Sejak akhir-akhir ini Izan selalu rasa bosan dan tak bersemangat. Semua yang dilakukan rasa macam tidak kena. Rasa macam ingin mati jer. Tapi tak baik kan kalau selalu berfikir fikir macam tu. Sakit ker aku ni..? tak! Apa yang perlu aku lakukan sekarang? memasak sudah... kemas rumah dah... basuh kain dah... iron baju pun dah... Apa lagi yang perlu aku buat untuk mengelakkan rasa bosan nih...hukhukhuk... rutin yang sama setiap hujung minggu...hurmmm... jika hari sabtu keluar bawa anak-anak berjalan atau makan angin, hari ahad pula hari untuk melepak di rumah sambil mengemas.
Aku dapat rasakan bahawa punca utama yang menyebabkan rasa bosan ni sebenarnya berpunca daripada aktiviti yang aku lakukan sehari-hari. Rutin harian yang sama dilakukan menyebabkan kebosanan. Setiap pagi bangun, mandi, menyiapkan anak-anak, siapkan breakfast suami, berangkat ke tempat kerja, dan melakukan pekerjaan. Balik rumah, mandi, makan, check homework anak, tidur malam. Bangun pagi, ke tempat kerja lagi. Begitulah rutin setiap hari isnin hingga jumaat. Arghhhh...ternyata sangat bosan...
Kalau masalah bosan ni dah mencapai tahap maksima macam mana? Boleh gila dibuatnya... Nauzubillahi minzalik...Walau macam mana sekali pun aku akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Tips ini akan aku cuba sampai tahap kebosanan aku hilang...wish luck for me okey...!
- Jika rasa bosan disebabkan kerana kerja yang berlonggok, cubalah untuk melakukannya one step at a time. Satu per satu. Bahagikan kerja besar menjadi beberapa kerja kecil sehingga lebih mudah dan lebih cepat diselesaikan.
- Jika rasa bosan melanda kerana ada satu hal yang tidak selesai-selesai, kenapa tidak cuba untuk tinggalkan dan lupakan barang sejenak? Cuba lakukan hal lain yang akan membuatkan hati senang. Barulah setelah itu kembali ke masalah awal.
- Kadang kala, rasa bosan datang kerana badan dan fikiran penat. Akan menjadi sukar untuk memiliki motivasi yang cukup jika badan tidak segar. Tidur boleh menjadi penyelesaian. Tidur singkat sekitar 10-20 minit kadang kala dapat mengembalikan tenaga dan motivasi yang telah hilang.
- Cara lain untuk mengatasi rasa bosan adalah dengan mengubah jadual harian. Hal-hal yang biasa dilakukan di pagi hari, cuba di pindahkan ke jadual petang / malam hari.
- Setiap manusia pasti gembira bila mendapat hadiah. Tidak perlu hadiah mewah dan mahal. Cubalah untuk memberi hadiah pada diri sendiri. Contohnya, dengan segelas ice cream atau menghabiskan masa di salon misalnya.
Carilah cara yang sesuai untuk mengatasi rasa bosan. Setiap orang mempunyai caranya tersendiri , dan boleh jadi berbeza-beza untuk setiap kali rasa bosan itu datang. Semoga berjaya!
1 comment:
Salam kenal.
bestnya izan jadi surirumah. saya pulak dah bosan kerja, bila datang kerja, hati duk teringat kat anak kat taska, umah yg blum kemas, semua kerja buat bila balik kerja, kemas umah, masak, basuh baju, lipat kain, layan anak, layan suami, penatnyaaaa... kalo suami saya mampu, mau jer saya berenti kerja. mau tumpu sepenuhnya kat keluarga tercinta. lagi satu, saya ni minat menjahit, masak2 tapi terbatas, bila hari minggu aktiviti ngan anak, suami pulak. yer la kan, mesti ada benda yg kita nak tapi tak dapat kan. yg penting kita bahagia n happy ngan keluarga kita. harap2 izan pun mcm tu jugak.
Post a Comment