Thursday, October 31, 2013

CONTACT sms / whatsapp : IZAN 017-3120116
CONTACT sms / whatsapp : IZAN 017-3120116

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT 

Friday, September 27, 2013

Tenggiri Masak Kicap

Assalamualaikum...
Kali ni Izan nak share resepi tenggiri masak kicap yang sempoi tapi sedap.


Bahan-Bahan

2 potong ikan tenggiri - digoreng
2 biji kentang - digoreng
1 biji tomato
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
5 sudu besar kicap
minyak masak 
sedikit garam dan serbuk perasa

Cara-cara
  1. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili hijau dengan sedikit minyak masak sehingga naik bau.
  2. Masukkan kicap, garam dan serbuk perasa.
  3. jika suka letak sedikit lada hitam anggaran 1/2 sudu kecil.
  4. Kemudian masukkan ikan tenggiri dan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu.
  5. Siap untuk dihidangkan.
 nak masak apa malam ni??

Wednesday, September 25, 2013

Drama Selepas Cinta Jannah... Love You Mr. Arrogant

Asslamualaikum...
Hari ni keluar cerita baru pula mengantikan Cinta Jannah.. tajuknya sungguh unik...hehe... "Love You Mr. Arrogant" ni Mr. Arrogant ke Mr. Arumugam ni? Errr... errr...
 Tak sabar pulak nak tengok cerita ni petang ni...hehe..
 
Sinopsis 
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

takder Wordless Wednesday ker hari ni???? erk!

Cinta Jannah

Assalamualaikum...

kepada yang tak puas hati pasal cerita Cinta Jannah.. kita baca apa luahan hati penulis cerita ini...

Assalamualaikum, semua. Selamat pagi dan salam #CintaJannah. Siapa yang tak puas hati dengan ending #CintaJannah semalam, angkat tangan...hehehe. Ok, saya akan bagi pencerahannya di sini. Memang banyak scenes yang tergantung dan watak-watak hilang macam tu je. Bak kata Aeril Zafrel dalam livechat semalam, jalan cerita yang saya bagi terlalu padat. Mereka terpaksa edit ( tak masuk akal langsung ). Kita mulakan dengan watak Tini, Razak dan Ustaz Talha. Korang anggap je watak-watak tu dah mati. Sebab watak-watak tu sebenarnya memang tak wujud pun. Bila tak wujud maknanya tak adalah kisah Tini curang dengan Razlan, Tini mati kena bunuh, Tengku Zareena buat hubungan sulit dengan Razak, babak-babak culik anak dalam hutan (kayu kayan), jual beli tanah, dan kenapa Ustaz Talha tak tolong Izaryl cari Jannah, kan? Sufian pula duda anak dua bukan beristeri dua dan Sufian tu anak ketua kampung. Maknanya Sufian tu, bukan suami Amina dan bukan anak Tengku Zareena, kan? Watak Hakim dan Zahira pula, adalah sahabat baik Izaryl dan Jannah. Dengan bantuan Hakim dan Zahiralah menemukan Izaryl dan keluarga Jannah. Izaryl menerangkan status sebenar Jannah. Asalnya 4 tahun bukan 9 tahun ( tak logik). Izaryl masih mencari Jannah dan bukan slow macam tu (ini lagi saki hati ). Dalam 4 tahun tu Izaryl selalu pulang ke kampung menjenguk keluarga Jannah dan menanti kepulangan Jannahnya. Balqis dan Razlan pula sudah insaf kerana dengan bantuan Izaryl lah mereka dapat menjalankan pembedahan anak mereka yang sakit ( tak tulis dalam sinopsis asal). Damia pula memang tak jadi kawin dengan Izaryl, maknanya tak adalah isu Damia tinggal serumah dengan Izaryl kan? ( haram weiii ). Damia di halau keluarganya selepas pengsan pada majlis pernikahannya dengan Izaryl. Masa tu baru terkantoi Damia mengandung. Tengku Zareena pula insaf sebab malu orang sekeliling mengatanya dan melihat keadaan tidak terurus Izaryl kerana terlalu rindukan Jannah. Damia menyesal di sisihkan keluarga dan tinggal di rumah Tengku Zareena bukan rumah Izaryl. Jannah pula baru dapat tahu dia mengandung semasa di kampung. Selepas di halau, Jannah pulang ke rumah Izaryl tapi kecewa sebab malam dia pulang tu adalah malam Izaryl dan Damia berkahwin. Jannah kecewa dan membawa diri. Waktu itulah Bonda terlanggar Jannah ( lain kali nak lintas jalan tu pandang lah kiri kanan Jannah oii ). Sebab tak ada tempat nak di tuju, Jannah tinggal dengan Bonda dan melahirkan anak. Izaryl pulak.. adooii ini lagi satu... tak payah nak jadi pak sanggup sangat lah. Izaryl terima Damia pun sebab kecewa kerana Jannah tinggalkannya tanpa pesan. Tengku Zareena pula terlalu mendesak. Izaryl terpaksa terima sebab waktu tu Izaryl tak tahu lagi Damia sedang mengandung. Sebab terkantoi pengsan tu, majlis nikah batal. Selepas Izaryl berjumpa dan bersatu dengan Jannah, Izaryl membuat majlis kesyukuran dan memberi kejutan kepada Jannah dengan menjemput keluarga Jannah, Sufian, staff Izaryl, Opah dan Atuk, Hakim dan Zahira, Tengku Zareena dan Damia. Maka berlakulah adegan air mata berjemaah.. hehehe... Segalanya terungkai dalam pertemuan jejak kasih itu. Setahun berlalu, Izaryl dan Jannah mendapat baby lelaki yang comel macam papanya. Ketika baby lelaki mereka berumur 6 bulan, Jannah mengandung lagi. Jannah marah-marah tapi marah-marah sayang je... hehehe... Izaryl pulak tentulah tersenyum bahagia kan? Tulah siapa suruh Jannah tinggakanl Izaryl lama-lama.. hehehe ( tak tulis dalam sinopsis asal. Kan happy ending tu. -TAMAT-

