Disebabkan pisang yang dibeli belum habis dan dah masak ranum, Izan buat kek pisang yang sangat sempoi bahan-bahanya, senang dan sangat sedap... Sebelum ini Izan telah menggunakan banyak resepi untuk kek pisang selama bertahun-tahun tapi, resepi yang ini telah bertakhta dihatiku...cee wah! sebab memang senang. Bila nak buat kek pisang takde dah nak fikir panjang. Ayak-ayak tepung, lenyek-lenyek pisang...sukat-sukat, gaul-gaul, bakar, siap! senangnya....taip ni pun lagi susah tau! dah...! jangan banyak songel lagi jom kita tengok resepi...
Bahan-bahannya:
- 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (izan guna tepung gandum biasa jer)
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 cawan gula
- 3 biji pisang - lenyek (izan guna lebih kurang 1 cawan)
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 biji telur
Cara-caranya:
- Lenserkan tin pembakar/loyang dengan majerin dan alas dengan kertas.
- Ayak tepung dan soda kedalam manggkuk. Tambah gula.
- Buat lubang di tengah dan masukkan pisang, telur, dan minyak masak.
- Kacau sehingga sebati.
- Masukkan dalam tin pembakar/loyang dan bakar pada suhu 150 darjah celcius untuk 50 minit atau sehingga masak.
P/s: kalau nak lebih sedap boleh juga gantikan minyak masak dengan butter/majerin cair
photo will upload later....
photo will upload later....
6 comments:
macam sedap...kena cuba ni..
memang sedap...xrugi cuba...^__^
nak cube jgk! =)
sila sila..^__^
salam.gune pisang ape ?
Puteri Ummi Atilia: akak guna pisang berangan...^__^
Post a Comment