Wednesday, April 27, 2011

Chicken Pox...Bukan Chicken Chop...

By taqidoc.com

Memandangkan sekarang ramai yang terkena penyakit chicken pox. Izan ingin berkongsi apa yang Izan dapat hasil dari menjelajah di alam maya ini.  

ayam pun kena jugak ker?

Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam bahasa melayunya adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan virus varicella-zoster. Ia amat mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur

Penyakit ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak akan tetapi sekiranya ia berlaku kepada orang dewasa simptomnya akan lebih teruk berbanding kanak-kanak.

Chicken pox boleh merebak melalui sentuhan,titisan cecair daripada orang yang dijangkiti( batuk dan bersin ) dan bahan tercemar dengan cairan seperti pada pakaian atau tuala penghidap chicken pox.
Pesakit yang terkena chicken pox boleh merebakkan virus penyakit ini dalam masa 48 jam sebelum timbulnya ruam sehinggalah kantung air yang terbentuk di atas ruam menjadi kering dan berkeruping.

Selepas pulih daripada chicken pox, virus akan kekal berada di dalam badan seumur hidup. Walaupun manusia tidak boleh mendapat jangkitan chicken pox 2 kali, virus yang sama juga menyebabkan kayap ( shingles ). Oleh itu seseorang yang terkena kayap boleh menjangkitkan virus varicella-zoster kepada individu yang masih belum lagi terkena chicken pox dan sekaligus menyebabkan penyakit chicken pox kepada individu tersebut.

20 comments:

kemei said...

x syok chicken pop.............chicken chop...syok...shedap....comey lah coklat..nyum nyumy..

ezy.fia said...

seksa sngguh kalo kene ciken pox ni..
huhuuu

D Aalia Sham said...

Salam ..

Info yang berguna..i like...nice knowing u...

hayatunfadzila said...

salam perkenalan...(^__^)~
oooo...patut la org kate kalu dah penah kena chicken pox kita xkan kena lagi...

Anonymous said...

Semua orang mesti kena chicken pox sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Bila kena penyakit tu banyakkan minum air kelapa.

kindergartenlibrary said...

pernah kena !!
sakitnya aty !
2 kali pulak tu kena ..
kena masa kecik 1 ..
kena masa skolah mnengah sekli ..

dorg kata sekli seumur hidup !
tak aci ~

Anonymous said...

atien kena chicken pox bulan jan hari tu. 2 mggu jugk ponteng class. huhu. umur 19 baru nak kena.. adoi..

Cik Puan Izan❤ said...

kemei: mmg tak syok...kalo ciken cop...sepinggan tak cukup...^__^

Cik Puan Izan❤ said...

Cik Ezy: stp org pasti merasa...

Cik Puan Izan❤ said...

Dayang Ctsha: thanks ^__^ nti jemput dtg lagi yer...

Cik Puan Izan❤ said...

hayatunfadzila: tu la kan...nasib baik sekali...kalo berkali2...abihla berparut di badan...

Cik Puan Izan❤ said...

Miss Tira: tu la... org kata air kelapa bagus...masalahnya anak akak taknak minum...

Cik Puan Izan❤ said...

nelly: mmg tak aci kalo kena lg...mcm mn boleh jd mcm tu...heran...

Cik Puan Izan❤ said...

sweet stalker: parutnya dah hilang ker? ada petua tak nak bg hilang parut?

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

sayre daa kenaaaa.aduh sakit...tapi stament cakap tak kena 2 kali tak boleee.paki...coz my husben dak kena kali nikh...baru ajerrr... sadissss...

Cik Puan Izan❤ said...

MYA EL QAYREENA AZRYAN: maknanya kena hati2 jugak...takutnya kalau kena lagi...dahla nti kulit tak cantik lg...

MizzTina said...

kena ms tadika dulu...
beguk pun dh kena, demam campak pun dah..=> lari topik lak..haha

Cik Puan Izan❤ said...

mizzkechique: bagus kena masa kecik..dah bsr biar sihat walafiat...

biar lari topik...jgn berlari-lari...

MizzTina said...

alhamdulillah... =)

Cik Puan Izan❤ said...

mizzkechique: suka yer..^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...