Showing posts with label Tips Sihat. Show all posts
Showing posts with label Tips Sihat. Show all posts

Monday, September 17, 2012

Fun Foods for Kids: Pasta Nest!

Salam...
Tadi Izan saja la google2.. nak cari idea masakan dan macam mana nak pikat selera anak-anak. Diorang ni susah betul nak makan... lagi-lagi kalau benda berkhasiat...hurmm. Izan jumpa satu website ni yang mana Izan sendiri pun terpikat tengok cara penyediaan makanan tu. Banyak idea yang diberikan. Terima kasih kepada craftymoods.com ...Nanti korang pun boleh cuba menunjukkan skill memasak korang...hehe
Bahan yang korang perlukan:

    Spageti dimasak (untuk sarang burung)
    Bebola daging (untuk burung)
    Gula-gula mata dari kedai kraf atau kedai-kedai bakeri
    1 Carrot atau kulit oren (paruh burung)
   Pisau tajam yang runcing

Masak spageti,  toskan dan ketepikan. Tambahkan satu sudu teh butter ke dalam spageti untuk mengelakkan ia daripada melekat. Gaul rata. Gunakan jari anda untuk membentuk spageti dan letakkan ia pada pinggan dalam bentuk pusaran (ditunjukkan dengan warna biru). Jangan gunakan butter terlalu banyak kerana  tidak mahu sarang jatuh rata. Ia harus tegak seperti yang ditunjukkan di bawah.


Seterusnya goreng meatball atau bebola daging di dalam minyak terendam.

Gunakan pisau runcing tajam untuk membuat lubang untuk mata. Keluarkan sekeping kecil dalam supaya mata boleh duduk dengan baik.

Sediakan mata untuk burung tersebut.

Bagi paruh burung, boleh gunakan lobak merah atau boleh juga gantikan dengan kulit oren. Di bawah ini ialah oren kecil. Hiris kecil kulit dan dipotong 2 segitiga kurang daripada setengah inci lebar.

Letakkan paruh burung seperti berikut.

Masukkan paruh dahulu di ikuti mata. Hiaskan dengan beberapa batang saderi atau mana-mana daun hijau untuk jadikan dahan pokok.

 Comel di setiap sudut... sangat cute bukan!

Tambahkan batang saderi hanya dengan mengangkat belakang sarang tersebut.

Agak-agak lulus tak? hehehe... Hidangkan sos pilihan di sebelah atau tuangkan ke sarang kemudian letakkan 'burung' di atas. Enjoy!

hari ni sekali lagi ahad... ;)

Wednesday, April 27, 2011

Aku Suka Air Kelapa Muda

Izan sangat suka air kelapa. Kalau dapat minum hari-hari pun takpe. Panas-panas begini alangkah syoknya kalau dapat teguk air kelapa....^__^
kredit untuk ard1z.wordpress.com

 Air kelapa bukan saja boleh hilangkan dahaga tapi banyak khasiat, baik untuk ibu-ibu mengandung, kalau rajin minum air kelapa muda terutama di trimester ketiga kehamilan maka air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya dan cantik matanya.Air kelapa juga baik untuk penyakit chicken pox. Masalahnya sekarang, Mr Daddy dah beli air kelapa tapi budak cenonet tu tak nak minum pulak. Izan tengok muka dia pelik jer bila sedut air kelapa tu. Rugi-rugi...hurmmm...

Dulu pernah masa kecik umur 5 atau 6 tahun macam tu lah, Izan dengan anak-anak jiran main racun kat belakang rumah. Lepas tu mak kami cepat-cepat suruh minum air kelapa. Diorang takut kitorang termakan racun tu. Masa tu tak tahu pun sebab apa kena minum air kelapa. Rupa-rupanya air kelapa tu bagus untuk penawar racun.

P/s: nasib baik umur masih panjang...

Monday, April 11, 2011

Bagaimana Nak Kurus Cara Cepat!


Anda selalu tertanya-tanya apakah ada cara yang cepat namun berat badan turun secara sihat. Setelah melakukan beberapa pencarian yang sangat serius...ece cehh.. Izan ada jawapan untuk anda semua
Ya! sebenarnya ada cara seperti itu!

Ada 7 cara, dan semuanya sangat simple...
Adakah anda fikir anda boleh lakukannya?

