Sunday, April 24, 2011

Cakoi Power

Cakoi yang sentiasa ku buat. Resepi sangat mudah. Mula belajar buat cakoi sejak anak bujang Izan (Ahmad Danish) suka sangat minta belikan cakoi selepas balik dari sekolah. Kalau cakoi dah habis alamatnya mucung panjang ke depan. Merajuk ler apa lagi...huhuhu...Puas ler kami duk cari mana-mana gerai yang ada untuk puaskan hati dia. Sebelum ni tak terfikir nak belajar pun. Rupanya senang jer. Balik dari kerja pun sempat lagi buat untuk makan petang...sebelum maghrib...hehehe...

 
cicah dengan sambal sardin

makan dengan karamel pun sedap...
ni resepi karamel tekan sini

Cakoi Power

Bahan-bahannya:
  • 400gm tpg gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin (cairkan)
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat manis 
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu teh yis kering (mauripan)
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • minyak utk mengoreng 
Cara-caranya:
  1. Satukan kesemua bahan, kecuali tepung. kacau sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli lagi. 
  3. Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.  (adunan ni memang lembik sikit, melekat sikit tu takper) 
  4. Biarkan selama 1/2 jam. Tutup dengan kain lembab. 
  5. Canaikan doh setebal 1/2 cm. Buat dalam bentuk segi empat tepat. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci. 
  6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut. Cantumkan 2 kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain. (kalau susah-susah sangat korang buat jer bentuk sesuka hati...kalau takde rupa cakoi, tak tahu haaa....)
  7. Panaskan minyak, tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
 P/s: Harap semua dapat faham cara buat nyer...

10 comments:

Anyss Syuhada said...

wah..bestnyer kak..kalau ade mase bleh la try ..anis pun minat cakoi gak..hehe...

kAmi dAn mEreKa said...

kite slalu beli kat pasar malam je. tak reti nak buat, =)

syamsiyati said...

nampak sedap cakaoi tu...cicah ngan kuah kacang...pehhhh...rupa2nya dah lama tak makan cakoi...

Anonymous said...

Oh macam tu rupanya. Bab nak goreng guna lidi tu yang rasa macam janggal sikit. Kena berlatih laa nampaknya. Hehe.

BubuBobot said...

warghh lama x makan cakoi!

Cik Puan Izan❤ said...

anysspunyeblog: anyss mesti try tau...senang sangat buat dia..^__^

Cik Puan Izan❤ said...

kAmi dAn mEreKa: kalau dah pandai buat...tutup ler psr mlm tu...hehehe...

Cik Puan Izan❤ said...

Miss Tira: tira dah biasa dgn dapur...mesti msk yg canggih2 jer kan...^__^

Cik Puan Izan❤ said...

nurAMALLINA: jom buat..jom buat...^__^

Qaseh Dalia said...

PES TIME DENGAR KUEH CAKOI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...