Tuesday, May 24, 2011

Asal Nama Elektrik

Seperti biasa bila Izan keboringan mesti akan terjah website lawak-lawak antarabangsa. Tidak lain dan tidak bukan untuk elakkan diri dari tertidur... hehehe... Sambil tu boleh geletek hati ni. Kalau member ofis ni tengok mesti kata giler ker sengih sorang-sorang...hahaha.. Tak pedulik nak sengih jugak. Kalau tengok kat CCTV mesti banyak nampak muka sengih Izan...hahaha...
Izan nak kongsi sikit apa yang Izan baca tadi...layannn

 comel jer lampu ni...mana nak dapat yer..

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang 
 
kredit to YYNR.ORG

kalau takde trick ni...takdelah elektrik yer...sengall

8 comments:

fazae said...

haha :D

MizzTina said...

menjadi la trick tu...hahaha

Akunyer said...

hahaha hebat org Melayu zaman dolu ehh.. ;)

tak de button like ke? nak like nih... :D

ILA HonEyBuNNy said...

hehe...

ada logiknya jugak kan...

ele...trick je...last2 jadi electrick..ngeh3...

ila pun suka la lampu hiasan tu...comeii ja...

Cik Puan Izan❤ said...

fazae: hehehe...^^

Cik Puan Izan❤ said...

mizzkechique: kan...heheheh...

Cik Puan Izan❤ said...

~~Ticer Wann~~: xde like...suka klik2 dekat nuffnang...^^

Cik Puan Izan❤ said...

HonEyBuNNy: ada logiknya jugak...haa nti kalo jumpa lampu tu akak pun nak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...