selepas subuh Izan dah masuk dapur. Padahal jamuan selepas maghrib. Semangat tu penting sebab tukang masak Izan sorang jer. Alahh...masak pun untuk makan 30 orang jer...sedara mara terdekat jer. Iaitu adik beradik mak mertua. Hehehe...kecoh jer lebih. 

Mula-mula masak puding laici resepi kak Hanieliza ...
sedap resepi kak Liza ni...saper nak cuba kena terjah website dia...
gambar pinjam kak Hanieliza

Puding triffle pun ada, Izan letak kek coklat kukus. kek dia Izan buat sendiri malam tu lagi.  
 gambar ehsan google

Lepas tu Izan start menumis rempah untuk masak lemak ikan terubuk masin dengan nenas..uish! panjangnya nama...hehehe...belasah jelah :p...Izan masak style kelantan ...

Ada masak sup kaki ayam sikit. Saja tambah-tambah lauk.Masak pun main-main sambil potpet potpet...hehehe

Lepas tu mesin rempah untuk ayam goreng berempah serai pulak...
 Izan ambik resepi kat sini amal5041
sedap sangat sampai tak cukup...huhuhu... tak sia-sia berpeluh-peluh mengoreng ayam... ^^
kredit to amal5041

Tak lupa juga ada sayur campur goreng. Sayurnya kobis, carrot, brokoli, bunga kobis, kacang buncis, dan cendawan. Izan letak sotong dan isi udang sebagai perencah. 

Sambal belacan, ulam-ulaman seperti timun, kacang panjang, dan daun selom...malam tu lagi dah siap buat dan basuh bersih-bersih supaya tak kelam kabut. Apa yang boleh buat awal Izan dahulukan. 
Ada mak sedara sponsor tom yam, dan sambal ikan bilis. Tambahan lain ada buah tembikai dan pisang. Air buat air teh, oren, dan air masak. Siap! 

Semasa makan semua sibuk tanya. Eh, ni saper masak sedap. Ni saper masak...? Tu saper masak? dengan bongkak jawab.. tak payah tanya sebab semua Izan masak...hahaha...  memang betul apa. :p
Alahh..umur pun dah nak cecah 30 tahun takkan masak simple macam tu takleh. Betul tak? :p

Majlis bermula pukul 6 petang. Di mulai dengan bacaan untuk tahlil, dan doa selamat. Lepas solat magrib berjemaah...makan. Lepas tu solat isyhak dan solat hajat. Di akhiri dengan mesyuarat tergempor kampung pisang...hehehe... Acah jelah... sebenarnya mesyuarat majlis perkahwinan adik ipar bulan november ni. Selepas tu Majlis Tamat!

jangan jeles sebab makcik-makcik puji i masak sedap...hahaha...bertuah dapat menantu macam i ni..rajin masak...siap mintak resepi u...kalau nak berguru dengan i kena tidur rumah i 2 hari 2 malam...kehkehkeh... opss, terlupa...gambar tak sempat nak snap sebab i sibuk masak :p

Monday, April 04, 2011

Tom Yam Songkhla

Sudah lama mencari resepi tom yam sebegini, akhirnya berjumpa juga bila En Google membawa aku ke laman blog En SENDUK_JEBAT. Biasanya aku panggil resepi ini tom yam poktek.


By SENDUK_JEBAT

Bahan-Bahan A
  • 4 potong ikan siakap
  • 2 ekor ketam (dibelah dua)
  • 1/2 kg lala
  • 10 ekor sotong (dipotong kecil)
  • 4 ekor udang galah
  • 4 cawan air
Bahan-Bahan B
  • 1 inci halia
  • 3 keping lengkuas (dihiris)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 biji bawang putih (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
Bahan-bahan Perasa
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 2 sudu besar garam dan gula
  • 3-4 sudu besar air limau nipis
Cara-Caranya:
  1. Masukan air ke dalam periuk sederhana besar bersama bahan A.
  2. Kemudian, masukkan bahan B dan biarkan seketika. Selepas itu masukkan bahan-bahan perasa dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Apabila mendidih tambah sedikit susu cair (jika suka@ santan) dan tunggu sehingga mendidih sekali lagi sebelum diangkat dan dihidangkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...