Monday, April 18, 2011

Bila Malam Menjelma, Berita Duka Ku Terima

Salam pagi Isnin semua....
Hari ini sungguh takde mood. Perasaan bercampur baur. Bukan sebab lazy monday, kerana biasanya Izan memang suka isnin. Tak sabar nak buat kerja la katakan...:p 

 Mood yang tidak baik ni disebabkan peristiwa malam tadi.
Malam tadi selepas isyak berjemaah anak Izan yang 2nd (umur 2 tahun lebih) berlari nak dapatkan Izan. Kebiasaan selepas solat kami akan bersalam-salaman dan berpeluk cium. Dengan tidak semena-mena dia tersadung, dahi cecah lantai. Apa lagi, meraunglah budak kecik tuh! Anak Izan kurang bernasib baik sebab jatuh atas lantai marmar. Kalau kat karpet mungkin boleh selamat lagi dari benjol yang teruk tuh. Benjolnya Ya Allah, macam telur ayam. Huuuu...kesian anak aku... Dah kurang comey dah anak dara mummy, dahi dah jendul dah sebab dah lebih 2 kali jatuh kena dahi. 

Apa yang kami boleh buat, tekap dengan kain yang direndam air panas dan letak ubat (tak tahu nama apa ubat ni, selalu ada dalam simpanan...baik untuk luka). Pagi ni sampai ofis baru teringat, kami ada simpan lagi ubat untuk kurangkan benjol (nama tak ingat) dapat masa Danish (anak 1st) buat rawatan kat Bains Pysiotherapy. Leher Danish bengkak teruk pasal exercise kuat sangat...hehehe...main panjat-panjat kat taman ler.. Anak-anak Izan semua buas aktif.

Okeh, tutup cerita tu. Ada lagi berita yang menyedihkan Izan terima. Sedang elok bersimpuh mengaripap kuih karipap, bersama ibu mertuaku, adik iparku dan 2 budak yang menyibuk si Danish dan Adelia. Izan dapat berita yang mengejutkan iaitu manager Izan (En Zakaria Zainal Abidin) baru sahaja meninggal dunia. Sangat terkejut dapat berita tu. Petang tu izan dapat sms beliau dalam kritikal dan malam tadi telah dijemput Ilahi. Tuhan lebih sayangkan dia. Izan tak dapat menziarah dia buat kali terakhir kerana dia meninggal di kemaman, Terengganu. Kurang rasa terkilan kerana semasa beliau sakit di Kuala Lumpur Izan sempat melawat dia di Hospital Pakar Al-islam.

Izan macam dapat merasakan kedatangan beliau baru-baru ini untuk kali terakhir. Tengok keadaan beliau yang sebegitu, Izan suruh dia rehat jer dulu... tak payah fikir pasal kerja. Tapi dia gagahkan diri juga kerana sebelum ni ada krisis kat company ni. Pemergian beliau sangat di rasai kerana beliau seorang yang sangat peramah dan
baik hati. Dan dia juga yang terima Izan kerja kat sini...
  
Hari ini dah tak seperti hari-hari sebelumnya...semakin hari orang yang kita sayang semakin tiada di sisi kita. Mungkin hari ini, esok atau lusa hari kita akan tiba. Al-Fatihah untuk Allahyarham Encik Zakaria Bin Zainal Abidin, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Amin.

7 comments:

PinKy MoMMa said...

al fatihah utk arwah..
smga rohnya di tempatkan di kalangan mereka2 yg beriman ya..

redhakan pemergiannya..

ezy.fia said...

alfatihah buat en zakaria..
moge roh nye dicucuri rahmat..

CiK PoT 's said...

semoga di tempatkan di sebaik2 tempat baginya kak. sabar ya kak izan....

kindergartenlibrary said...

takziah .al fatihah ..

Izyan Masri said...

KESIANNYA BUDAK COMEL TERJATUH T_T

Anonymous said...

Setiap yang hidup akan pergi berjumpa dengan penciptanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah buat arwah.

Cik Puan Izan❤ said...

terima kasih untuk semua kawan2 yg sentiasa menyokong izan...hanya Allah sahaja yg dpt membalas budi baik kali...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...