Showing posts with label Mr Daddy. Show all posts
Showing posts with label Mr Daddy. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Buat sendiri Lebih Baik

Salam..
Entry apa pula kali ni?? nak merepek meraban benda tak ketahuan hala boleh tak? Idea memang takde. Kalau korang sudi sila baca...hehe
Alkisah malam tadi buat pizza sendiri yang di namakan pizza kasih sayang... walah! nama tak menahan... Begitulah daku, bila dah lama tak membaking boleh jadi sasau di buatnya. Dah lama tak buat pizza. Macam-macam alasan timbul. Itu takde ini takde. Mana nak ada yer tak... ku dah lama tak jengah supermarket atau kedai bakeri...huhu. Alasannya takde masa. Memang ku takde masa di sebabkan kesihatan anakku Ahmad Waseem yang belum begitu sihat. *nanti ada masa izan update entry pasal dia kay Sekarang Dah ok, Alhamdulillah. Kalau tak macam mana nak masuk dapur. Sila makan nasi dengan telur mata dan kicap sahaja. Betul. Tak bergurau. 
Okay! sila lihat gambar tayangan berikut. Sila abaikan tutup periuk dan tangan gemuk itu....hahaha. Tu tangan Mr Daddy terchenta. Anda mesti fokus pada pizza itu sahaja yer ;)
Kalau nampak gambar kat atas tu macam tak sabar nak makan kan... memang pun. Tapi tuan punya tangan itu terpaksa kaku sekejap kerana kena paksa dengan bini dia nak amik gambar dulu... kalau gerak-gerak nanti gambar jadi blur...hahaha... oh! henpon cap ayamku. 
Tetiba lapar pulak dan teringat-ingat pizza kat rumah. Sekian dulu. Sekejap lagi dah nak keluar pegi lunch. Tata ;)

comel tak teddy ni...? hehe...

Friday, June 10, 2011

Pesanan Terakhir Sebelum Pergi

terasa kaabah melambai-lambai menyambut kedatanganku
Salam untuk semua teman-teman yang sentiasa menjengah saya di alam blog ini. Izan akan berada di Bumi Anbia' untuk mengerjakan umrah pada sabtu ini 11 Jun sehingga 22 Jun 2011. Pastinya Izan akan merindui teman-teman di sini. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Sedih untuk meninggalkan suami dan anak-anak. Harapan Izan semoga suami dapat menjaga anak-anak dengan baik.

Pesanan untuk Daddy---> Mummy ucapkan terima kasih sebab Daddy sentiasa berkorban untuk Mummy. Terima kasih sebab jaga anak-anak. Pastinya Mummy akan rindukan Daddy dan anak-anak.

Pesanan untuk Abang Danish ---> Abang Danish tentunya mengerti dan Mummy tau Abang Danish boleh jaga diri... Jaga adik dan jaga Daddy... Nanti Mummy doakan seperti yang Abang Danish nak..Mummy doakan Abg Danish pandai, jadi anak soleh, selalu dapat A, sentiasa sihat dan kuat.

Untuk Adik Adelia Soulha ---> Adik jangan nangis tau...nanti Mummy sedih. Mummy pergi beribadah... nanti Mummy doakan adik supaya sentiasa sihat. Adik dengar cakap abang, dengar cakap Daddy. takmau nakal-nakal.

 Izan juga ingin memohon maaf di atas segalanya sekiranya ada membuat salah kepada anda semua dan mohon kemaafan dari anda sekeluarga. Insyallah sepulangnya Izan nanti, ia akan menjadikan diri Izan seorang umat yg lebih solehah dan beriman kepadanya...amin…

Teman-teman, doakan keselamatan dan kesihatan daku di sana yer...!

datang sebagai tetamu Allah, pulang sebagai kekasih...

