Saturday, May 21, 2011

Warna-Warni Tubuh Badan

Salam...
Kat tempat Izan hujan. Tempat korang hujan tak? Macam menjadi satu kebiasaan pulak petang-petang begini hujan kan. Kalau 1 hari tak hujan tanah macam kering kontang dan Badan penuh dengan peluh bushuk masham... hehehe. 

Hari ni seharian Izan buat aktiviti bebas jer. Sekejap-sekejap Danish akan ajak untuk buat eksperimen... Dia kan peminat setia rancangan Tv IQ...huhuhu... terpaksa aku redha.. Dia suruh gunting Mummynya ikut.. suruh tampal, ikut.. sampaiiii dia puas hati...

Okay, merujuk kepada tajuk di atas berkenaan warna-warni tubuh badan. Korang tak perlu beli pensel warna, tak payah pinjam krayon member. Sebenarnya ada banyak warna di badan korang. Cuma tak boleh digunakan untuk masuk pertandingan mewarna jelah...hehehe.
 
1. Mata merah
Sakit mata atau mata tu jadi merah sebab kena cucuk masa leka mengendap anak dara jiran mandi.

2. Hati hitam
Hati orang yang dah tak makan nasihat langsung dan tak serik-serik buat benda tak berfaedah. Contohnya manusia yang jadi peragut dan penyimbah asid tuh.

3. Otak kuning
sorry takde gambar sebab bila Izan google dia keluar  gambar lucah yang bukan-bukan...menyesal pulak... uweekk... korang jangan cuba-cuba google yer...

Otak yang dah terlampau kotor sebab banyak fikir yang bukan-bukan terutamanya yang lucah dari fikir pasal kebaikan.

4. Kulit putih
Menjadi pilihan kebanyakan lelaki sebagai syarat untuk mencari awek walaupun diri sendiri putih sikit jer dari bontot kuali.

5. Hidung belang
Jantan yang suka mengacau perempuan tak kira tunang orang mahupun bini orang apatah lagi awek orang tapi, bukan nenek orang.

Okay, sekian dulu untuk kali ini...renung-renungkan dan selamat beramal. Artikel ini di cilok dari majalah lawak dan gambar-gambar berikut adalah ehsan google.

Adeh! eksperimen lagi...

11 comments:

Wiyah said...

kat sini hujan gak tersangat la lebat,,air melimpah ats jalan siap kilat ngan petir lg..dah 3 4 hari tak ujan kot!!...terlebih cerita plak hehe

Anonymous said...

Hohoho.. Otak kuning. Nak google ke tak nak ni ye. Hehehe :p

Anonymous said...

pilih warna kegemaran masing2. jangan tersalah pilih. huhu.

Cik Cempaka said...

malangnya, abang sy leh cakap tak suka pompuan putih..haha

tapi klo semua suka yg putih2, yg cerah sikit dari buah sawa cam cy ni, camner la kan :)

Cik Puan Izan❤ said...

Wiyah: kat sini pun sama..kalau hujan mesti siap kilat, petir, dan angin ribut lagi...huhuhu...tiap2 petang bila nak blk kerja takutt sgt...

Cik Puan Izan❤ said...

Miss Tira: ohoo..tira noty yer... no no no...

Cik Puan Izan❤ said...

cikguden: yer betul, silap pilih ke lain jadinya...

Cik Puan Izan❤ said...

Cik Cempaka: bagus abg awk. akak ni mmg putih. kalau pakai bedak org kata tebalnya mekap. kalo tak pakai muka nampak pucat. camno tu... pernah dulu terfikir xde ker cream untuk hitamkan muka...asyik cream utk putih jer...ngehngeh..

cheMissy said...

hehe,warna warni kehidupan~

PinKy MoMMa said...

lg satu..hati pinkkkkk ekekeke

msredcheesecake said...

CIK IZA,
XNAK ATI ITAM...NAK KULIT PUTIH HEEE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...