Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Wednesday, September 19, 2012

# Wordless Wednesday - Tetiba Rasa nak Makan Megi Goreng

Salam...




Hehe... sebenarnya Izan terlupa hari ni hari rabu... Lorr... haish! makin lapar... dapat sepinggan pun sedap nih! mamak! megi goreng satu!

Kalau Campur Begini Ku Memang Suka

Salam...
selamat pagi... Good morning...
Izan tengah breakfast nii...wahaha... *kecoh!
Milo kosong bergandingan kuih berger malaysia 2 biji dan mee + bihun goreng. Kalau ada kue tiaw meh campur sekali biar serasi bersama.... hehehe... Umppph! memang nikmat bila milo panas dihirup dalam suasana sejuk dingin begini... dan kesimpulannya... Alhamdulillah kenyang :)

Hey! korang yang belum breakfast! pergi sana makan cepat... Nanti perut masuk angin susah. Perut Izan ni pagi-pagi dia dah mintak makan. Dah kenyang diam la dia. Kang kejap-kejap lagi kalau mintak buang pulak tak tau lah ;p bila dah kenyang tunggu apa lagi? Kerja...kerja... nak tunggu nampak muka boss dulu baru nak start kerja...? Haish!

lalalala...

Monday, September 17, 2012

Fun Foods for Kids: Pasta Nest!

Salam...
Tadi Izan saja la google2.. nak cari idea masakan dan macam mana nak pikat selera anak-anak. Diorang ni susah betul nak makan... lagi-lagi kalau benda berkhasiat...hurmm. Izan jumpa satu website ni yang mana Izan sendiri pun terpikat tengok cara penyediaan makanan tu. Banyak idea yang diberikan. Terima kasih kepada craftymoods.com ...Nanti korang pun boleh cuba menunjukkan skill memasak korang...hehe
Bahan yang korang perlukan:

    Spageti dimasak (untuk sarang burung)
    Bebola daging (untuk burung)
    Gula-gula mata dari kedai kraf atau kedai-kedai bakeri
    1 Carrot atau kulit oren (paruh burung)
   Pisau tajam yang runcing

Masak spageti,  toskan dan ketepikan. Tambahkan satu sudu teh butter ke dalam spageti untuk mengelakkan ia daripada melekat. Gaul rata. Gunakan jari anda untuk membentuk spageti dan letakkan ia pada pinggan dalam bentuk pusaran (ditunjukkan dengan warna biru). Jangan gunakan butter terlalu banyak kerana  tidak mahu sarang jatuh rata. Ia harus tegak seperti yang ditunjukkan di bawah.


Seterusnya goreng meatball atau bebola daging di dalam minyak terendam.

Gunakan pisau runcing tajam untuk membuat lubang untuk mata. Keluarkan sekeping kecil dalam supaya mata boleh duduk dengan baik.

Sediakan mata untuk burung tersebut.

Bagi paruh burung, boleh gunakan lobak merah atau boleh juga gantikan dengan kulit oren. Di bawah ini ialah oren kecil. Hiris kecil kulit dan dipotong 2 segitiga kurang daripada setengah inci lebar.

Letakkan paruh burung seperti berikut.

Masukkan paruh dahulu di ikuti mata. Hiaskan dengan beberapa batang saderi atau mana-mana daun hijau untuk jadikan dahan pokok.

 Comel di setiap sudut... sangat cute bukan!

Tambahkan batang saderi hanya dengan mengangkat belakang sarang tersebut.

Agak-agak lulus tak? hehehe... Hidangkan sos pilihan di sebelah atau tuangkan ke sarang kemudian letakkan 'burung' di atas. Enjoy!

hari ni sekali lagi ahad... ;)

Saturday, September 15, 2012

Makaroni Spiral Oh la la

Salam...
Izan baru jer dapat makan. hukhkhuk... tak sempat nak masak. Kesian perut terpaksa menahan lapar. Pagi tadi sempat makan kuih jer. Ahmad Waseem (baby Izan) langsung tak nak berenggang. Dah la tidur pun hanya kejap-kejap jer. Dia nak Izan baring dan golek-golek dengan dia . Bangun jer dia nangis...merengek... geramnyaa... sangat manja! Nak solat atau buat sebarang kerja terpaksa dengar dia melalak. Izan buat kerja rumah yang penting sahaja. kain masih banyak belum berlipat...huhuhu.... Ni dapat rehat sekejap sebab dia tengah main dengan abangnya Ahmad Danish... Huh! lega rasanyaa... rasa nak lumpuh pun ada badan ni asyik golek-golek jer...hehehe. Saper kata golek-golek, baring-baring tu best? tak best langsung okay untuk jangkamasa yang lama. 

Malam ni menu ini jugalah nampak gayanya. Redha jerlah wahai suami dan anak-anakku. Kalau nak makan nasi juga Izan bersedia untuk gorengkan telur mata kerbau dengan kicap... Makanlah seadanya...hehehe

Hari ni korang masih ada jemputan open house ker? Kalau ada syoknyaa... boleh relaks dan tak payah susah-susah masuk dapur kan. Cumaa...redah jem jer lah... yang tu pun parah jugak nak hadapi. Insan-insan berjiwa kental tak per lah....yer tak...?? hehehe...

Korang nak resepi ker? tak payah lah yer. Masak simple jer tu. Izan masak main campak apa yang ada kat peti ais jer. Tengok pun tak terliur kan.. kan? Oklah, baby dah memanggil-manggil dah tu. Nanti makin panjang pulak lagunya...Tata ;)


susahnya untuk tidak mengeluh...

Sunday, September 09, 2012

Weekend Yang Takde Hasil

Salam hari minggu...
Sedih lak bila nak buat entry ni. Orang lain duk sibuk2 makan jam tengah jalan... makan rendang di rumah orang tapi daku kat rumah bertemankan 
hanya megi sup... ko aderr?? mestilah xder sebab korang makan sedap2 di hujung minggu ni kan...sampai buncit lak tu perut sorang2...jangan nak sembunyi perut...nampak tu hah! hehehe... ni menu semalam... huk huk huk... hari ni ubah sikit kepada ini
yer, bihun goreng singapore. Tapi, taktaulah pulak kalau orang singapore taknak mengaku pulak...hahaha. Mesti korang kata... Ya Rabbi!! punyalah pemalas mak orang ni... memang dasar pemalas. Tapi, nasib baik jugak ada daripada takde kan. Mana lebih baik....hehehe. Ku sekarang kan ada baby kecik yang selalu uwak uwek mana nak masak sedap2. korang tau apa...
Oh, yer... Mr Daddyku kerja...tulah sebab utama tak dapat pegi open hoese rakan2 semua. Mintak maap yer kepada yang sudi mengajak kami sekeluarga. Sorry sangat2 tak dapat memenuhi jemputan korang. Semalam pulak Ahmad Danish sekolah...bertambah pulak dengan Mr daddy kerja.... ada 2 masalah disitu. Jadi ku di rumah muncung jer sebab ke"boring"an di rumah melayan si kecik ni yang sekejap2 uwak uwek... bila dia tido daku pun ikut serta tido...hahaha... memang cuti hujung minggu yang terbaikkk.... Haa... tu dah uwak uwek... jadi entry ni berheni di sini. Sekian.

rumah bersepah sepah...betul2 takde hasil duk rumah hari ni...huhuhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...