Tuesday, May 24, 2011

Lagi Kisah Budak Maut Terkunci Dalam Kereta


Pagi ini bila selak akhbar, terpampang wajah comel seorang budak yang berumur 3 tahun mati lemas di dalam kereta. Sedihnya hati ini. Semuanya gara-gara tertinggal sejam di dalam kereta. Bapanya turun dari kereta mengusung jenazah sepupunya yang dibawa ke tanah perkuburan sehingga terlupa membawa anaknya keluar bersama. Berita lanjut di sini

Kes ini disebabkan kecuaian bapanya sendiri. Macam mana boleh terlupa anak ada kat belakang. Kepada ibu bapa di luar sana, tolonglah peka dengan keadaan sekeliling dan anak-anak. Mesti ambil tahu ke mana dan di mana anak anda berada. Memang tidak dapat di nafikan kalau benda nak jadi, jadi juga. Tapi kita sebagai manusia mestilah selalu berhati-hati dan berwaspada.

 
mencegah itu lebih baik dari mengubati...tapi bila dah tiada apa lagi yang hendak di ubati...

9 comments:

SueZ said...

ayah dia tak sedar ker anak dalam kreta...aish..kreta kalau tutp injin, udara mmg tak ader r...kecian ajer...

msredcheesecake said...

cik izan,
kelalaian yg menakutkan...jgn la terjadi kat msred....

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

SueZ: xsedar lah tu...sibuk buat benda lain tak psl2 anak jadi mangsa...

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

msred: semoga kita lebih berhati2...

mizzkechique said...

nk marah bapak dia jugak... cuai sgt.. grrrrrr

PinKy MoMMa said...

tu la ku slalu terjerit2 bila abg long nak turun dari kete..check betul2..

yg abg long pulak suka lari lari bila turun tu..aih risau kete banyak..

smga kite leh jadikan ini sbgai iktibar..

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

mizzkechique: pegilah marah kalau berani...heheh

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

PinKy MoMMa: yer kan..bila dah jadi mak2 ni jerit2 pun dah tak malu... tak kisah org pandang yg ptg anak kita selamat...

pena rozie said...

Nape la cuai sgt....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...