Monday, May 23, 2011

Cara Unik Atasi Mengantuk

Uarghhhh... tak habis-habis menguap. Macam biasa waktu petang begini mengantuk selalu datang. Korang tak ngantuk ker? Izan dah penat buka mulut...huhuhu... Sekarang nak tunggu masa, saat dan ketika nak balik rumah... lagi sejam lebih nak pukul 5.30, tak sabarnyaaa...

Oleh kerana banyak masa lagi nak balik jadi, apakata kita fikirkan apa yang boleh hilangkan mengantuk. 
 ehsan google

1. Kita boleh pergi toilet dan basuh muka. Kalau rasa sayang tanggal mekap ker apa baik tak payah cuba cara ni. Kalau lelaki tu mungkin boleh masuk toilet pompuan dan buat-buat tak nampak signboard, untung kalau ada pompuan dalam tu kamu boleh dapat lempangan percuma. Maka dijamin anda tidak akan mengantuk. 

2. Sediakan satu besen berisi air dan letakkan dihadapan anda, buat ni ketika meeting atau dalam kelas. Dijamin keberkesanannya kerana pada waktu anda nak tertidur atau tersenguk-senguk mengantuk muka anda akan masuk dalam besen berisi air tadi. Haaa...kan dah hilang mengantuk...ekekek...

3. Bila cara di atas tidak berhasil, anda boleh cuba cara mujarab ini...jatuhkan pen atau pensel ke bawah meja. Jika orang lain tidak nampak, anda boleh tidur dengan aman. Tetapi cara ini tidak mujarab juga jika anda adalah orang penting di ofis anda...

Cara di atas belum dicuba oleh penulis ini. Jika ada salah seorang dari anda yang berhasil dengan mencuba cara ini apa yang boleh Izan katakan adalah anda seorang yang hebat...hehehe...

ubat mengantuk paling mujarab adalah tidur....

11 comments:

Miss Xyz =) said...

bgus tip ni.. saya boleh cuba,, hahahaha XD

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

ahahahaaa...kelako jerk cara ke 3 tuuu

mizzkechique said...

semua xleh guna kak...huhuhu

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

Miss Xyz =): kalau menjadi bgtau akak yer...hehehe

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

MYA EL QAYREENA AZRYAN: pernah cuba ker? hehehe

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

mizzkechique: MK ada cara lain ker...^^

PinKy MoMMa said...

ahahahaha teruskan berblogging smpai x ngantuk huhu ;p

mamaDiana said...

kena sorongkan bantal ja...tak pon lengan sendiri...hahaha.

Kak Rose said...

Izan, buatle mata macam pirates of the caribbean tu... tutup pun macam bukak terbuntang jer... kalau lelap pun mesti orang x perasan... hahaha

Nenek Fasola said...

heheh..klaka jugak cara2 tu

jemput singgah blog nenek http://penglipurlarafasola.blogspot.com nk follow skali pn buleh jugak! hehe

hafizah alias said...

kak izan : sy pernah buat care pertama. mase tu ngntuk gile, tak terperasan masuk toilet laki. tibe2 sy dgr ade suara laki tegur sy, die ty ni toilet laki ke pmpn. sy confident jwb pmpn. last2 sy yg malu sendiri. kuar je toilet tu, trus tak ngntok. huhuu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...