Wednesday, May 18, 2011

Daku Telah Berjaya Menangkis

Alhamdulilllah...
Hari ini Izan telah berjaya... Yes! Yes!....hahahah.. haip! mulalah nak bongkak.. Huh! bukan nak bongkak okay... Tapi, cuma bangga dengan diri sendiri :p... Izan telah berjaya melawan perasaan takut dan kurang beryakinan. Tidak dinafikan tidak semua perasaan takut tu hilang...heheh.. Seperti semua sedia maklum Izan pernah cerita di sini dan sini yang Izan sangat takut untuk drive. Hari ini daku telah berjaya dengan sokongan dan dorongan rakan blog sekalian. Pagi-pagi lagi Izan dah hantar si kecik Adelia ke taska, Abang Danish ke sekolah....dan bawa diri sendiri ke ofis. Sangat bersyukur Alhamdulillah...Terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga untuk semua. Kalian telah membakar semangatku...^^
 
 gambar sekadar hiasan ehsan google

Bagi orang lain yang dah biasa setiap hari berkereta mungkin akan kata... Elehhh, kecoh minah ni... boleh bawak keta pun nak announce satu dunia. Tapi, biar apa orang nak kata yang penting Izan sangat hepi dengan kurniaan keberanian ini. Biasanya Izan sangat fobia. Mungkin sebab pernah mengalami eksiden beberapa kali. Bila nak bawa kereta mesti akan terbayang-bayang atau datang perasaan yang tidak sedap dan sangat menakutkan... huhuhu...kenapa mesti harus begini... Tambahan lagi kalau terbaca atau terdengar kejadian yang tidak elok macam tengah bawa kereta kena pecah, kes samun dan macam-macam lagi... huhuhu...sangat menakutkan...
 
Izan rasa perangai Izan yang takut bawak kereta semakin menjadi-jadi bila Izan sangat di manjakan oleh Mr Daddy. Bila nak kemana-mana pasti dia akan temankan. Dan dia juga selalu takutkan Izan dengan cerita yang macam-macam. Situ bahaya, sini bahaya... haaa..mana tak takut... Masa mula-mula dapat lesen Izan berani bawak keta walaupun sangkut-sangkut. Berenti kat traffic light sikit mati enjin...hahah... Almaklumlah keta manual...rasa kelakar pulak bila teringat. Jalan jauh pun rasa dekat jer... steady jer tau. Sekarang dah tak pandai drive manual, auto jer.. kalau sangkut juga tak taulah.. Bukan salah Izan tapi, salah kereta... :p

Harap sangat Izan tak fikir lagi benda-benda buruk. kena fikir positif juga. Dan berhati-hati itu sangat perlu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

teringat masa kat ofis lama dulu...Izan takut untuk reverse kereta.. siap call Mr Daddy nangis-nangis...huhuhu...maluuuu....

Thursday, April 28, 2011

Alahaii...Mr Daddy...!

Kenapa mesti Mr Daddy tinggalkan aku... Di kala aku memerlukan mu.. Kenapa kamu buat aku begini... Ooh...tidakkkk! Di saat-saat anak sakit terkena chicken pox, kamu pula tiada di sisi. Jauh meninggalkan kami menyeberangi lautan...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

pic kredit to eddyra.net

Terpaksa aku redha...

P/s: Sedihhh....harap Daddy cepat balik dan adelia soulha cepat sihat...hukhukhuk...

Tuesday, April 12, 2011

Cara Ikat Tie...Tak Susah Pun...

Di sebabkan Izan tak tahu langsung pasal ikat mengikat tie ni...haaa! ni baru nak belajar. Nanti bila Mr Daddy nak pergi kerja Izan boleh tolong dia. Takmo terkial-kial lagi...hehehe...sebelum ni dia buat sendiri jer dan tak pernah minta bantuan Izan pun. Sebab nak jadi lebih romantik mesti kena belajar... Apa lagi, kita sama-sama belajar yer!

 
hohoho...berapa kali pusing daa...

yang ini Izan suka..nampak macam senang..

haa...kau! berbelit-belit...