p/s : Scenes di atas bermula selepas Jannah tinggalkan Izaryl. Episod-episod sebelum tu terbaik je. Jangan mintak #CintaJannah 2 atau sambungannya sebab saya tak tahu..

 macam takder kerja jer asyik update blog...haish!

Dah Besar Anak Bujang Saya

Assalamualaikum...
Sungguh cepat masa berlalu dan tak sangka anak sulung saya dah besar.. dah 8 tahun pun umurnya.. terima kasih untuk yang sponsor kek ni...hehe..
kek versi non dairy product

Semoga Ahmad Danish menjadi anak yang soleh dan sentiasa di Rahmati Allah... Birthday ni sambut sekali dengan atoknya.. Semoga bapa mertua saya panjang umur, murah rezeki dan sentiasa di Rahmati Allah juga...

sambut birthday kat Awana genting Resort

okay....today is wednesday... jap lagi haruslah keluar post untuk wordless wednesday pulak...

Tuesday, September 24, 2013

Kisah Laki Bini

Assalamualaikum...
Bila terbaca kisah ni... Tetiba Izan rasa tertarik nak kongsi dengan anda semua...hahaha...


pic from google
Laki telefon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab,
Tak mau bang, bini awak diet...
Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tidur bilik sebelah....
Bila laki tanya balik,
Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab,
memangla orang kata tak mau apa-apa...
Tapi belikan jer la apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Eh, bini aku ni... Yang mana satu ni?

-----------------------------------------------------------------

Laki telefon bini,
Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik kerja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik kerja.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

----------------------------------------------------------------

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

----------------------------------------------------------------

Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

----------------------------------------------------------------

Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?

---------------------------------------------------------------


Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? laki tanya... alah abang ni... kan baju anak ada 8 bakul.. pakaikanlah yang mana-mana pon... bukan ada orang nak tengok ponnn... bila bini tengok, anak dah siap pakai baju.. apa pesen baju abang bagi budak ni pakai ni banggggg... apesal seluar kunin, baju kaler merah??
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami...kesian kan kat kaum lelaki....

ada saper-saper penah kena mcm ni sila angkat tangan..!! jadi, kaum lelaki anggaplah semua ni lawak dalam rumah tangga...
perempuan tak perlu difahami ..perempuan minta disayangi...
kesian kat suami-suami semua ni....sabor je lah yerr..
lelaki yang baik adalah lelaki yang paling baik dgn isteri...


eh! tetiba saya terasa...kwang...kwang..

Agar-agar Dalam Kulit Oren

Assalamualaikum...
Kali ini Izan nak share resepi agar-agar oren. Sekali imbas ia seakan oren sebenar. Resepi ni dah 2 kali Izan cuba dan dah siap jadi hidangan meja pengantin pun...hehe..

