Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Jom Jadi OKB... Orang Kaya Bertaqwa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini hidup anda lebih baik dari semalam dan untuk hari esok, tentunya anda mengimpikan kehidupan yang lebih baik dari hari ini... Semua orang pun ada impian inginkan kehidupan yang lebih baik bukan..?? Kita kena buat sesuatu yang bermanafaat untuk diri kita. Contohnya kalau berfacebook jangan asyik main game sahaja. Asyik tengok youtube dan sebagainya... Apa kata kita berniaga...buat bisnes... buat sesuatu yang bermanafaat untuk diri dan keluarga... kan lebih baik! Untung juga dapat duit sampingan.

Yang penting bagi Izan..untuk berjaya kita kena bermula dengan impian.. bila ada impian kita jadi semangat...dan terus buat sahaja.. Jangan banyak fikir risiko... fikir yang baik-baik dan positif sahaja.. Sebenarnya apa yang kita fikir tu yang kita akan dapat.

Kalau tak tahu kena pandai bertanya.. kena banyak belajar.. kena berusaha... jangan jadi pemalu sangat... kata nak berjaya? semua pun bermula dengan tak tahu...lama-lama jadi tahu... kalau tak cuba macam mana kita nak tahu berjaya atau tidak. Betul tak? Semua kejayaan pun bermula dengan mencuba... tak salah mencuba... dan jadikan impian kita lebih besar dari alasan... begitulah ciri-ciri orang berjaya.
Impian itu tercermin pada diri anda sendiri sebenarnya. Anda akan develop diri anda mengikut apa impian anda. Betul tak?

Izan selalu ingat kata-kata sifu. Bagi Izan dia sifu sebab selalu bagi tips dan semangat untuk Izan dikala down.. dikala kemalasan melanda dan dikala macam putus semangat dan harapan. Ni bagi yang buat bisnes macam Izan. Bisnes sampingan jer pun. Dia kata "Izan, pagi-pagi cuba Izan tengok anak-anak Izan... kalau kita ada lebih pendapatan... mereka akan dapat makan makanan berkhasiat dan mereka akan dapat makan vitamin... thats why anak-anak orang kaya kebanyakannya cantik dan bijak. Permulaan melalui cara hidup. Anak uols akan dapat duduk dalam environment yang selesa dan dia akan dapat belajar dengan efektif. Kita buat bisnes bukan untuk sorang-sorang kaya, sorang-sorang kenyang. Kita buat untuk family...nak diorang ceria, berjaya, gembira. Bagi yang isteri boleh bantu suami lepas ni... dah boleh belikan seluar suami...belikan baju suami yang dah lusuh. Sebab dia dah penat kerja keras untuk keluarga. Jadi, niat nak bantu orang yang kita sayang.. nak bantu mak ayah dan adik beradik yang kita sayang... Bila ada niat tu kita akan terus bersemangat. Izan bayangkan suami Izan... tak pernah nak mintak apa-apa kat isterinya sebab dia malu dan lelaki pun ada hati dan perasaan untuk dihargai. Mereka nak beli boleh jer... tapi, nak sesuatu dari titik peluh isterinya. Suami adalah dinding paling kuat untuk melindungi isteri. Kalau ada perompak nak merompak.. abang yakin suami akan hadang tubunhnya biar dia yang ditikam dari membiarkan isterinya terkorban. Dan bila uols bisnes hargai mereka dengan pelbagai cara. belikan boxer atau spender mereka pun... abang rasa mereka dah pengsan kesukaan..." Begitulah panjang lebar bila si sifu berbicara... menjadikan semangat kita yang pudar tetiba muncul kembali.... Dalam bicara yang santai tapi penuh makna... menitis air mata terharu dan geli hati dengan contoh-contoh yang diberikan.

Jom kawan-kawan kita sentiasa semangat... Semoga hari-hari mendatang membuat hidup kita lebih bahagia dan bermakna.

Friday, September 21, 2012

Perihal Sirat Mustaqim

Salam...
Hanya untuk peringatan diri sendiri semoga tidak lalai dalam kehidupan.
 gambar ini sekadar imaginasi pelukis sahaja berdasarkan ayat al-Quran

Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.

  2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.


DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,
“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”
Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.


Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”
Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid


Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :
Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”


*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

KREDIT TO Dr.Amirul Amin


Ya AlLLAH takutnyaa...Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan...



