Saturday, April 30, 2011

Kepsi

Korang tengok tak iklan KFC yang baru tu. Alaa...yang chicken chop tu laa.. Macam best jer... Izan belum try lagi walaupun KFC dekat sejengkal jer dengan ofis Izan.

Bila tengok jer iklan dia rasa lapar pulak. Pastu ada hadiah beg trolley lagi....bagus tu.. bolehlah shopping bawak beg tu nanti... Tak boleh jadi ni... petang ni nak pergi serbu KFC...
Sooo Goood!


Lemau Macam Biskut Meri

Pagi ni Izan lemau. Malas amats. Buat itu ini malassss. Takde mood. Takde idea nak menulis.

Mr Daddy pun bila nak balik ni... takmau la duk KK lama sangat... :(

Kawan-kawan buat apa hari ni. Ada plan nak pergi mana-mana ker? Izan ni kalau Mr Daddy takde memang terlepuk (stay) kat rumah jelah... boring giler...aku tengok muka kau, kau tengok muka aku... Huh! itu jelah kerja...

Sekarang dah pukul 10 tapi belum breakfast. Ajak budak-budak pun diorang taknak. Milo taknak, mi goreng taknak... ada yong tau fu beli kat pasar malam semalam pun taknak... huhuhu...korang nak apa sebenarnya...

Dalam otak ni terasa nak pergi zoo. Zoo dekat belakang rumah ni jer. Kalau dah pukul 10 tak siap apa lagi memang taklah jawab dia. Hurmmm...

P/s: orang kata tak baik mengeluh...tapi tu kat atas tu buat jugak... :p

Friday, April 29, 2011

❤ Bestnya Duduk Di Teratak Pinky Momma

Suasana nyaman dan menyegarkan dengan kaler pink sangat ku cintai...menjadikan blog ini antara blog yang akan aku kunjungi setiap hari. Rasanya tak sah walau sehari tak menjengah ke rumah Momma pink nih.

Klik sini yer kengkawan untuk ke blog pinky Momma

 Ibarat kata, makan tak kenyang, mandi tak basah...tapi tidur lena pula...hehehe... Kalau tak jenguk sehari orang kata sampai boleh mengigaulah... pinky...pinky...pinky...begitulah kekdahnya... serius penyakit nih...

Selain kaler dia yang 'Fink' tuh... Izan suka celoteh dia yang mengalahkan mak nenek. Suka buat Izan sakit jantung dengan cerita suspen dia. Pandai ni create cerita... sampai geram nak babab montot dia...

Pinky Momma ni seorang yang peramah lagi baik hati. Siapa yang tak suka pergi rumah orang yang baik hati siap di layan bagai seorang puteri... betul tak? Cakap jer nak apa? Macam-macam ada...

Dannn yang paling penting sekali Izan suka tengok dia... Lawa walaupun dah nak dapat menantu. Bila nak dapat menantu Izan pun tak pasti... Anak-anak bujang dia hensem-hensem wooo... Kalau nak tahu rahsia dia cantik menawan kalbu pegilah jengok teratak dia yang indah nan permai itu... dan tanya apa rahsia dia... psstt...Izan dengar dia ada pakai susuk.

Hepi Bestday Untuk Adik Ofis...

kredit untuk google

Entry ini khas untuk adik ofis ku sayang
 Jusz
sesiapa yang nak berkenalan dengan jusz sila pergi dekat blog dia. Blog dia sangat simple dan menarik. Banyak entry yang bagus dan best best kat situ... korang mesti tergoda punya... kalau tak percaya pegilah jenguk.. dan berita baik juga... dia masih single lagi tau! Hehehe...ampunnn..jangan marak akak dik...

Ucapan untuk Jusz
Kak Izan minta maaf sebab tak sempat buat entry untuk Jusz semalam... Kesibukan melanda diriku ini. Kak Izan ucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir yang ker __ buat Jusz semoga Jusz sentiasa happy, panjang umur, mewah rezeki dan sentiasa berbahagia bersama insan tersayang. 