1. Minum air
Yer, minum air...jangan ingat Izan nak Kelentong anda semua...hehehe.. Tidak, anda tidak perlu mengisi seperti tab mandi, namun pastikan bahawa anda minum 8 hingga 10 gelas air setiap hari. Jangan gantikan dengan jus. Tubuh anda harus selalu terhidrasi. Ginjal anda akan berterima kasih kerana dapat dengan mudah flush sampah. Dengan pengambilan air yang cukup, tubuh akan mampu memetabolisme lemak lebih berkesan. Dan jika anda mempunyai segelas air 10-15 minit sebelum makan anda, anda akan merasa penuh setelah anda mula makan. Fakta lain yang sangat mudah, apakah anda tahu bahawa anda boleh kehilangan 62 kalori dengan minum air sejuk(ais)? Tapi lebih baik untuk minum di antara makan atau sebelum makan, sehingga makanan anda akan dicerna dengan betul.

2. Makan 5 kali sehari




Apa? betul...Izan tak tipu. Mulailah dengan sarapan. Lebih banyak anda makan untuk sarapan, lebih sedikit anda ingin makan di malam hari. Tolong, jangan melewatkan waktu makan ini kerana anda mungkin akan makan apa saja makanan di depan anda selepas itu. Anda tidak perlu melahap 5 kali makanan berat, hanya 3 makanan dengan saiz yang masuk akal dan 2 snack lazat namun rendah kalori. Makan bijaksana sehingga tubuh anda tidak menginginkan untuk makanan. Jika anda biasakan tubuh anda dengan cara yang betul, ia tidak akan menuntut perhatian lebih!

3. Bersenam


Tak perlu diperkatakan, sukan sangat penting untuk penurunan berat badan. Anda tidak boleh berharap untuk duduk di sofa sepanjang hari, minum air dan berat badan turun. Anda perlu bergabung dengan sukan yang baik yang membolehkan anda bekerja dengan beban. Ini akan membantu anda membina otot dan kadar metabolisme anda akan meningkat. Anda akan melihat lemak hilang dan tempatnya akan digantikan dengan otot-otot yang sihat.

 
4. Gunakan pinggan lebih kecil dan berwarna gelap


Industri hotel telah mengubah cara kita melihat makanan. Hari ini burger biasa dapat memberi makan gajah. Nah, hampir sama! Semak balik ketika anda makan di luar. Anda tidak perlu menghabiskan kesemuanya. Jadi, apa yang harus anda lakukan adalah meminta pelayan anda untuk meletakkan setengah dari makanan anda ke dalam beg plastik(tapau) sebelum ke meja makan. Dengan cara ini anda tidak akan tergoda dan anda akan merasa kurang makan banyak. Dan anda akan mempunyai sesuatu untuk sarapan juga!

5. Baca kandungan produk 


Produk makanan dan minuman semua keluar untuk mendapatkan anda. Mereka berteriak "Beli saya! Beli saya! ". Kemungkinan 'fat free' tapi masih boleh mempunyai banyak kalori. Anda perlu menganalisis label nutrisi di pembungkusnya. Nombor satu contoh dari hal ini adalah soda. Selidik apa yang baik untuk anda dan apa yang tidak. Mengetahui secara terperinci boleh membantu anda menjauhkan diri dari produk yang diperkaya kalori. Oh, dan ketika berbelanja untuk bahan makanan, elakkan dengan menghampiri bahagian produk cookies, frozen pizza dan ais krim... it’s not the best place to test your will-power.



6. Buatlah catatan


Ini membantu untuk mengingat apa yang anda makan. Dengan cara ini anda dapat mengesan dan menilai kebiasaan makan di akhir setiap minggu. Contohnya, buat satu blog khas untuk penurunan berat badan. Minta ahli gizi(dietician) anda untuk melihat catatan anda dan minta nasihat mereka. Saya rasa ini sangat membantu untuk menilai diri.

7. Jangan paksa diri sendiri


Go easy on yourself at least one day in a week. Jika anda mula menyukai diet anda kemudian ada sesuatu yang salah. Cari diet yang sesuai dengan jenis tubuh anda dan gaya hidup anda.Anda pasti akan mendapatkan hasil dengan 7 cara terpantas untuk menurunkan berat badan. Jika anda cukup bermotivasi untuk tetap dengan diet ini, anda akan mencapai impian anda dengan lebih cepat dari sebelumnya! Yakin boleh!

Izan tidak sabar untuk mendengar tentang penurunan berat badan anda. Dan jika anda tahu cara hebat lain untuk menurunkan berat badan, sila berkongsi di sini, ingin mendengar bagaimana anda menangani masalah berat badan!

P/s: Terima kasih mr Google untuk gambar-gambar di atas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...