Wednesday, September 05, 2012

Gandaan Pahala Sedekah



Sememangnya gandaan pahala sedekah dan menderma di hari-hari biasa -
apatah lagi di bulan Ramadan - dipamerkan dalam banyak hadis
Rasulullah s.a.w.

Antaranya: "Sesungguhnya Allah Taala menggandakan di kalangan kamu
(pahala derma) sebiji kurma atau sesuap makanan, sebagaimana
digandakan di kalangan kamu ternakan anak kuda atau anak unta,
sehingga derma itu menjadi sebesar gunung Uhud." Dan dalam hadis
riwayat Ahmad, maksudnya: "Tidak akan berkurangan duit orang yang
bersedekah."

Di sini saya nukilkan kembali kisah tentang keajaiban sedekah, yang
dipetik dari buku Ajaibnya Sedekah: Semakin Bersedekah Semakin Kaya,
terbitan PTS. Moga-moga kita beroleh manfaat bersama.

Kisah teladan cukup bermanfaat

Sebaik pulang dari rumah Nabi, Ali bin Abu Talib menemui isteri
tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: "Wahai wanita mulia,
adakah kamu mempunyai manakan untuk suamimu?"

Fatimah menjawab: "Demi Allah, saya tidak mempunyai makana sedikit
pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman
sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk Hassan dan
Husain." Ali berkata: "Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan."

Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar
lagi bagi membeli makanan. Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki
yang berkata: "Siapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang
maha pengasih dan selalu menepati janji?"

Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam
dirham. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat
suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis. Ali pun bertanya:
"Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?"

"Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa," kata Fatimah. Ali
menjawab: "Aku meminjamkan wang itu kepada Allah."

Fatimah berkata: "Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu." Ali
kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi s.a.w. Di
tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta
menghampirinya, dan berkata: "Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini."

Ali berkata: "Saya tidak mempunyai wang." "Kamu boleh membayarnya pada
bila-bila masa," kata Badwi itu. "Berapa harganya?" tanya Ali. "Tidak
mahal, 100 dirham sahaja."

"Baiklah, saya beli," kata Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya
menuntun unta. Baru beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badwi lain
menghampirinya dan bertanya: "Hai Abu Hassan, adakah kamu hendak
menjual unta ini?" "Ya," jawab Ali.

"Berapa?" Tanya Badwi itu. "300 dirham," jawab Ali.

"Baiklah saya beli," kata Badwi itu dan terus memberikan wang RM300
dirham kepada Ali.

Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu
kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: "Apa yang kamu
bawa itu wahai Abu Hassan?" "Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta
dengan harga 10 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300
dirham," jawab Ali.

Seterusnya Ali pergi menemui Nabi s.a.w. di masjid. Melihat Ali sampai
di masjid, Nabi tersenyum dan berkata: "Wahai Abu Hassan, adakah kamu
mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?"

"Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah," kata Ali. "Hai Abu
Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi
yang membeli unta daripada kamu tadi?" Ali menggeleng: "Tidak, Allah
dan rasul-Nya yang lebih tahu."

Nabi menjelaskan: "Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham
kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap
satu dirham mendapat ganti 50 dirham. Orang Badwi yang pertama
menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat
Mikail."

bila hujan begini terbayang2 alangkah sedap kalau dapat makan pisang goreng...hurmm

Wednesday, June 01, 2011

Jom Jimat Letrik

Kerajaan sudah umumkan tarif elektrik naik lagi. Sana sini dah sibuk fikir macam mana nak jimat letrik. Nak jimat macam mana lagi? Rasanya dah habis jimat dah...Haish! Teruk betul ni. Semua nak naik, itu naik ini naik.. gaji tak naik-naik... Sekarang darah pun dah naik gara-gara banyak sangat pikir barang-barang yang naik mencana-canak... Hurmm...

Untuk orang yang gaji ciput macam Izan ni haruslah mencari alternatif atau jalan bagaimana cara nak lebih jimat terutamanya letrik. Tips ini sebenarnya sesuatu yang ringkas dan mudah. Walaupun nampak remeh tapi, ia sebenarnya mampu mempengaruhi kadar bil elektrik anda setiap bulan.
Tip 1:

Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ.
Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup.

Tip 2:

Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode 'standby'.

Tip 3:

Sebaik-baiknya gunakan kipas angin(kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara.

Tip 4:

Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.

Tip 5:

Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang.

Tip 6:

Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri.

