Sunday, April 24, 2011

Apple Pie Mekdi


Bahan-bahannya:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan mentega/shortening
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan air sejuk (fridge)
  • 3 biji epal hijau (buang kulit dan potong dadu)
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis (Izan guna seketul kulit kayu manis, serbuk takde)
  • minyak untuk mengoreng
 Cara-caranya:

Campurkan epal, gula, dan serbuk kayu manis. Masak menggunakan api kecil. Masak hingga lembut dan lenyek 1/4 dengan garfu dan selebihnya biarkan berketul. (kita nak macam inti apple pie mekdi)



 Ayak tepung dan garam. Potong mentega yang masih beku.
Gaul mentega dengan tepung, gunakan hujung jari dan ramas sampai adunan bergentel.



 

 Masukkan air dan gaul dengan garfu.




 


Canai atas papan, potong 8 inci lebar 6 inci macam Mekdi pie. Buat sampai habis.





Letakkan inti.
Gunakan air sejuk di tepi pastri, lipat dan tekan dengan garfu.





Pie sedia untuk di goreng. Panaskan minyak dalam kuali dan api sederhana besar. Goreng pie satu persatu.







P/s: Untuk mendapatkan hasil pie yang rangup, simpai apple pie di dalam fridge 15 minit sebelum goreng.

16 comments:

Cik Ezy said...

cam best..
cam karipap je..
hehekk

Miss Tira said...

Ades. Asal buka blog Puan Izan je terus perut ni lapar. Hehe. ^^

✿❤Cik Izan❤✿ said...

Cik Ezy: yer, mcm karipap jer...tapi inti epal...heheh...

✿❤Cik Izan❤✿ said...

Miss Tira: hehehe...sila, sila...^__^

Qaseh dalia adelia said...

WAH TERLIUR ... !

Lady Rina said...

harusss dicuba...thanks for the recipe..:)

nelly said...

ni yang lapar ni !!

fuuyooh said...

sedapnye.. terliur saya di buatnya.. hehe

GemukCantik said...

wahhh! sgt rajin, tak mampu nak ikut jejak langkah :/

nohjoy said...

uwaahhh....nmpk sedap.
nak try la..
:)

✿❤Cik Izan❤✿ said...

Qaseh dalia adelia: nanti boleh cuba...^__^

✿❤Cik Izan❤✿ said...

Lady Rina: nanti buat entry utk apple pie tau...

✿❤Cik Izan❤✿ said...

nelly: lapar pegi mkn dulu yangg...^__^

✿❤Cik Izan❤✿ said...

fuuyooh: mmg sedap nih...hehehe...

✿❤Cik Izan❤✿ said...

GemukCantik: mana ada rajin..biasa2 jer ni...

✿❤Cik Izan❤✿ said...

nohjoy: dah try nti bgtau akak yer...^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...