Saturday, May 21, 2011

Menu Sabtu Yang Tak Seberapa

Salam hari sabtu semuaa...
Seperti biasa hari sabtu adalah hari bermalas-malasan untuk Izan and family. Maksudnya hari yang boleh bangun dan tidur sesuka hati. Mak aih! bapak malas Izan ni....hehehe.... Kalau ada kerja mesti kena rajin weh. Tadi dah siapkan makan  nasi lemak lauk kerang. Breakfast dan lunch sekali. Tapi, tengoklah dah pukul 1 nasi belum berusik. Macam mana tu... itu pasal malas masak. Hurmmm...

Petang ni cadangnya nak keluar. Tapi, tak tahu tujuan. Kalau nak pergi zoo mesti bangun awal. Dah petang macam ni tak best. Kang belum puas ronda-ronda lagi hujan pulak yang datang. Plan nak pergi zoo belakang rumah ni dah lamaa...tapi, belum kesampaian... Adeh! Dah dekat 3 tahun rasanya tak jejak sana. Sepatutnya dah dekat mesti ke sana at least setahun sekali. Ini tak, kesian budak-budak tak dapat bezakan antara kambing dan anjing...huhuhu... sadis sungguh...

Tengoklah nanti tempat mana yang di tuju petang nih... Rasanya seperti biasa shopping complex jugak yang di tuju... atau playground ker... dahla bebel... layan budak-budak main jap...

alamak! tetiba teringat kain untuk baju raya belum beli lagi daa...

2 comments:

mizzkechique said...

aisey...malas lak kakak sorang ni..

Syimama said...

sementara anak kecil.. eloklah pergi zoo tu, anak dah besar.. tak seronok dah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...