Kak Izan hanya mampu bagi hadiah I-phone jer untuk Jusz... Terimalah seadanya yer...^__^

*

*

*

*

*

*

*
kredit untuk google

Nah! terimalah yer... senyum-senyum selalu...

Thursday, April 28, 2011

Apa Orang Buat Malam Jumaat?

Selamat malam jumaat semua... Malam jumaat adalah malam yang amat ditunggu-tunggu oleh semua orang... kenapa yer? Lagipun esok bukan cuti... kalau hari cuti memanglah akan Izan tunggu...
korang buat projek apa yer malam ni..?
Izan takde modal nak on projek. Badan letih giler...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
Malam ni serius malas masak.... Ikan siakap ada tergolek dalam sink.. Biarlah dia tergolek sekor-sekor kat situ. Lagipun petang tadi dah buat jejemput pisang. Budak-budak pun dah makan honey stars dgn susu. Kira kenyanglah tu... Zalim tak mak macam ni? hahaha... Alaahhh...lagipun diorang dah bedal makan macam-macam kat taska tadi dengan mi goreng la nasi bagai...kalau tak kenyang jugak melampau la tu...

Arghhh...malasnya... Tidolah, kepala pun dah ting tong ni.  Komputer ni pun macam malas layan aku jer... Buat hal dia ni...grrrr...

P/s: entry ini khas untuk Pinky Momma yang selalu buat aku suspen...projek apa malam ni cik kak?

Makan Siput Sedut Kena Control Ayu/macho ker?

 kredit to pak encik google

Cerita ni berlaku semasa lunch tadi...
Seperti biasa bila time makan tiba Izan ngan member pergi makan dekat food court. Kadang-kadang ada jugak makan cendol dan laksa dekat bawah pokok, kadang-kadang nasi kandar kedai mamak...(berapa banyak kadang-kadang ni....) 

Masa kat food court, Izan pegi order makanan dan member ni chup tempat duduk. Nasib tak baik...tempat duduk semua penuh. Kecuali ada meja yang penghuninya mamat yang tengah makan nasi berlaukkan siput sedut. Tetiba member Izan pergi duduk depan mamat nih...kesian dia tersipu-sipu malu sambil menyedut siput sedut...kelakar weii...dengan muka merah padam...mungkin sebab cuaca panas barangkali...hahaha... Dahla mamat tu kena tegur dengan makcik air...oooh, patutlah makan sorang tadi...rupanya ada gepren... Adehlaa makcik ni...sabor jelah...

Bila mamat nih dah abis makan dan basuh tangan (padahal aku tengok separuh mangkuk lagi tak habis siputnya). Izan bisik dekat member. Weh, naper kau pilih tempat nih...kesian dia control macho nak isap siput sedut tuh....hehehe... Manalah aku tahu makan siput kena control...hahaha...(member Izan ni chinese) Izan tepuk dahi jer bila dia jawab macam tu...hadoii..!

P/s: Izan takkan makan siput sedut kat kedai makan...maluuuu...sebab berbunyi bila menyedutnya...

Alahaii...Mr Daddy...!

Kenapa mesti Mr Daddy tinggalkan aku... Di kala aku memerlukan mu.. Kenapa kamu buat aku begini... Ooh...tidakkkk! Di saat-saat anak sakit terkena chicken pox, kamu pula tiada di sisi. Jauh meninggalkan kami menyeberangi lautan...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

pic kredit to eddyra.net

Terpaksa aku redha...

P/s: Sedihhh....harap Daddy cepat balik dan adelia soulha cepat sihat...hukhukhuk...

OdahOne Giveaway l Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya

Salam all... pagi ni buka blog jer... Eheh! ada orang nak kasi hadiah kat Izan... Free u... Cantik tak? cantik tak? Kepada sesiapa yang nak hadiah beg yang gojes ni...

kerongsang jurai elegant ni...

dan banyak lagi hadiah yang menarik...sila terjah blog OdahOne

 rugi ler saper yang tak nak hadiah ni... kepada yang nak tu...jadi, apa tunggu lagi... jom ramai kita terjah blog dia...

Izan tag AZIE_YANA dan Jusz
dan juga kepada semua yang membaca blog Izan...

