Wednesday, May 18, 2011

Hati Sedih Pilu

gambar ehsan google yang membayangkan wajah kesayangan hamba Adelia Soulha

Pagi tadi dalam hepi dapat drive sendiri datang kerja. Tapi Izan sedih mengenangkan si kenit Adelia Soulha yang baru berumur 2 1/2 tahun itu. Walaupun dari rumah dia macam exited nak ke sekolah, muka dia akan berubah ke mode sedih bila sampai gate sekolah. Bila sampai taska muka dia yang ceria automatik akan terdiam jer. Nampak bergenang jer air mata. Dia tak nangis...gud girl... Tak sampai hati nak tinggalkan dia dekat taska. Adelia dah seminggu tak ke sana dari hari Daddynya pergi Mekah. Sebelum ni Ma Izan dari kelantan ada datang dan dia jaga sekejap. 

Hari ahad hari tu Adelia demam dan kena infection gusi. Kesian dia sampai merah-merah dan bengkak gusi dia. Mesti sakit...sebab dia asyik menangis dan tak boleh tidur. Hari ini nampaknya dah okay. Harap dia dah tak demam lagi dan gusi tak sakit lagi. 

Izan sangat berharap dapat jadi surirumah sepenuh masa seperti dulu. Kerana itu adalah cita-citaku. Aku nak jaga anak-anak sendiri dan menjaga makan pakai  suami tercinta dengan sempurna. Izan Juga harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tiba... Harus menjaga makan pakai ibu bapa dan mertua tercinta jika mereka sudah tidak berupaya. Tetapi selalu berdoa agar mereka sentiasa sihat walafiat seperti biasa. Semoga rezeki kami sekeluarga terus masyukkkk.... ^^

semoga Adelia Soulha hepi bersama kawan dekat taska... dan Mummy harus bertabah sehingga jam 5.30 petang...

5 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

wahhhh cam tu cita2 izan...semoga tercapai eyr...amen..amen..

MizzTina said...

sabar kak eh...

ezy.fia said...

kak..
sabar tau..
arap pe yg akk cita2 tu akn dpt..
=)

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

tq izan komen yang membina...

PinKy MoMMa said...

go izannnn! mommy kena kuat ye xpcially depan anak2 ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...