Salam...
Bukan apa.. petang-petang gini saja laa kan nak tayang kuih... sedap la kuih ni ...dah lama tak makan. Tadi secara tak sengaja terjumpa gambar lama. Jadi Izan nak share dengan korang resepi dia. Mana tau nak merasa buat sendiri pulak. Kuih ni amat popular di negeri Kelantan yer. Nama pun cek mek kan...hehehe... Aduhhh...! makin di pandang makin manis... makin di tatap semakin...erm...erm.. nakkkkk...!! Tetiba teringat makcik goreng pisang dekat ofis Izan ada jugak jual kuih ni... boleh tahan jugak kuih makcik tu sedap! Nak keluar beli memang tak dapat la... macam nak hujan kat luar tu... kang belum sampai gerai makcik tu habis basah kuyup....hahaha... tak ker haru biru jadinya. Okay! tengok resepi yer kawan-kawan. Lepas ni kita sama-sama boleh cuba di rumah...ngeee
Resepi Kuih Cek Mek Molek
- 4 biji ubi keledek (nak lebih sedap Izan syorkan keledek purle)
- 2 cawan tepung gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
- 1 sudu besar mentega/majerin
- Inti : gula secukupnya
Cara-cara
Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Tumbuk/lenyek
bersama mentega/majerin hingga betul-betul lumat (lebih mudah lenyek semasa masih panas) dan dicampurkan dgn
tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh.
Bulatkan doh kecil-kecil
menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan, kalau melekat
taburkan sedikit tepung gandum ditangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan
sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu
bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas. Angkat bila bertukar keperangan.
*AMARAN! JANGAN MAKAN KETIKA MASIH PANAS. Hati-hati yer takut melecur lidah tu.
nak cari ubi...nak cari ubi...
3 comments:
cedapnyer !! hujan-hujan mkn kuih cek mek panas-panas nih..hehehehe..
nak..nak..nak !!!
sapa nak nampak molek kena makan kuih ni la ye x?
salam izan ...
kuih cek mek molek ni memang2 sedap.. manis..juga dengan rasa ubinya..huhu.. tapi kat sini terengganu ni di panggil kuih mek comel.. lebih kurang sama lah dgn cekmek molek.. hehe..>_<
Post a Comment