Wednesday, April 27, 2011

Aku Suka Air Kelapa Muda

Izan sangat suka air kelapa. Kalau dapat minum hari-hari pun takpe. Panas-panas begini alangkah syoknya kalau dapat teguk air kelapa....^__^
kredit untuk ard1z.wordpress.com

 Air kelapa bukan saja boleh hilangkan dahaga tapi banyak khasiat, baik untuk ibu-ibu mengandung, kalau rajin minum air kelapa muda terutama di trimester ketiga kehamilan maka air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya dan cantik matanya.Air kelapa juga baik untuk penyakit chicken pox. Masalahnya sekarang, Mr Daddy dah beli air kelapa tapi budak cenonet tu tak nak minum pulak. Izan tengok muka dia pelik jer bila sedut air kelapa tu. Rugi-rugi...hurmmm...

Dulu pernah masa kecik umur 5 atau 6 tahun macam tu lah, Izan dengan anak-anak jiran main racun kat belakang rumah. Lepas tu mak kami cepat-cepat suruh minum air kelapa. Diorang takut kitorang termakan racun tu. Masa tu tak tahu pun sebab apa kena minum air kelapa. Rupa-rupanya air kelapa tu bagus untuk penawar racun.

P/s: nasib baik umur masih panjang...

Chicken Pox...Bukan Chicken Chop...

By taqidoc.com

Memandangkan sekarang ramai yang terkena penyakit chicken pox. Izan ingin berkongsi apa yang Izan dapat hasil dari menjelajah di alam maya ini.  

ayam pun kena jugak ker?

Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam bahasa melayunya adalah disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan virus varicella-zoster. Ia amat mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur

Penyakit ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak akan tetapi sekiranya ia berlaku kepada orang dewasa simptomnya akan lebih teruk berbanding kanak-kanak.

Chicken pox boleh merebak melalui sentuhan,titisan cecair daripada orang yang dijangkiti( batuk dan bersin ) dan bahan tercemar dengan cairan seperti pada pakaian atau tuala penghidap chicken pox.
Pesakit yang terkena chicken pox boleh merebakkan virus penyakit ini dalam masa 48 jam sebelum timbulnya ruam sehinggalah kantung air yang terbentuk di atas ruam menjadi kering dan berkeruping.

Selepas pulih daripada chicken pox, virus akan kekal berada di dalam badan seumur hidup. Walaupun manusia tidak boleh mendapat jangkitan chicken pox 2 kali, virus yang sama juga menyebabkan kayap ( shingles ). Oleh itu seseorang yang terkena kayap boleh menjangkitkan virus varicella-zoster kepada individu yang masih belum lagi terkena chicken pox dan sekaligus menyebabkan penyakit chicken pox kepada individu tersebut.

Suka Suki Pagi Hari

Selamat pagi semua...
Dah breakfast...? hari-hari pun Izan tanya benda yang sama kan...boring ker? hahaha...layankan ajer :p
 Hari ni i makan mi goreng jer.. rm1.20

pic kredit to Che Mat Gebu

Lepas tu ada kuih ketayap ^__^ rm 0.40 sebiji
kredit to snwan1
 
dann....ada juga burger malaysia rm 0.40 juga sebiji...

tak lupa juga air milo....hahaha...perut ker tempayan ni... janji perut senang..lalalala....



P/s: lepas ni aku nak cari kerepek ker...rempeyek ker...biskut ker...lalala....

Tuesday, April 26, 2011

Adehh...Dah Petang..!

Sekarang cepat betul masa berlalu. Pagi, tuk tak...tuk tak pegi sekolah. Petang pulak pung pang...pung pang main bola.. Eheh! ada kena mengena ker..?

