Wednesday, May 25, 2011

Part 2 - Panggilan Telefon Misteri

Bila baca cerita ni berderau darah dan bulu roma naik tanpa di suruh...huuuu...takut okeh! Ok, sekarang Izan nak sambung cerita part 2 pulak. Sila baca dengan penuh perasaan untuk kesan lebih efektif. Untuk cerita part 1 klik sini

Sambungan ...

Partner aku yang sorang tu lagi pun sampai,lepas dia beli pisau pemotong roti. Jadi aku inform lah kat die, Telekom dah pasang dah line telefon dan internet sekali, aku bagi lah berapa nombor telefon restoren tu. Aku pun save jugak lah nombor tu dalam aku punya handphone, sebab keesokkan harinya aku plan nak pegi kedai yang buat namecard, nak masukkan nombor telefon restaurant sekali, sekali dengan nombor fax kitorang.

Keesokkan harinya, aku pun singgah lah kedai buat namecard. Diorang cakap diorang boleh siapkan after lunch jadi aku pun setuju lah, then diorang suruh aku isi satu form tentang maklumat yang nak tulis dalam namecard,warna,gambar apa dan sebagainya. Waktu aku nak isi bahagian nombor telefon tu, aku jadi tak pasti pulak berapa sebenarnya nombor telefon restoren tu. Untuk pengetahuan semua, hari sebelum nya tu, aku cuma buat missed call je dari telefon restoren ke handphone aku, ingatkan senang la nak save terus takyah tekan nombor, tapi aku boleh lupa plak nak save.

Kebetulan pulak dekat bahagian missed call tu, ada pulak beberapa nombor supplier lain, jadi aku pun confuse ar,mana satu pulak nombor restoren kitorang ni, kang salah tulis kat namecard,susah pulak. Aku call lah partner yang lagi sorang, aku kita gelar dia Mr L je lah k, aku call Mr L ni kira nak tanya berapa nombor. Tapi call punya call, tak angkat pulak. Aku agak2 lah mungkin die tak dengar sebab restoren tu tengah renovation,jadi agak bising. Aku pun call je lah nombor yang ada kat bahagian missed call,nombor yang aku rasa nombor restoren kitorang,kalau betul,confirm partner aku angkat punya la.

Percubaan pertama,salah. Aku call nombor supplier udang pulak,haha. Percubaan kedua ni lah yang mula menimbulkan misteri.

Mula2 tu takde orang angkat,aku mula cakap dalam hati, hahhh ni confirm lah nombor restoren kitorang nih, sebab telefon tu kat bahagian dalam,kalau orang nak angkat,ambik masa pulak sebab barang bersepah, ko nak masuk ke dalam tu lagi satu hal. Waktu aku tengah tunggu tu, aku dah nak letak fon dah pun sebab dah 2 kali call takde sapa angkat, baruuuu je nak letak, tiba2 ada orang angkat. Aku pun confident la ingatkan partner aku, rupa-rupanya ....

"Hallloooo...ya.... halllooo..."

Meremang bulu roma aku tiba-tiba waktu tu, sebab suara orang yang angkat telefon tu, adalah orang yang sama call restoren semalam, ala yang nenek tua tu. Aku tak cakap apa-apa, terus letak fon sebab bingung, kenapa plak aku call nombor restoren,tapi nenek tua tu yang angkat? Mcmana dia boleh ada kat situ? Ke aku salah nombor?

Atas rasa ingin tahu yang membuak sangat, aku call handphone aku punya partner tu, nasib baiklah dia angkat. Dia bgtau lah memang ada dengar telefon restoren tu bunyik tadi 2 kali, kali kedua dia nak angkat tapi tak sempat. Aku suruh la dia missed call aku guna nombor restoren,konon nak senang save. Padahal aku sebenarnya nak make sure, adakah nombor yang aku call tadi, betul2 nombor restoren atau sebaliknya. Kot2 aku terdail rumah orang tua ke apa.

Partner aku pun missed call, SAH memang nombor yang sama. Aku dah mula rasa pelik, perkara ni mengganggu aku sampai ke malam.

Ada sambungan lagi...
 siapa suka cerita ni Izan akan teruskan...kalau tak suka bagitau tau!

19 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

suke..suuuuuukeeeeeee

Yuyu Zulaikha said...

yuyu suka citer niiiiiii! :p

Cik Puan Izan❤ said...

MYA EL QAYREENA AZRYAN: thanks yer...^^

Cik Puan Izan❤ said...

y u y u Z u l a i k h a : suka abih tu naper jelir kat akak.. nah amik balik :PP

Azie Zulkifli said...

suke tp xphm sgt la kak, byk sgt kol n watak dlm citer ni hehehe

Akunyer said...

saspen... misteri.. suka :)

MizzTina said...

ala..cepatla smbung... teruja dh ni...

Cik Puan Izan❤ said...

AZIE_YANA ZULKIFLI: azie, sila baca dgn penuh perasaan..mana tau akn lebih faham...heheh

Cik Puan Izan❤ said...

~~Ticer Wann~~: yer, saspen dan mendebarkan...^^

Cik Puan Izan❤ said...

mizzkechique: ala..sabor le yang... nti akak sambung cecepat tau...^^

cik cek said...

Cam seram je baca cerita ni....sape ek nenek tua yang ngangkat tipon tu....eeeeee....takutnya....

Cik Puan Izan❤ said...

cik cek: utk mengetahui siapa nenek tua itu...nantikan episod seterusnya....hehehe

Azie Zulkifli said...

hehe kene baca dgn prasaan yer, adoii len mcm lak

Cik Puan Izan❤ said...

AZIE_YANA ZULKIFLI: mana ada lain mcm...pikir apa yer?hehehe

No name said...

nenek tue kot tolong renovate restaurant.. dia tolong jawab kan.. hehehe

Anonymous said...

Teruskan sambungannya lagi.. :)

Cik Puan Izan❤ said...

Lizzie Yasmin: buat lawak lagi dia..heheh tak takut ker..

Cik Puan Izan❤ said...

Miss Tira: oke bereh! tunggu tau...^^

Anonymous said...

wahhh menakutkan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...