Showing posts with label Petua Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Petua Keibubapaan. Show all posts

Monday, September 17, 2012

Fun Foods for Kids: Pasta Nest!

Salam...
Tadi Izan saja la google2.. nak cari idea masakan dan macam mana nak pikat selera anak-anak. Diorang ni susah betul nak makan... lagi-lagi kalau benda berkhasiat...hurmm. Izan jumpa satu website ni yang mana Izan sendiri pun terpikat tengok cara penyediaan makanan tu. Banyak idea yang diberikan. Terima kasih kepada craftymoods.com ...Nanti korang pun boleh cuba menunjukkan skill memasak korang...hehe
Bahan yang korang perlukan:

    Spageti dimasak (untuk sarang burung)
    Bebola daging (untuk burung)
    Gula-gula mata dari kedai kraf atau kedai-kedai bakeri
    1 Carrot atau kulit oren (paruh burung)
   Pisau tajam yang runcing

Masak spageti,  toskan dan ketepikan. Tambahkan satu sudu teh butter ke dalam spageti untuk mengelakkan ia daripada melekat. Gaul rata. Gunakan jari anda untuk membentuk spageti dan letakkan ia pada pinggan dalam bentuk pusaran (ditunjukkan dengan warna biru). Jangan gunakan butter terlalu banyak kerana  tidak mahu sarang jatuh rata. Ia harus tegak seperti yang ditunjukkan di bawah.


Seterusnya goreng meatball atau bebola daging di dalam minyak terendam.

Gunakan pisau runcing tajam untuk membuat lubang untuk mata. Keluarkan sekeping kecil dalam supaya mata boleh duduk dengan baik.

Sediakan mata untuk burung tersebut.

Bagi paruh burung, boleh gunakan lobak merah atau boleh juga gantikan dengan kulit oren. Di bawah ini ialah oren kecil. Hiris kecil kulit dan dipotong 2 segitiga kurang daripada setengah inci lebar.

Letakkan paruh burung seperti berikut.

Masukkan paruh dahulu di ikuti mata. Hiaskan dengan beberapa batang saderi atau mana-mana daun hijau untuk jadikan dahan pokok.

 Comel di setiap sudut... sangat cute bukan!

Tambahkan batang saderi hanya dengan mengangkat belakang sarang tersebut.

Agak-agak lulus tak? hehehe... Hidangkan sos pilihan di sebelah atau tuangkan ke sarang kemudian letakkan 'burung' di atas. Enjoy!

hari ni sekali lagi ahad... ;)

Wednesday, November 09, 2011

5 Petua Melahirkan Anak Soleh & Solehah

Izan nak kongsikan petua ini untuk rujukan sendiri dan sesiapa yang bergelar ibu-bapa...

Sumber: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung
Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”

Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang solehah dan bapa yang soleh.
Justeru, pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.

Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”

Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.

Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”

Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya.
 
Semoga Daku dikurniakan zuriat yang soleh & solehah...Aminnn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...