Aku pergi kerja ker tak, takde beza... masa tetap berjalan laju sekarang. Macam tak sempat nak buat apa. Kenapa yeh? Tadi baru makan tengahari, sekarang waktu makan petang pulak. Sekejap lagi dah nak maghrib dah. kalau duduk rumah memang kerja makan jer. boleh gemuk macam ni... hehehe... sebab tu aku nak kerja. Kalau tak, otak asyik fikir nak masak apa lepas ni yeh...lepas ni apa pulak yeh... kalau kerja takde masa nak makan.

 untuk petang ni Izan goreng nugget dengan karipap jer. Kejap lagi Mr Daddy dan Ahmad Danish balik..
abaikan karipap aku yang hodoh ni...rupa tak penting...yang penting sedap...

dari pakcik google...malas nak snap, takde masa dah

Dah Lunch Ker?

Alhamdulillah...menjadi jugak sup ikan merah walaupun tak cukup bahan tapi...cukup untuk membuatkan perutku bersorak riang...hehehe...
 kredit untuk dzanariah ...malas nak bergambar

Haish! tiba-tiba terasa nak minum air laici kang atau ABC, Sedapnya time panas-panas ni kalaulah ada zappp... depan mata...sangat nikmat...hahaha...
 kredit untuk eats.emedia.com

Hurmmm...apa kan daya kat rumah ni hanya ada air laici jer. Mana nak cari kang...huhuhu...laici pun laici lah....best juga...^__^
 kredit untuk aten10...i malas nak snap picture...

Ehehh...dah dapat minum sedap-sedap nih kalau dapat makan cempedak goreng sedap juga...saper-saper yang baik hati tolong pos untuk i...
kredit untuk jellynajal

Tak pun sukun goreng ker....hahaha....
 kredit untuk forum.otomotifnet.com

Sudah-sudahlah tu Izan... Tak habis-habis berangan... Jadi macam joget angan tak sudah pulak...hahaha... Bila dah takde kerja beginilah jadinya... :p

Breakfast Apa Hari Ni?

Kawan-kawan semua dah breakfast ker? Ada yang makan nasi lemak, mihun goreng, mi goreng, tu kue tiaw goreng pun ada... eh, karipap pun ada... sedap tuh! ^__^ Jom share dengan Izan kawan-kawan makan apa untuk breakfast hari ni... Bread Maker Izan buat roti aje hari ni. Izan Main campak-campak aje. Jadilah roti kismis. Cicah dengan kopi kopiko jer...


Anakku Demam lagi

selamat pagi...^__^
Nampak ceria semuanya...Izan takde mood hari ni. Anak makin teruk demamnya. Malam tadi banyak kali juga dia terjaga. Nasib baik dia tak merengek sangat. Mungkin sebab badan terasa gatal-gatal dan miang. Kepala Izan pun sedikit ting tong gara-gara berjaga. Izan pun tak tahu gatalnya macam mana. 
  kesian sungguh dengan anak Mummy nih...

Rupanya Ma kata Izan pernah kena masa kecil dulu. Jadi tak payah risau berjangkit lagi. Tapi ku heran juga sebab takde kesan parut pun. Mungkin Ma pandai jaga aku...^__^ Izan pun akan jaga anak dara Izan tu jangan sampai berparut....garu sikit tepis...hehehe... Sekarang yang Izan Takutkan abangnya jelah... Janganlah dia berjangkit. Susah aku nanti. Izan tak nak dia tinggal sekolah.

Danish kata, nasib baik abang beli ni... Adik boleh pakai bila demam je tau! ...Cooling gel pad ni dah setengah tahun dia beli. Bila pergi farmasi dengan 'Tachik'nya (sepatutnya Auntie Sarah, tapi dia ikut adik ipar panggil kak chik...pelat, jadi sebutannya Tachik) macam-macam benda mengarut tapi berguna yang dia beli.
bila pakai ni...hilang rasa demam sebab tengok muka doraemon yang cute tuh..

Monday, April 25, 2011

Chicken Porridge For Chicken Pox

hai...semuaaa.... dah makan tengahari ker???
Izan tak kerja hari ni...cuti kerana si kecik kena chicken pox. Jadi sangat terpaksa rajin terjah dapur.  Izan masak bubur ayam jer. Untuk orang demam...semangkuk jugak dia makan. Tak padan dengan demam...makan banyak..!!
gambar ehsan pakcik gugel

Bila dah kekenyangan tidur lagi budak tuh... sekarang masa untuk Izan pulak melantak makan.

