Petang-petang macam ni terasa mahu tidur jer. Ngantuk sangat... tak habis-habis menguap dari tadi. Kalau termenung sekejap habislah.. macam di buai-buai di alam fantasia la jawabnya...hehehe...
Teringat pulak kisah anakku Ahmad Danish yang akan menjangkau umur 6 tahun pada Julai ini. Bermacam ragam dan kerenah yang dia buat sekarang. Tapi, banyak yang melucukan.
Sebelum ini Izan ada cerita yang anak 2nd Izan iaitu si kenit Adelia Soulha demam. Adelia seorang budak yang bagus dan akan minta makan ubat bila dia rasa tidak sedap badan. Umurnya baru 2 1/2 tahun. Okeh, bukan nak cerita pasal Adelia tapi nak cerita pasal abangnya yang buat lawak bagi Izan geramm...
Bermulah satu episod di mana Izan tengah asyik mengupdated blog. Tetiba Abang Danish datang dekat Izan dan bagitau badan dia pun panas macam adik.
"mummy, mummy...cuba rasa dahi Danish... panas kan?"
... Mummynya ni punyalah dengan muka risau rasa dahi dia...
"Ya, Allah...panasnya dahi Danish! demam ni... Mungkin kena hujan petang tadi.
Cepat-cepat tarik tangan dia pegi dapur dan suap ubat guna ubat adik... Mula-mula bagi ubat selesema... sebab dia memang selesema. Lepas tu nak suap ubat demam...
Dia kata, "Danish tipu jelah...tipu jer" ..Tipu apanya kan demam tu, cepat makan jangan nak ngengada"... haaa...kan dah mula garang. Sambil gelak-gelak dia cakap. Danish buat macam nilah...sebab tu dahi Danish panas... Korang tau tak, rupanya dia pegi tenyeh dahi dia dekat charger laptop yang panas tu. Terkejut besar dan mengucap panjang Izan. Makcik-makcik dia pulak siap gelak besar. Buat lawak betullah budak tuh. Kalau kena karen macam mana... Nauzubillah... Haish! menyusahkan orang jer. Nak buat lawak pun agak-agaklah...
Tapi, bukan salah dia. Izan tak boleh cakap dia tipu sebab dia memang tak cakap dia demam cuma dia kata badan panas. Silap Izan jugak. Kena hati-hati dengan ayat budak-budak sekarang. Kang dah terkena...Adeh!
belajar bersabar dengan kerenah anak-anak...