Bahan-Bahan:
 5 gram serbuk agar-agar
2 camca besar gula (atau secukup rasa)
4 biji oren sunkist
Air secukupnya
1 1/2 sudu besar pes minuman oren sunquick
 
Cara-cara:
  1. Cuci oren tadi, lap kering dan belah 2 setiap biji, kemudian berhati-hati keluarkan isi oren menggunakan sudu, tapi kena lebih berhati-hati jangan sampai kulit oren koyak. Kemudian isi-isi oren tadi diperah untuk mendapatkan jusnya.
  2. Jus tadi dicampur dengan pes minuman sunquick, kacau rata dan tambah air secukupnya hingga mendapat sukatan 500 ml. Ketepikan.
  3. Satukan serbuk agar-agar, gula dan no.2, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Kemudian biar hingga suam. Berhati-hati tuang dalam kulit oren tadi, pastikan kulit oren diletakkan dalam bekas atau cawan untuk mengelakkan ia bergolek( Izan letak atas bekas dadih). Tuang hingga penuh, dan biarkan hingga hilang wap panas.
  4. Simpan dalam peti sejuk hingga dingin, potong guna pisau tajam mengikut bentuk potongan oren. Sedia dihidangkan..
siap untuk dipotong... alahai sedapnya makan sejuk-sejuk...terasa sejuknya kat tekak...

dah tengahari ni... masak apa korang hari ni??

Monday, September 23, 2013

Jom Shopping Sakan

Assalamualaikum....

Oh! saya sudah jatuh cinta.... harganya bukanlah mahal sangat.. yang penting isi di dalamnya...
alahai... boleh bergaya sakan... Al-Quran for muslimah siap dgn terjemahan
bagusnya ada Al-Quran colourful macam ni...memang besar dan tulisan pun jelas... sangat praktikal...
jom...jom apa lagi tunggu.. tak mahal pun...sesiapa berminat boleh hubungi Al-Quran Al-Karim Karya Bestari... Ada 7 pilihan warna. Harga hanya RM75 senaskah... ada yang kata boleh dapat lagi murahhh... owhhh cheaper! so tempting! So, nak fikir apa lagi... untuk maklumat lanjut boleh terus ke fb KaryaBestari

Okay! dapat gaji terus beli.. tapi kalau abang kanda yang belikan lagi-lagi saya hargai.... Terima kasih kerana memahami..


saya tak dapa apa-apa komisen pun untuk iklan ini... tetapi jika anda terpengaruh...pahala menanti saya *wink *wink....

Kek Coklat Moist Izan Super Duper Mudah dan Lazat

Assalamualaikum... Salam sejahtera adik, abang dan kakak sekalian... Terlebih dahulu sorry sebab tajuk super duper panjang...hahaha.... Hari ni Izan nak bagi resepi istimewa untuk kamu kamu semua. Resepi ni adik ofis yang request... Dia kata terasa nak makan kek coklat moist yang Izan buat... terasa-rasa kesedapannya.... haha...yang ni Izan yang kata bukan adik tu yang kata... mengidam ker dikk...?? hehe... takper takper hakak paham...

 Okay! sebenarnya ni resepi rahsia tau... tapi, sekarang dah tak menjadi rahsia lagi... di tukar kepada resepi istimewa... baik tak hakak..?? baik kan! kan!...hehe... Dengan resepi ini jugaklah Izan dapat cari duit lebih... ramai yang order. Dedulu masa anak baru sorang Izan pernah jual tepung kek coklat guna resepi ni.... jual online jer. Hampir keseluruh Malaysia jugaklah Izan hantar guna pos. Paling laku time raya... berkotak-kotak kena pos. Bila balik kampung pulak sedara mara kirim... penuh 1 kereta bawak balik tepung...hehe... Masa tu dalam tahun 2005, 1 paket tepung kek harganya rm8 sampailah harga tepung dan koko naik mencana-canak Izan jual rm15 untuk sepaket. Bila dah naik lagi...hurmmm...Izan pun dah tak sampai hati nak jual... rasa mahal pulak. Sekarang bila duk cerita pasal berniaga ni rasa macam nak buat balik pulak. Seronok tau ada side income ni...hehe..

Okay semua...! ni resepinya...





Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 3/4 cawan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
3 atau 4 biji telur (anggaran tepat 1 cawan)
1 cawan air panas

Cara-cara
  1.   Satukan bahan-bahan kering : tepung gandum, serbuk koko, gula pasir, soda bikarbonat dan baking powder. Gaul rata.
  2. Masukkan pula susu cair.. kacau sebati kemudian masukkan minyak masak dan telur yg telah dipukul..kacau lagi sampai sebati
  3. Akhir sekali masukkan air panas...kemudian kacau sebati..
  4. Masukkan dalam acuan loyang yg telah disapu sedikit minyak & kukus dalam kukusan yg telah dipanaskan tadi selama 1 jam.
  5. Kek ini juga boleh dibakar di dalam oven dengan suhu 170 darjah celsius selama 1 jam (bergantung kepada oven masing-masing) atau sehingga masak.
  6. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek benar-benar masak sempurna, kalau lidi tersebut bersih selepas dicucuk maknanya kek confirm dah masak yer..
 
ok, saper buat kek ni menjadi... korang dapat ilmu dan izan dapat pahala...



Tuesday, April 02, 2013

Cuti-Cuti Yang Dah Basi



Assalamualaikum….
Hai semua… apa khabar?? Lamanya tak berblog… rindu tu memang ada. Tapi, apakan daya.. Izan betul-betul tiada masa untuk blog.. bukan macam dulu... Izan sekarang sibuk dengan kerja... dan bila kat rumah pulak sibuk dengan family. Almaklumlah ahli keluarga kan dah bertambah... masing-masing perlukan perhatian... huhu..

Setiap kali pergi mana-mana atau buat apa-apa mesti nak ambik gambar dan niatnya nak update kat blog... tapi updatenya tidak jugak.. begitulah adanya tertangguh dari hari ke hari...hurmm... lepas tu lama-lama dah makin banyak makin malas pulak..hahaha...dah tak tahu cerita mana yang nak dikongsi...hadoii...

Kat bawah ni ada beberapa gambar masa kitorang cuti-cuti pusing pahang tahun lepas...haha..tahun lepas kau...!! masa cuti sekolah bulan Dec.. Saja la kan letak sini...sekurang-kurangnya kalau gambar ni hilang ada jugak kenangan dalam blog nih. Gambar budak-budak jer pun... Dah besar-besar anak ai... maknanya apa tuu... huwaa... dah tualah ai ni... 

Masa ni kebetulan daddy diorang ada outstation di kfc seluruh pahang... kebetulan budak-budak cuti sekolah... Apa lagi kitorang tumpang jelah... Walaupun penat tapi seronok jugak. 

persinggahan pertama kami masa ni kfc Karak ker Bentong...kalau tak silap

malam tu kami tidur di hotel Jelai, Temerloh

 Pelbagai ragam anak-anak sementara tunggu daddy check out... kami tidur di hotel Jelai 1 malam saja

Esoknya kami check in pula di Bukit Bendera Resort, Mentakab.

salah satu sebabnya nilah... kat Hotel Jelai takder ni...hehe... masa daddy diorang pergi kerja boring katanya... takkan nak tengok tv dan tidur saja...huhu...

Begitulah kami pada masa tu...setiap hari tinggal di tempat yang berlainan... rasa macam kaum nomad pun ada... sentiasa berpindah randah...fuuuhhh...letihh...
Destinasi seterusnya kami ke Mentakab..Jerantut...Rompin...bla..bla...bla... dan seterusnya...dah lupa dah...Izan pun tak ingat dah kalau nak ikut turutan dan destinasi terakhir... 
Brinchang, Cameron Highlands....

Nak sangat merasa sejuk suasana Cameron kann... amikk!! hehe...memang sejuk gilerr... masa tu pulak memang musim hujan..haha...terketa-ketar.

kat Cameron kami menginap di Hotel Country Lodge... harga mahal sangat masa ni maklumlah cuti sekolah dan cuti hari krismas... memang harga up giler-giler... bayangkan harga biasa tak sampai rm100 tapi masa tu kami kena dekat rm300... tutup mata dan telan air liur jelah masa bayar...gulp..! tu pun nasib baik ada 1 jer bilik kosong... kalau tak meranalah kami... masa tu pulak hampir pukul 12 malam... Tak tahu dah mana nak cari bilik kosong. Kalau ada pun tak muat untuk kami 5 beranak...huhu...
 kira cam pengalamanlah kot.. tak mau dah pergi Cameron masa cuti krismas.. Agaknya ramai sangat orang sambut krismas kat tempat sejuk kot...hehe...

dalam kereta on the way balik KL semua dah keletihan dan kepenatan... mana taknya dalam masa 1 minggu kami menjelajah seluruh ceruk Pahang... Bila ada masa nanti Izan akan update lagi tempat-tempat menarik yang kami pergi masa kat Cameron Highlands

budak-budak ajak pergi Cameron lagi... tak puas hati pergi cuma 2 hari 1 malam... samalah ai punn... teringinn...tak habis pusing-pusing lagi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...