Friday, April 08, 2011

Syhhhh...Resepi Rahsia Telur Tiruan...Pls Don't Try This At Home


Bagaimana telur-telur tiruan itu dibuat?

’Putih telur’ dibuat dengan melarutkan sodium alginate dalam air. Larutan tersebut akan kelihatan seperti cair yang kental dan sukar membezakannya dengan putih telur yang sebenarnya.

'Kuning telur’ dibuat dengan memasukkan dalam suatu bekas dengan pigmen kuning dan mengabungkan cecair-cecair tersebut ke dalam larutan kalsium klorida


Akhirnya, ‘putih telur’ dan ‘kuning telur’ dibungkus ke dalam ‘kulit telur’ yang dibuat dari kalsium karbonat.


Jika ditambahkan tepung kanji atau bubuk kuning telur pada ‘kuning telur’ tersebut, tekstur dari sebuah telur buatan setelah dimasak hampir sama dengan telur yang sebenarnya.


Berhati-hati lah, sekarang telur pun boleh dibuat di makmal. (telur tiruan). China semua boleh buat….tgk gambar dibawah..bagaimana proses buat telur palsu ini.


Tengook, sejibik macam telur Original


Kos untuk membuat telur tiruan itu jauh lebih murah, hanya lebih kurang 0,55 yuan (0,07 dolar AS) untuk membuat lebih dari 2 biji telur, kurang dari sepersepuluh harga telur yang sebenarnya di pasaran (0,8 dolar AS.)

Bahan utama dalam telur-telur buatan tersebut adalah bahan tambahan makanan, getah damar, kanji, pengeras, dan pigmen-pigmen. Kandungan yang berlebihan atas bahan-bahan tersebut akan merosak perut dan menyebabkan gejala-gejala seperti kehilangan ingatan dan keterlambatan mental, dll.

Aku pun dah confuse dengan telur-telur nih...macam-macam hal yang menakutkan sekarang...nak menangis pun ada nih. Adakah aku pernah TERmakan telur palsu ini... dalam roti canai, murtabak, char kue tiaw. Ooohh, sangat menakutkan. Walau apapun telur yang asli mesti ada bau hapak ayam dan taik dikulitnya...hohoho...lepas ni nampaknya kena beli telur yang ada taik sajalah jawabnya... Terjamin ketulenannya...

Jom kawan-kawan kita bezakan antara telur PALSU dan ASLI
kredit to Manami


P/s: Takutlaa...sekarang dah macam-macam tiruan ada...kang tak pasal-pasal dah takut nak makan telur...

4 comments:

~~Ticer Wann~~ said...

serba serbi bahaya skrg ni... risau

✿❤ IzanCraft ❤✿ said...

~~Ticer Wann~~: izan pun takut jgk nih...dahla telur mmg mknn yg sentiasa plu ada kat rumah ni...mls2 msk telurlah yg menjadi pilihan...yang penting kita kena hati2...

Isteri Yang Comel said...

takut nak makan telur dah

✿❤ IzanCraft ❤✿ said...

Isteri Yang Comel: izan pun sama..tapi takut2 kalau 2 3 hari jer ingat benda ni lama2...dah lupa..hehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...