Dah pening dah ni...hohoho...

belajar dengan lebih tekun lagi...

hadoii...pening sekejap...

P/s: benda "kacang" bagi orang lain...tapi, bg Izan yang tak pernah ambil tahu sebelum sangat susah...walau apapun prektis mek perfek...^__^

Wednesday, March 30, 2011

Perfume Untuk Mr Daddy

Salam semua....
Izan bercadang nak beli perfume untuk Mr Daddy (suami aku ler)...Tapi, tak tahu perfume apa yang sesuai. Izan tak suka bau yang keras....suka yang lembut-lembut jer maksud aku bau yang ringan dan tak sakit hidung ni...tapi, untuk lelaki tak boleh nak lembut sangat kan lain jadinya....hehehe....
sekarang dia pakai perfume "Hugo Boss" macam ni..
kredit untuk lelong.my untuk gambar ini

...tapi izan tak suka laa...keras sangat bau dia, memeningkan kepala dan sakit hidung ku nan comel ini..hehehe...ini bagi pendapat hidung aku ler...mungkin bagi orang lain wangi dan best bau dia...kalau semua orang kata busuk, tak sedap mesti tak laku perfume tu kat kedai...betul tak? betul...betul...betul (pinjam ayat upin ipin jap)
 Ada ker patut lepas Mr Daddy sembur-sembur tuh aku suruh dia buka pintu bilik besar-besar...tak tahan...huhuhu... dah la seksa jer aku tengok bila dia nak spray dengan memegang botol bulat macam bola tu. Perfume yang memeningkan kepala, yang menusuk hidung tu actually aku juga yang beli. Dia tukang pakai jer...sendiri beli sendiri complain...apa daa... Lagi yang aku tak suka sebab botol dia yang bulat tu menyusahkan aku untuk kerja-kerja packaging untuk Mr daddy outstation...sebab beg toiletries dia kecik dan leper jer...

Sebelum ini Mr Daddy pakai perfume "The  Body Shop" jer..
gambar dari website The Body Shop

biasanya Mr Daddy pakai yang color biru ni jer lah. "Oceanus" nama dia. Biasa la produk The Body Shop ni botolnya kecil comel, senang nak bawa bila travel. Oceanus ni sedap baunya dan agak sweety...murah pun murah...ekeke...

Izan dah try bau "1 Million" dari Paco Rabanne. Tengok tu kotak dia cantik betul....color gold lagi..

gambar ehsan dari pakcik google

Izan suka sangat bau dia yang unik macam bau buah sikit-sikit, bau floral, dan a bit spicy...yer macam grapefruit, ada citrus, amber dan woody...macam cinnamon pun ada...izan ni dahla memang suka bau cinnamon...rasa nak gigit jer..teringat cinnamon bread pula... Pakar perfume berkata bau yang ada "spicy" menaikkan maskulin seseorang lelaki...betul ker?

Dari tinjauan forum ramai yang sukakan perfume "Dior Homme" kerana ketahanannya...

gambar dari pakcik google juga

baunya a bit spicy, tapi dalam spicy tu, ada satu lagi bau lembut dan sweet...Izan tak tau nak komen lebih-lebih sebab tak pernah bau lagi...Tapi, bila cakap spicy+sweet tu macam best jer kan...^__^

Perfume pilihan seterusnya adalah "Gucci Pour Homme II"
gambar ehsan pakcik google

Perfume ini juga termasuk dalam jenis perfume woods, wangi, segar dan sangat mengoda...nak tau menggoda atau tidak kena try ler...hehehe... Ia juga sangat menakjubkan kerana dapat bertahan lama. 

Antara ketiga-tiga perfume tersebut izan rasa akan pilih "Paco 1 Million" sebab baunya yang sangat memikat...Izan suka sangat-sangat...botol dia tak terlalu besar dan sangat cantik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...