Tip 7:

Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan ('overload') atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.

Tip 8:

Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.

Tip 9:

Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda.

Tip 10:

Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya 'freezer' peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.

Tip 11:

Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais.

banyak lagi tips yang kita boleh cuba..okay, Izan nak keluar lunch ni...

Friday, May 27, 2011

Buat Golongan Yang meninggalkan Solat

 Pesanan untuk diri sendiri, bacaan ulangan masa kini dan akan datang. Maklumlah kita manusia sentiasa lupa. Semoga kita semua diberkati atas usaha kita di atas dunia yang sementara ini. Bersama-samalah kita mengejar syurga yang kekal di akhirat sana.

Sekiranya kalian haus semasa hayat kalian, kalian boleh meminum rezeki Allah yang enak-enak. Sirap bandung, kopi, sirap... Semuanya kalian boleh teguk untuk menghilangkan dahaga. Tetapi, air manakah yang bisa menjadi asbab untuk menghilangkan dahagamu ketika kalian menghadapi sakaratul maut?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Sungguh cergas kalian berlari ke sini-sana mengejar bola di tengah dan tepi padang. Berapa gelen peluh yang kalian keluarkan untuk tujuan itu? Tidak malukah kalian, kalian mampu berlari ke sini-sana, tetapi tidak mampu untuk menunaikan kewajipan solat yang tidak perlu mengeluarkan bergelen-gelen peluh?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Kalian berasa lapar sekiranya tidak bersarapan, tidak menjamah makanan tengah hari, dan tidak menjamah santapan malam. Tetapi, tidakkah kalian pelik, jiwa kalian kosong daripada santapan rohani, tetapi kalian tidak sedikitpun berasa lapar?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Sedarlah, golongan yang mendirikan solat 5 waktu ditambah dengan amalan-amalan sunat pun tidak dijamin syurga, inikan pula kalian yang meninggalkan kewajipan yang merupakan dosa besar! Tidakkah kalian tahu, tiada pilihan ketiga selepas syurga dan neraka?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Kalian sanggup berjam-jam menghadap facebook, blog, dan youtube, tapi kalian tidak sanggup untuk meluangkan hanya sedikit masa untuk berdamping dengan Pencipta kalian. Tidakkah kalian berasa malu?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Setiap saat Allah SWT mengurniakan nikmat yang tidak terhitung, tidak malukah kita sewenang-wenangnya mengkhianati Pemberi nikmat itu? Adakah terlalu payah untuk memanjatkan kesyukuran dengan bersolat?

Wahai Golongan yang Meninggalkan Solat!
Ingatlah, Nabi Muhammad SAW bersyukur dengan menunaikan solat sehingga kakinya pecah-pecah. Itu Nabi SAW yang telah dijanjikan syurga dan sangat dekat dengan Allah! Bagaimana dengan kita yang rendah dan hina ini? Masih mahu meninggalkan solat?

Jika mata batinmu tidak mampu menangkap dan mencermati secara adil terhadap kemuliaan dan kesempurnaan Allah Maha Pencipta dan tidak mampu mencintai-Nya dengan kecintaan yang hebat, maka janganlah kamu tidak mencintai pemberi nikmat yang berbuat baik kepadamu. Jangan sekali-kali lebih rendah daripada seekor anjing, sebab anjing itu mencintai tuannya yang selalu berbuat baik kepadanya. [Imam al-Ghazali]


 banyak lagi ilmu yang perlu dicari untuk bekal di akhirat sana...

Thursday, April 14, 2011

Penawar Penat Oleh Rasulullah S.A.W

Dalam duk tercari-cari apakah ubat untuk penat setelah seharian bekerja, nak hilangkan stress ataupun bosan sebab hari-hari lalui benda yang sama Izan terjumpa sesuatu yang tak perlukan duit. Ia adalah sesuatu yang sangat bermanfaat bagi Izan... Ini dia kawan-kawan, Izan share dengan anda semua...

tq encik google for the picture

"Apakah kamu mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku?
Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,

bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan
bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.

Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w. ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."
Sangat dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca

'Subhanallah' (33 kali),
'Alhamdulillah' (33 kali)dan
'Allahuakbar' (33 kali)
pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan),
Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman

P/s: Harap sangat Izan tak lupa untuk lakukannya dengan penuh istiqomah...

Tuesday, April 12, 2011

Cara Ikat Tie...Tak Susah Pun...