Anakku Diserang Penyakit

Izan tengok dahi Adelia ada satu bintik merah hari sabtu. Ingat kena gigit nyamuk jahat. Buat tak tahu ajelah. Petang tu bila nak mandi, terkejut tengok badan dia dah penuh dengan bintik-bintik merah. Sangat kesian.Huhuhu....
yang kaler biru dan coklat tu tanda lahir..

Pastu mula gelabah telefon Ma dekat Kelantan. Sebab ni 1st time anak kena macam ni. Diri sendiri pun tak pernah kena. Ma kata mungkin kena chicken pox. Kena cepat-cepat bawa pegi klinik. Mr Daddy kata chicken pox mana ada ubat. Biar ajelah. Orang lelaki selalu begitu. Relaxs jer… masa ni pulak dia nak bergurau senda. Sajalah tu buat orang gerammm… Hishh! Tak puas hati lagi MMS pula Ibu (mak mertua) tunjuk gambar-gambar yang mana ada tu. Katanya, kena pegi klinik nak pastikan betul ker tak kena chicken pox.

Lepas tu barulah siap-siap nak pegi klinik... Izan ni kalau anak sakit mulalah tak senang duduk pastu mulalah nak menangis. Mr Daddy pulak lagilah suka menyakat Izan. On the way ke klinik saja nak confirm dengan Mr Daddy... kita pergi pantai yer daddy? Danish pulak menyampuk.... hah! nak pergi pantai?? wink* wink* sebelum dia bersorak riang Izan betulkan ayat...hehehe... Tak! kita nak bawa adik pergi hospital pantai...hehehe...sowieee Danish ku cayang... Mummy silap cakap...hehehe..
pink lagi...sukaa...sukaa...^__^

Nasib baik tak ramai orang kat sana... check sekejap jer. Tapi sangat mendukacitakan sebab Izan tak dapat surat cuti.... uwaaaaaarrrr...rasa nak nangis. Izan mana boleh cuti lama-lama. lagipun bulan Jun nanti nak cuti 2 minggu nak pergi umrah. Bila kena macam ni barulah rasa nak jadi surirumah sepenuh masa. Tapi takper, Mr Daddy dah janji nak gilir-gilir jaga budak kecik tu. Itupun kalau dia tak outstation la... mintak-mintak janganla dalam masa terdekat nih...
 demam tapi bila bergambar tetap nak buat peace jugak...

Hari ni kat muka dia dah makin banyak bintik-bintik merah... Danish pulak asyik nak menempel jer dengan adik dia. Risau dia kena jugak nanti. 

P/s: Doakan semoga kami semua tak berjangkit yer...sangat risau....:(

Sunday, April 24, 2011

Apple Pie Mekdi


Bahan-bahannya:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan mentega/shortening
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan air sejuk (fridge)
  • 3 biji epal hijau (buang kulit dan potong dadu)
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis (Izan guna seketul kulit kayu manis, serbuk takde)
  • minyak untuk mengoreng
 Cara-caranya:

Campurkan epal, gula, dan serbuk kayu manis. Masak menggunakan api kecil. Masak hingga lembut dan lenyek 1/4 dengan garfu dan selebihnya biarkan berketul. (kita nak macam inti apple pie mekdi)



 Ayak tepung dan garam. Potong mentega yang masih beku.
Gaul mentega dengan tepung, gunakan hujung jari dan ramas sampai adunan bergentel.



 

 Masukkan air dan gaul dengan garfu.




 


Canai atas papan, potong 8 inci lebar 6 inci macam Mekdi pie. Buat sampai habis.





Letakkan inti.
Gunakan air sejuk di tepi pastri, lipat dan tekan dengan garfu.





Pie sedia untuk di goreng. Panaskan minyak dalam kuali dan api sederhana besar. Goreng pie satu persatu.







P/s: Untuk mendapatkan hasil pie yang rangup, simpai apple pie di dalam fridge 15 minit sebelum goreng.

