Friday, May 20, 2011

Najis Kecil, Najis Besar

Selamat pagi jumaat yang indah...
Indahnya pagi jumaat tapi Izan tetap rasa mengantuk... Jadi, apa lagi masa untuk baca cerita lawak. Bila hati digeletek, mata automatik terbuka luas. Tengok tajuk tu buat tekak geli geleman kan...hehehe... nasib baik I dah breakfast. Sebenarnya tajuk tu tidak membayangkan isi cerita sebenar okay. Cerita ni Izan copy dari gelihati.blogspot.com 
Okeh! layankan ajer... tak rugi buat perut geli... Jangan terlalu serius, ketawalah hingga jatuh kerusi...hehehe

Semoga dijadikan iktibar bukan bahan ketawa, hari ni hari dia mungkin besok hari kita. Betul tak. Masa zaman kami dulu tok imam tu tanya "ko orang islam nak kawin nak cuba tanya soalan sikit yang saya ingat. :-

a) Cuba Mengucap
b) Apa rukun dan fardunya.

Berpeluh juga beb...

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya.

Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.....Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok siling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu...bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi....tok kadi mula senyum...

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi....tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ...taik gajah... besar betul..nak2 bila gajah makan durian.
ehsan google
 bila mata dah terbuka luas, mari kita siapkan kerja...

15 comments:

MizzTina said...

hahaha..apsal xckp je taik denesor!!

~izan~ said...

haha.mmg besar tu kalau gajah punya hehe..sbr je la...penyeri pg jumaat betul cerita ni hehehe

yanamib said...

hehe cerita ni jd bhn ceramah ms kursus kahwin =)

Ujang9897 said...

wahahhahahaha...


kak saya pulak yg tgh minum air ni baca entri tersembur air liur gelak..


hahahaha.....

TAIK GAJAH...

Cik Puan Izan❤ said...

mizzkechique: kamu pernah lihat tahik dinosor kah...hahahah... lawak la MK nih...

Cik Puan Izan❤ said...

~izan~: lawak sungguh kan... mau tersembur dengar lawak mcm ni...hehehe

Cik Puan Izan❤ said...

YanaMIB: kalo ustaz tu tak cerita masa kursus tu...agak2 ujang jwp apa kalo tanya soklan gini..hehehe

PinKy MoMMa said...

bahahahaha x penah tgk taik gajah seumur idop..almaklum g zoo pun jarang ahahahaha tapi jawapan tu kreatip!

betul ckp MK..denasor lagi besaaaatttt ;p

Cheq Sue said...

hua hua hua...gelak terkepuk kepuk

Cik Puan Izan❤ said...

PinKy MoMMa: hahaha...jwpn kreatif yg akn buat org teringat sampai bila...

Cik Puan Izan❤ said...

Sue's: jgn gelak guling2 dah...hehehe

Cik Puan Izan❤ said...

Ujang9897: ishk, ujang...cover sikit air liur tuh....

jelly merah said...

hahaha...patotlah sampai berpeluh..mmg berat pon taik gajah tu

Addin said...

HAHA memang besar ! :)

ShE-iS-Me said...

Hehe mmg lurus betul la mamat ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...