Saturday, September 15, 2012

Makaroni Spiral Oh la la

Salam...
Izan baru jer dapat makan. hukhkhuk... tak sempat nak masak. Kesian perut terpaksa menahan lapar. Pagi tadi sempat makan kuih jer. Ahmad Waseem (baby Izan) langsung tak nak berenggang. Dah la tidur pun hanya kejap-kejap jer. Dia nak Izan baring dan golek-golek dengan dia . Bangun jer dia nangis...merengek... geramnyaa... sangat manja! Nak solat atau buat sebarang kerja terpaksa dengar dia melalak. Izan buat kerja rumah yang penting sahaja. kain masih banyak belum berlipat...huhuhu.... Ni dapat rehat sekejap sebab dia tengah main dengan abangnya Ahmad Danish... Huh! lega rasanyaa... rasa nak lumpuh pun ada badan ni asyik golek-golek jer...hehehe. Saper kata golek-golek, baring-baring tu best? tak best langsung okay untuk jangkamasa yang lama. 

Malam ni menu ini jugalah nampak gayanya. Redha jerlah wahai suami dan anak-anakku. Kalau nak makan nasi juga Izan bersedia untuk gorengkan telur mata kerbau dengan kicap... Makanlah seadanya...hehehe

Hari ni korang masih ada jemputan open house ker? Kalau ada syoknyaa... boleh relaks dan tak payah susah-susah masuk dapur kan. Cumaa...redah jem jer lah... yang tu pun parah jugak nak hadapi. Insan-insan berjiwa kental tak per lah....yer tak...?? hehehe...

Korang nak resepi ker? tak payah lah yer. Masak simple jer tu. Izan masak main campak apa yang ada kat peti ais jer. Tengok pun tak terliur kan.. kan? Oklah, baby dah memanggil-manggil dah tu. Nanti makin panjang pulak lagunya...Tata ;)


susahnya untuk tidak mengeluh...

1 comment:

Bicara Kak Noor said...

kekadang masak yg simple pun sodap tau akak suka yg simple mimple je tak berlama2 sngt kat dapur hee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...