Cakoi Power

Cakoi yang sentiasa ku buat. Resepi sangat mudah. Mula belajar buat cakoi sejak anak bujang Izan (Ahmad Danish) suka sangat minta belikan cakoi selepas balik dari sekolah. Kalau cakoi dah habis alamatnya mucung panjang ke depan. Merajuk ler apa lagi...huhuhu...Puas ler kami duk cari mana-mana gerai yang ada untuk puaskan hati dia. Sebelum ni tak terfikir nak belajar pun. Rupanya senang jer. Balik dari kerja pun sempat lagi buat untuk makan petang...sebelum maghrib...hehehe...

 
cicah dengan sambal sardin

makan dengan karamel pun sedap...
ni resepi karamel tekan sini

Cakoi Power

Bahan-bahannya:
  • 400gm tpg gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin (cairkan)
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat manis 
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu teh yis kering (mauripan)
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • minyak utk mengoreng 
Cara-caranya:
  1. Satukan kesemua bahan, kecuali tepung. kacau sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli lagi. 
  3. Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.  (adunan ni memang lembik sikit, melekat sikit tu takper) 
  4. Biarkan selama 1/2 jam. Tutup dengan kain lembab. 
  5. Canaikan doh setebal 1/2 cm. Buat dalam bentuk segi empat tepat. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci. 
  6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut. Cantumkan 2 kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain. (kalau susah-susah sangat korang buat jer bentuk sesuka hati...kalau takde rupa cakoi, tak tahu haaa....)
  7. Panaskan minyak, tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
 P/s: Harap semua dapat faham cara buat nyer...

Pinky Momma...Daku Memang Pelik Sikit...

klik sini untuk join segmen Pinky Momma...bestt wooo...

Kepelikan yang daku alami ini tak ku ingat bila ianya bermula. Kalau boleh tak nak ingat benda-benda macam ni sebab ianya tak best punnn....

Izan sangat alergik dengan bilik mandi dan toilet kotor. Sangat geli okey... Sanggup tahan kencing semata-mata tak nak bau dan tengok benda kotor. Mesti teringat dan akan terbawa-bawa sampai bermimpi. Mimpi yang sangat menjijikkan. Bukan nak berlagak, sombong atau apa. Tak suka sangatt. Tak suka mimpi begitu. Kalau mimpi pergi tempat best-best takpe jugak. Hurmmm...

Kepelikan ini telah turun kepada anak Izan yang 1st (Ahmad Danish). Dia cukup tak suka toilet kotor. Kalau pergi bercuti ke apa dia akan komen bathroom dulu. Pernah kitorang tinggal dekat chalet yang agak murah, dia boleh komplen cakap bilik mandi nenek dia lagi lawa. Memang demand tinggilah budak tuh... favourite place dia hotel tau.. jangan memain... tempat tidur dan bilik air yang cantik menjadi keutamaan. 

ni lah budak berlagak tuh... :p
macam dunia dia yang empunya...hehehe...

Tak tahu sampai bila penyakit ni akan hilang. Izan harap sangat mimpi tersebut takkan muncul lagi....amat tak sukaaaaa.....

P/s: Goodbye mimpi buruk...selamat datang mimpi-mimpi indah...

Saturday, April 23, 2011

Ada Orang Cari Pasal...!

 Nampaknya ada orang saja cari pasal dengan Izan. Siapa lagi kalau bukan Mamadiana. Saja tau cari pasal dengan Izan yer. Ni haa nak balas dendam... 


Sebenarnya mamadiana yang baik hati ni nak kenal-kenal Izan dengan lebih rapat. terima kasih yer mama... 
Izan cuba jawab soalan-soalan mama tu dengan seikhlas hati yer.



Apakah status anda?

Seorang hamba Allah, anak kepada kedua ibu bapa yang sangat penyayang, isteri kepada suami yang sentiasa berada disisi ketika susah atau senang, ibu kepada sepasang cahaya mata yang comeyy dan cerdik, dan juga menantu kepada kedua mertua yang sangat baik hati.

Ceritakan tentang diri anda?


