Monday, May 09, 2011

Happy Weekend

Cuti weekend Izan penuh dengan aktiviti. Iaitu aktiviti masak memasak. Start dari hari sabtu pergi beli barang-barang untuk memasak, lauk pauk semua bersama Mr Daddy merangkap drebarku. Juga ada bersama Ahmad Danish dan Adelia Soulha merangkap tukang sibuk. 

Petang tu kitorang gotong royong. Mak mertua tolong sediakan barang yang Izan perlukan untuk memasak. Dari potong bawang sampai potong sayur. Adik-adik ipar dan bapa mertua pulak ahli jawatankuasa peralatan. Dioranglah paling penat sebab nak kena angkat kerusi bagai lepas tu tukar karpet... Izan relax jer.. cuma masak-masak kat dapur.

Hari ahad selepas subuh Izan dah masuk dapur. Padahal jamuan selepas maghrib. Semangat tu penting sebab tukang masak Izan sorang jer. Alahh...masak pun untuk makan 30 orang jer...sedara mara terdekat jer. Iaitu adik beradik mak mertua. Hehehe...kecoh jer lebih. 

Mula-mula masak puding laici resepi kak Hanieliza ...
sedap resepi kak Liza ni...saper nak cuba kena terjah website dia...
gambar pinjam kak Hanieliza

Puding triffle pun ada, Izan letak kek coklat kukus. kek dia Izan buat sendiri malam tu lagi.  
 gambar ehsan google

Lepas tu Izan start menumis rempah untuk masak lemak ikan terubuk masin dengan nenas..uish! panjangnya nama...hehehe...belasah jelah :p...Izan masak style kelantan ...

Ada masak sup kaki ayam sikit. Saja tambah-tambah lauk.Masak pun main-main sambil potpet potpet...hehehe

Lepas tu mesin rempah untuk ayam goreng berempah serai pulak...
 Izan ambik resepi kat sini amal5041
sedap sangat sampai tak cukup...huhuhu... tak sia-sia berpeluh-peluh mengoreng ayam... ^^
kredit to amal5041

Tak lupa juga ada sayur campur goreng. Sayurnya kobis, carrot, brokoli, bunga kobis, kacang buncis, dan cendawan. Izan letak sotong dan isi udang sebagai perencah. 

Sambal belacan, ulam-ulaman seperti timun, kacang panjang, dan daun selom...malam tu lagi dah siap buat dan basuh bersih-bersih supaya tak kelam kabut. Apa yang boleh buat awal Izan dahulukan. 
Ada mak sedara sponsor tom yam, dan sambal ikan bilis. Tambahan lain ada buah tembikai dan pisang. Air buat air teh, oren, dan air masak. Siap! 

Semasa makan semua sibuk tanya. Eh, ni saper masak sedap. Ni saper masak...? Tu saper masak? dengan bongkak jawab.. tak payah tanya sebab semua Izan masak...hahaha...  memang betul apa. :p
Alahh..umur pun dah nak cecah 30 tahun takkan masak simple macam tu takleh. Betul tak? :p

Majlis bermula pukul 6 petang. Di mulai dengan bacaan untuk tahlil, dan doa selamat. Lepas solat magrib berjemaah...makan. Lepas tu solat isyhak dan solat hajat. Di akhiri dengan mesyuarat tergempor kampung pisang...hehehe... Acah jelah... sebenarnya mesyuarat majlis perkahwinan adik ipar bulan november ni. Selepas tu Majlis Tamat!

jangan jeles sebab makcik-makcik puji i masak sedap...hahaha...bertuah dapat menantu macam i ni..rajin masak...siap mintak resepi u...kalau nak berguru dengan i kena tidur rumah i 2 hari 2 malam...kehkehkeh... opss, terlupa...gambar tak sempat nak snap sebab i sibuk masak :p

8 comments:

PinKy MoMMa said...

terpikat dgn puding tu huhu ;)
menyelerakan!

Reen Rostarizam said...

alamak..terliur lah nie kak!!! macam nak try ni... tgguu :) semua nmpk sedaplah..kalau menjadi masakan kita mmg best kan kan kan...kekdg smpai diri sendiri tak makan eksited punya pasal :D

Akunyer said...

wahhh nak jugak..... kelaparan nih

tikin said...

wah akak..meriahnye..cedapnye tgOk puding laici n triffle tu..nk jgak..nk jgak..hihihi..:)

Cik Puan Izan❤ said...

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥: jgn tak tau puding tu tga ke 2 plg laris slps ayam goreng berempah....^^

Cik Puan Izan❤ said...

Reen Rostarizam: adik...try jer semua...mmg sedap2 tuh...^__^ suka sgt bila msk menjadi...pernah dulu buat ayam goreng sampai 5 ekor tapi rasa tak memuaskan....

Cik Puan Izan❤ said...

~~Ticer Wann~~: lapar ker? alala...sian diaa....

Cik Puan Izan❤ said...

tikin: meriah dgn sanak saudara jer...mulanya nak ajak ramai org n nak pgil catering...tp di sebabkan rumah tgh renovate..terpaksa batalkan saat akhir...

adik, nti cari resepi dekat fp kak liza...byk resepi mudah kat situ...^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...