Thursday, April 07, 2011

Best Ever Banana Cake

Disebabkan pisang yang dibeli belum habis dan dah masak ranum, Izan buat kek pisang yang sangat sempoi bahan-bahanya, senang dan sangat sedap... Sebelum ini Izan telah menggunakan banyak resepi untuk kek pisang selama bertahun-tahun tapi, resepi yang ini telah bertakhta dihatiku...cee wah! sebab memang senang. Bila nak buat kek pisang takde dah nak fikir panjang. Ayak-ayak tepung, lenyek-lenyek pisang...sukat-sukat, gaul-gaul, bakar, siap! senangnya....taip ni pun lagi susah tau! dah...! jangan banyak songel lagi jom kita tengok resepi...

Bahan-bahannya:

  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (izan guna tepung gandum biasa jer)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji pisang - lenyek (izan guna lebih kurang 1 cawan)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 biji telur
Cara-caranya:

  1. Lenserkan tin pembakar/loyang dengan majerin dan alas dengan kertas.
  2. Ayak tepung dan soda kedalam manggkuk. Tambah gula.
  3. Buat lubang di tengah dan masukkan pisang, telur, dan minyak masak.
  4. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan dalam tin pembakar/loyang dan bakar pada suhu 150 darjah celcius untuk 50 minit atau sehingga masak.
P/s: kalau nak lebih sedap boleh juga gantikan minyak masak dengan butter/majerin cair

photo will upload later....

6 comments:

Lady Rina said...

macam sedap...kena cuba ni..

Cik Puan Izan❤ said...

memang sedap...xrugi cuba...^__^

SyuraLatif said...

nak cube jgk! =)

Cik Puan Izan❤ said...

sila sila..^__^

Puteri Ummi Atilia said...

salam.gune pisang ape ?

Cik Puan Izan❤ said...

Puteri Ummi Atilia: akak guna pisang berangan...^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...