Di sebabkan Izan tak tahu langsung pasal ikat mengikat tie ni...haaa! ni baru nak belajar. Nanti bila Mr Daddy nak pergi kerja Izan boleh tolong dia. Takmo terkial-kial lagi...hehehe...sebelum ni dia buat sendiri jer dan tak pernah minta bantuan Izan pun. Sebab nak jadi lebih romantik mesti kena belajar... Apa lagi, kita sama-sama belajar yer!

 
hohoho...berapa kali pusing daa...

yang ini Izan suka..nampak macam senang..

haa...kau! berbelit-belit...

Dah pening dah ni...hohoho...

belajar dengan lebih tekun lagi...

hadoii...pening sekejap...

P/s: benda "kacang" bagi orang lain...tapi, bg Izan yang tak pernah ambil tahu sebelum sangat susah...walau apapun prektis mek perfek...^__^

Jika Isteri Menangis Dihadapanmu…..


Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sebelum terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami-suami, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau sedang bersedih…

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang-orang yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg solehah dan suami-suami yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Sunday, April 03, 2011

Bosannyaaa....

Sejak akhir-akhir ini Izan selalu rasa bosan dan tak bersemangat. Semua yang  dilakukan rasa macam tidak kena. Rasa macam ingin mati jer. Tapi tak baik kan kalau selalu berfikir fikir macam tu. Sakit ker aku ni..? tak! Apa yang perlu aku lakukan sekarang? memasak sudah... kemas rumah dah... basuh kain dah... iron baju pun dah... Apa lagi yang perlu aku buat untuk mengelakkan rasa bosan nih...hukhukhuk... rutin yang sama setiap hujung minggu...hurmmm... jika hari sabtu keluar bawa anak-anak berjalan atau makan angin, hari ahad pula hari untuk melepak di rumah sambil mengemas.

Aku dapat rasakan bahawa punca utama yang menyebabkan rasa bosan ni sebenarnya berpunca daripada aktiviti yang aku lakukan sehari-hari. Rutin harian yang sama dilakukan menyebabkan kebosanan.  Setiap pagi bangun, mandi, menyiapkan anak-anak, siapkan breakfast suami, berangkat ke tempat kerja, dan melakukan  pekerjaan. Balik rumah, mandi, makan,  check homework anak, tidur malam. Bangun pagi, ke tempat kerja lagi. Begitulah rutin setiap hari isnin hingga jumaat. Arghhhh...ternyata sangat bosan... 

Kalau masalah bosan ni dah mencapai tahap maksima macam mana? Boleh gila dibuatnya... Nauzubillahi minzalik...Walau macam mana sekali pun aku akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Tips ini akan aku cuba sampai tahap kebosanan aku hilang...wish luck for me okey...!

  1. Jika rasa bosan disebabkan kerana kerja yang berlonggok, cubalah untuk melakukannya one step at a time. Satu per satu. Bahagikan kerja besar menjadi beberapa kerja kecil sehingga lebih mudah dan lebih cepat diselesaikan.
  2. Jika rasa bosan melanda kerana ada satu hal yang tidak selesai-selesai, kenapa tidak cuba untuk tinggalkan dan lupakan barang sejenak? Cuba lakukan hal lain yang akan membuatkan hati senang. Barulah setelah itu kembali ke masalah awal.
  3. Kadang kala, rasa bosan datang kerana badan dan fikiran penat. Akan menjadi sukar untuk memiliki motivasi yang cukup jika badan tidak segar. Tidur boleh menjadi penyelesaian. Tidur singkat sekitar 10-20 minit kadang kala dapat mengembalikan tenaga dan motivasi yang telah hilang.
  4.  Cara lain untuk mengatasi rasa bosan adalah dengan mengubah jadual harian. Hal-hal yang biasa dilakukan di pagi hari, cuba di pindahkan ke jadual petang / malam hari.
  5.  Setiap manusia pasti gembira bila mendapat hadiah. Tidak perlu hadiah mewah dan mahal. Cubalah untuk memberi hadiah pada diri sendiri. Contohnya, dengan segelas ice cream atau menghabiskan masa di salon misalnya.
Carilah cara yang sesuai untuk mengatasi rasa bosan. Setiap orang mempunyai caranya tersendiri , dan boleh jadi berbeza-beza untuk setiap kali rasa bosan itu datang. Semoga berjaya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...