Izan sebenarnya seorang yang pemalu. Susah nak tegur orang yang tak kenal. Susah senyum kot. Dan suka buat hal sendiri....contohnya kalau berjalan tak tengok orang... tengok jalan jer takut tersepak batu...hahaha... Kalau orang tak kenal Izan orang kata Izan sombong. Bila dah kenal Izan, biasanya orang itu akan jadi kawan baik... dan sebenarnya Izan seorang yang suka bergurau.

Cerita Tentang Blog Anda

Izan bagi nama "Segalanya Untuk Cinta"...sebab izan akan masukkan semua entry yang Izan suka buat. Dulu buat tajuk blog pasal masak memasak tapi dah tukar sebab jarang letak entry pasal memasak. Izan suka masak dan suka try resepi baru. Tapi malangnya jarang ada masa nak ambik gambar apatah lagi nak letak gambar kat sini...tak pandai ambik gambar sebenarnya...semua jadi huduh...

Apa pandangan anda tentang dunia blog?

Blog ni boleh buat kita rasa macam tak cukup masa. Sampaikan izan boleh lupa berpesbuk... Dunia facebook dah tak indah dah. Cakap jerlah dah boring dengan facebook...hehehe... Izan suka membaca sebenarnya sebab tu suka blog. Suka tengok blog masak-masak terutamanya, boleh mengasah skill memasak. Kalau rasa diri dah terror masak sebenarnya ramai lagi yang terror. Sangat kagum bila orang yang memasak ni boleh ambik gambar cantik-cantik lagi.

Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog

Izan pun sangat baru dalam dunia berblogging ni. Jadi, Izan yang kena banyak belajar dari otai-otai blog.

Nyatakan keunikkan yang ada pada blog anda?

Tiada yang unik dekat blog Izan nih. Biasa-biasa saja. Cuma Izan suka kongsi resepi yang simple yang budak sekolah rendah pun boleh buat. kalau boleh Izan nak cari ramai kawan.


Sampai bile hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

Menulis blog ni selagi terdaya dan selagi hayat di kandung badan. Semoga Izan sentiasa ada idea nak buat entry dan berharap blog ini akan menjadi rujukan untuk masa depan.

P/s: Harap mamadiana berpuas hati dengan jawapan Izan. Thanks mamadiana...^__^

Anda semua Suka Tak Buat Kerja-kerja Ni...???

Hari ni hari yang membosankan sebab Mr Daddy kena kerja…hukhukhuk… Anak-anak…apa lagi tengok tv jelah kerja korang hari ni… Untuk elakkan boring melampau Izan nak buat kerja-kerja pembersihan, penyucian, pencleaneran…  Buat list sendiri, selagi kerja tak settle tak boleh rehat haaaa…..!!



1. Siapkan breakfast untuk  anak-anak dan Mr Daddy…buat teh tarik, honey stars, koko crunch jer…senangggg…. :p diorang sukaa… untuk aku, buat cakoi makan dengan Karamel dan sambal sardine.

2. Sinki kena pastikan kosong sentiasa.

3. Kemas katil, tukar cadar dan sarung bantal.

4. Lap-lap dapur gas, dan cooker hood, tonyoh-tonyoh mana yang berkeladak…spray-spray sikit....almaklumlah sebelum ni sempat lap-lap manja jer… :p …masa tak kerja dulu lps masak terus lap…sekarang kesian dapur gas ku…

5. Kemas fridge…buang mana-mana yang tidak perlu…lap lagi.

6. Kitchen cabinet pun kena lap.

7. Lipat kain baju….betimbun koo… sikit lagi nak jadi bukit…hahaha….punyalah pemalas… nasib baik semua baju bersih. Kerja-kerja basuh, jemur dan angkat kain dilakukan oleh Mr Daddy… Izan jarang buat…kekok bila dia kena outstation lama-lama sikit… Tq Mr Daddy, I love u so muchhh…^__^

8. Sapu lantai, vacuum dan mop belum buat lagi…mungkin kalau rajin lap tingkap sekali.

9. Next…. mungkin masak kot... sekarang nak on9 kejap...(kejap kerrrr.....?) hahahah...

Apesal bila buat list sikit sangat... masa buat rasa lamanyaaaaa.....Hurmmmm....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...