Friday, September 28, 2012

Resepi Dadih Kolagen Untuk Kulit Gebu Gebas

Salam...
Korang pernah makan kolagen rumpai laut tak? Izan dah lama amalkan. Siapa yang ada masalah kulit macam jerawat, kudis, gatal, luka kemalangan, orang-orang tua yang nak pulihkan tenaga sangat disarankan amik kolagen ni. Korang boleh makan kolagen ni dalam pelbagai cara. Maca Izan biasanya campur dalam minuman seperti sirap, orange, sirap bandung dan terbaru Izan buat dadih... Hmm... rasa dia sedap! seakan dadih biasa tu. Malah yang ni lagi berkhasiat... Siapa nak awet muda trylah... pasti tak mengecewakan... hehe... yang kat bawah ni Izan buat perisa stoberi... yummy!
Tahu tak kolagen rumpai laut ni bentuk macam mana..?? ni haa... macam ni... banyak contoh kat situ... dari rumpai laut yang fresh dari laut masin sampailah kepada rumpai laut yang kering... nak tahu lebih lanjut pasal rumpai laut ni klik sini AuraRyazCollections Izan tak reti sangat bab-bab rumpai laut ni. Izan reti makan pastu rasa sedap dan rasa cantik gebu gebas jer...ekeke... sorry agak kepoyoan di situ...hahaha...
Korang nak resepi tak nii?? Kalau tak nak Izan tak bagi... :p 

sedappp sangatt... rugi taknak... Izan dah boring campur collagen dgn air sirap dan oren...  senang jer buat dia. Ni Izan nak bagi resepi. Take note yer kawan-kawan! sorry gambar kurang mengancam. Ni pun nasib baik ada...hahaha... 
Mula-mula korang sediakan 50gm kolagen, 1 cawan gula, 1 kotak (1 liter) susu... suka hati korang nak letak susu apa atau perisa apa... janji sodap di anak tekak korang! yang Izan tunjuk kat bawah ni kolagen yang dah siap rebus sebelum ni. Takde orang nak perabih dan dah muak makan kolagen campur air tu yang Izan buat dadih ni...
 Pastu masak kolagen rumpai laut dalam periuk sampai hancur kolagen tu yer. *Yer! saya tahu periuk saya tak cantik. Abaikan semua tu sebab kita nak makan dadihnya sahaja bukan periuk.. :p*
 Masukkan gula kacau sampai hancur. Izan terlupa nak amik gambar step tersebut. Kemudian masukkan sekotak susu. Kacau lagi sampai menggelegak. Korang jangan tinggalkan periuk tu keseorangan tau takut pulak dia muntah melimpah. jenuh pulak korang nak bersihkan dapur...muahaha... Kacau sentiasa. Selagi tak menggelegak selagi itu korang kacauuu jer... pastu baru boleh tutup api.
 Biar sejuk sikit bolehlah masuk dalam bekas yang sesuai. Izan masukkan dalam 1 bekas besar. Mak pemalas memang macam ni. Korang jangan ikut tau. Ikut contoh yang baik-baik sahaja...ekeke...
 Masuk dalam bekas kecik macam ni sedap sikit mata memandangkan... nak makan pun senang.
 Bila dah siap beginilah rupa dia... tunggu dah sejuk masukkan dalam fridge.

Haa...! kan nampak sedap tuu...walahhh! *erkk...ker aku jer yang nampak sedap..*
Izan gigih sangat makan kolagen rumpai laut sebab banyak sangat khasiat dia. antarannya ialah... pengambilan kolagen rumpai secara teratur dan berterusan memberi kesan yang sangat positif, menjadikan kulit keseluruhan badan licin, halus, lembut dan cerah. Pori-pori kulit muka mengecil dan nampak segar bermaya. Kolagen ini juga boleh dibuat masker. Bagi ibu mengandung, pengambilan kolagen membuatkan kulit bayi yang dilahirkan cantik, sihat dan cerah.
Kalau korang nak kesan cepat elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein/berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita. Nak kesan lagi cepat kena amik bersama pil vitamin C.
Izan perasan kan budak ni makin cerah pulak. kan dia sedikit malam sebelum ni...erkk... Ni mesti dia yang habiskan dadih Mummy dalam fridge ni... Tapi, orang kata koalgen ni tak berkesan kat budak-budak... ntah! perasaan maknya aje kot...hehehe... Tengoklah tu perasan amik gambar sendiri. Ada pelbagai aksi sebenarnya... Letak 1 cukup! kang termuntah pulak korang nengokkan gaya dia yang ntah apa-apa tu...hahaha...
 dah besar anak bujangku...

Alhamdulillah...hari ni tak payah keluar duit untuk lunch...hehe...

18 comments:

Kesuma Angsana said...

wah nice one, tq share ye

jelly merah said...

saya pon tengah amalkan kolagen rumpai laut ni....minum dengan sesudu kecik sunquick takde gula...tp rasa boring la plak...seb bek izan dok bagi resepi dadih kolegen ni..takdelah boring sangat. aritu mkn campur eskrem....boleh la tahan gak...nanti rajin saya nak cubalah resepi ni...buat dadih kolagen rumpai laut perasa coklat

SURIA AMANDA said...

kat mana nak beli kolagen rumpai laut ni?

Rapunzeel Cikilolo said...

wah. lapa!

Rai Ourkizuna said...

suka kolagen kat kaki ayam..hehehe..

fazian.batrisyia said...

brp harga kolagen tu ye?

mselim3 said...

mana nak dapat kolegen nie..mahal x kologen nie....saje nak tahu...

dari mselim3.blogspot.com

Mia Liana said...

wahhhh bestnya. mia baru je guna ni...

Miza Yusof said...

menarik. terima kasih berkongsi. nanti miza pun nak cuba jugak :)

Zoutique Secret said...

Bestnye...Zu nak cuba gak la...sebelum ni minum ngan air suam jer..kalo ada sesape nk beli, bleh pegi kt sini http://zoutiquesecret-nurazura.blogspot.com/.

Fieza Areyza said...

salam.. nnt nk try resipi ni..

kak, nak tny , kalau utk masker, simpan dlm peti ais jugak atau letak dalam bekas then biar dekat luar?

Hana Hussein said...

Ni gune kolagen yg gold o purple

Zhura Zainal said...

Sedap ni..Pinjam resepi kak.Da bosan asek buat milo dgn kolagen je. Hihihi..

lis said...

Nak buat masker amek patinya...
after rebus tapis air collagen tu,then ambillah yg kat penapisan tu...
kalo bnyk simpan dalam peti ais...
boleh dicampur dgn telur(p ni tak pasti,pernah bace tap xpernah buat,esok mlm bru nak buat...

Ismalia Ismail said...

Nak cuba ! mesti best ! :)

eijaahmad8424 said...

as salam...nk tye klu bt dadih nie kan cmpur gula pasir???khasiatnyer terjejas x??ada yg ckp klu cmpur gula pasir khasiat rumpai akn terjejas(mati)...betul ke ek???

lily putra said...

Nak tanya, brp lama tahan dadih ni kalo simpan dlm peti? Kita kan mkn 2 sudu pg 2 sudu mlm.. Biasa mkn yg kosong jer leh tahan dlm 3 minggu. Yg campur susu mcm ni agak2 brp lama ye?

BUNDA a.k.a KN said...

assalam, ok juga klu dipelbagaikan rasa rumpai ni yer..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...