Sudah lama mencari resepi tom yam sebegini, akhirnya berjumpa juga bila En Google membawa aku ke laman blog En SENDUK_JEBAT. Biasanya aku panggil resepi ini tom yam poktek.
By SENDUK_JEBAT
Bahan-Bahan A
- 4 potong ikan siakap
- 2 ekor ketam (dibelah dua)
- 1/2 kg lala
- 10 ekor sotong (dipotong kecil)
- 4 ekor udang galah
- 4 cawan air
Bahan-Bahan B
- 1 inci halia
- 3 keping lengkuas (dihiris)
- 2 biji bawang merah (dihiris)
- 2 biji bawang putih (diketuk)
- 2 batang serai (diketuk)
- 2 biji tomato (dibelah 4)
Bahan-bahan Perasa
- 2 sudu besar pes tomyam
- 2 sudu besar garam dan gula
- 3-4 sudu besar air limau nipis
Cara-Caranya:
- Masukan air ke dalam periuk sederhana besar bersama bahan A.
- Kemudian, masukkan bahan B dan biarkan seketika. Selepas itu masukkan bahan-bahan perasa dan biarkan sehingga mendidih.
- Apabila mendidih tambah sedikit susu cair (jika suka@ santan) dan tunggu sehingga mendidih sekali lagi sebelum diangkat dan dihidangkan.
7 comments:
sangat suka seafood..nanti nk cuba recipe..
jangan lupa cuba tau! nanti kalau dah rasa ingat2 izan disini....^__^
emmm nyamehhh!!
paah, nanti try resepi ni kay...
sedap tau tomyam tu.. ada umpphhh!
Farah Shamsudin: pernah cuba ker...? sedap kan...^__^
singgah petang ..
akak alat buat cendol tu,buat sendiri je.
ayah buat sendirik.amik periuk lama2,pastu tebuk lubang kat bawah tu..
Post a Comment