Monday, April 25, 2011

Anakku Diserang Penyakit

Izan tengok dahi Adelia ada satu bintik merah hari sabtu. Ingat kena gigit nyamuk jahat. Buat tak tahu ajelah. Petang tu bila nak mandi, terkejut tengok badan dia dah penuh dengan bintik-bintik merah. Sangat kesian.Huhuhu....
yang kaler biru dan coklat tu tanda lahir..

Pastu mula gelabah telefon Ma dekat Kelantan. Sebab ni 1st time anak kena macam ni. Diri sendiri pun tak pernah kena. Ma kata mungkin kena chicken pox. Kena cepat-cepat bawa pegi klinik. Mr Daddy kata chicken pox mana ada ubat. Biar ajelah. Orang lelaki selalu begitu. Relaxs jer… masa ni pulak dia nak bergurau senda. Sajalah tu buat orang gerammm… Hishh! Tak puas hati lagi MMS pula Ibu (mak mertua) tunjuk gambar-gambar yang mana ada tu. Katanya, kena pegi klinik nak pastikan betul ker tak kena chicken pox.

Lepas tu barulah siap-siap nak pegi klinik... Izan ni kalau anak sakit mulalah tak senang duduk pastu mulalah nak menangis. Mr Daddy pulak lagilah suka menyakat Izan. On the way ke klinik saja nak confirm dengan Mr Daddy... kita pergi pantai yer daddy? Danish pulak menyampuk.... hah! nak pergi pantai?? wink* wink* sebelum dia bersorak riang Izan betulkan ayat...hehehe... Tak! kita nak bawa adik pergi hospital pantai...hehehe...sowieee Danish ku cayang... Mummy silap cakap...hehehe..
pink lagi...sukaa...sukaa...^__^

Nasib baik tak ramai orang kat sana... check sekejap jer. Tapi sangat mendukacitakan sebab Izan tak dapat surat cuti.... uwaaaaaarrrr...rasa nak nangis. Izan mana boleh cuti lama-lama. lagipun bulan Jun nanti nak cuti 2 minggu nak pergi umrah. Bila kena macam ni barulah rasa nak jadi surirumah sepenuh masa. Tapi takper, Mr Daddy dah janji nak gilir-gilir jaga budak kecik tu. Itupun kalau dia tak outstation la... mintak-mintak janganla dalam masa terdekat nih...
 demam tapi bila bergambar tetap nak buat peace jugak...

Hari ni kat muka dia dah makin banyak bintik-bintik merah... Danish pulak asyik nak menempel jer dengan adik dia. Risau dia kena jugak nanti. 

P/s: Doakan semoga kami semua tak berjangkit yer...sangat risau....:(

9 comments:

ezumie esbarisma said...

keciannya,,harap sembuh cepat. ^_^

salam singgah kmbali..sila ambil award awk ye :-

http://ezumie.blogspot.com/2011/04/100-followers-ke-atas-sila-ambil-ur.html

Cik Puan Izan❤ said...

terima kasih doakan kami yer...^__^
dan utk award itu...

♥ Che NamNam ♥ said...

sayer macam izanlah,kalau pasal anak-anak memang mengelabah habess...cepat nau risau kalau apa-apa jadik kat anak..dah macam-macam fikir dah...

tue memang chiken pox eh..

Fifi Qhidal said...

kecian dia .
kalau fai yang dah besauu ni kena chicken poxx sampai leleh leleh air mata , budak budak lagi la kan .
hmm :(

moga cepat sembuh .

Cik Puan Izan❤ said...

♥ Che NamNam ♥: yer, risau sgt...kdg2 risau tak bertempat...heheh....

a ah tu mmg chicken pox...

Cik Puan Izan❤ said...

cik fai: boleh kesian jelah...kalau nampak dia mcm garu2 sapukan ubat...diri sendiri x pernah merasa kena chicken pox...

kindergartenlibrary said...

nasib baru lepas makan , tak lapar da ..hehe

Cik Puan Izan❤ said...

nelly: nasib baik...hehehe...

Anonymous said...

alala ! semoga cepat sembuh.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...