Showing posts with label Petua Dapur. Show all posts
Showing posts with label Petua Dapur. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

Petua Dapur...Kentang dan Sup Ayam...

Petua ni Izan dapat dekat majalah Mingguan Wanita. Sangat berguna untuk menyedapkan dan menyempurnakan masakan. 

Kentang cepat empuk
gambar dari pakcik google

Jika masukkan kentang lebih awal dalam masakan, ia akan mengambil masa yang lama untuk empuk hingga menyebabkan kuah menjadi lebih pekat. Untuk mengelakkan masalah tersebut, rebus ubi kentang terlebih dahulu dalam periuk yang berasingan. Tunggu sehingga empuk, tos dan kemudian masukkan kentang di akhir masakan.

Hilangkan Bau hanyir sup ayam 

gambar dari pakcik google

Tumis bahan sehingga wangi, masukkan air secukupnya. Biarkan air mendidih dan setelah menggelegak. Tunggu hingga masak dan hasilnya pasti memuaskan.

Friday, April 08, 2011

Petua Dapur...Mesti Cuba..!

Elak mentega melekat pada penyukat

Biasanya apabila menyukat mentega, ia akan melekat pada penyukat. Ini menjadikan sukatan kurang tepat. Untuk mengelakkannya, penyukat hendaklah direndam dahulu ke dalam air sejuk sebelum digunakan.

Tips kuali baru

Ikan atau ayam yang digoreng dalam kuali baru selalunya akan melekat. Atasinya dengan menggorengkan sedikit hampas kelapa tanpa menggunakan minyak sehingga hampas kelapa itu kekuningan. Basuh kuali tersebut sebelum menggunakannya untuk mengoreng.

Melembutkan tauhu yang keras

Cara mudah bagi melembutkan tauhu yang keras ialah dengan merendamkan dengan air panas selama 10 minit. Kemudian tos airnya dan sedia dimasak mengikut citarasa anda.

Cara mudah tentukan telur rebus masak sempurna

Selalunya semasa merebus telur kita khuatir telur tersebut tidak cukup masak terutama jika ia dimasak dalam jumlah yang banyak. Oleh itu, cara untuk mengetahui ia telah masak, masukkan telur kedalam periuk bersama-sama dengan sedikit beras dan air. Apabila beras telah menjadi nasi bermakna telur itu sudah masak sebaiknya.

P/s: Kredit to encik google for gambar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...