Thursday, September 27, 2012

Kejar emas di Gunung Tabai, dihempap batu sebesar kereta kancil ! !

Salam...
Terkejut baca berita ni... Ngeriiii... sampai terburai perut. Rela tu gadai nyawa demi dapatkan wang segera.  inilah yang dikatakan "yang dikejar tak dapat, jatuh pula ditimpa batu" eh?? Agak-agak lepas keluar berita ni ada lagi tak yang sanggup pegi tempat ni. Tengok tu... bomba pulak terpaksa bergadai nyawa nak selamatkan org tu...hehe.. untung-untung bomba pulak jumpa emas... mana tau kan! Untuk berita penuh baca kat bawah yer...
Pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mayat Sze Chun yang maut dihempap bongkah batu di kaki Gunung Tabai, Bau, Sarawak semalam.
  
KUCHING – Keghairahan seorang peniaga yang ingin meraih pendapatan lumayan dengan melombong emas secara haram di kaki Gunung Tabai, Bau dekat sini, bertukar tragedi apabila mangsa maut dihempap dua bongkah batu sebesar kereta Perodua Kancil awal pagi semalam.

Mangsa Lee Sze Chun, 37, dikatakan pergi melombong emas di kawasan tersebut kerana mahu memperoleh wang segera bagi memenuhi impiannya memiliki sebuah premis perniagaan sendiri.

Bagaimanapun, Sze Chun yang menjalankan perniagaan mi kolok meninggal dunia dalam keadaan mengerikan dengan perutnya terburai akibat hentaman kuat ketulan batu yang tiba-tiba menggelongsor lalu menghempapnya di dalam terowong sedalam kira-kira 12 meter dalam kejadian pada pukul 3 pagi.

Pak cik mangsa, Chin Jun Chong, 47, berkata, mangsa pernah menyuarakan impiannya untuk memiliki kedai mi kolok sendiri bagi mengembangkan perniagaan bersama isterinya, namun mereka kekurangan modal.

Katanya, masa datang bertemunya dua hari lalu dan sempat menyatakan harapannya untuk mendapat modal yang cukup bagi memiliki premis  sendiri.

“Kami sangat terkejut dan tidak menyangka dia sanggup melombong emas untuk cari modal.
“Berita ini menyedihkan kami sekeluarga memandangkan mangsa sememangnya beria-ia untuk memiliki premis perniagaan sendiri berbanding ketika ini yang terpaksa menyewa di sebuah kedai milik rakannya,” kata Jun Chong ketika ditemui Kosmo! bersama isteri mangsa yang dikenali sebagai Ah Mei di kaki Gunung Tabai semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Zainol berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai bersama beberapa rakannya yang lain memasuki terowong tersebut sebelum dua ketul batu besar menghempapnya.
Katanya, ia merupakan kes kematian keempat  melibatkan pelombong haram yang menceroboh kawasan larangan itu untuk mencari emas.

“Difahamkan terowong sempit itu tiba-tiba runtuh dan mangsa yang tidak sempat meloloskan diri dihempap batu manakala rakannya terselamat.

“Mayat mangsa telah tersepit di celah runtuhan batu dan gagal dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat yang melancarkan operasi pada pukul 7.30 pagi (semalam),” ujarnya.

Setakat lewat petang semalam, pasukan bomba masih berusaha mengalihkan batu besar itu untuk mengeluarkan mayat mangsa.

Mohd. Sabri berkata, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

Beliau turut  mengingatkan orang ramai supaya tidak menjalankan kegiatan melombong haram di kawasan tersebut kerana ia boleh membahayakan keselamatan mereka.

 makan apa tengahari ni??

1 comment:

Hanna said...

Ya Allah ngerinya!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...