Salam...
Mengucap panjang Izan tengok berita ni. Dah takde benda lain lagi ker yang nak di buat?
Eloklah tu... Orang tengah sibuk demo menentang penghinaan terhadap Islam, negara kita nie pula sibuk nak anjur "Bikini Fashion Show 2012"...
Malulah Weh !!! Inilah yang dikatakan mengundang Bala Allah. Takde pasal cari pasal.
Tak takut bala Allah ker weii...?
Sekali
turun bala dari Allah Taala habis semua kena. Tak kiralah besar kecik,
tua muda, kuat lemah, kaya miskin, gemuk atau kurus, rambut kerinting atau
lurus, hensem, kurang hensem ker tak hensem semua sapu
bersih...habis semua kena.
Renunglah setiap yang berlaku disekeliling kita agar kita tidak menjadi agen yang menjemput bala yang dahsya daripada Allah. Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Sayyidina Ali:
Apabila
umatku telah membuat 15 perkara maka bala pasti akan turun kepada
mereka. Lalu ditanya tentang apakah itu wahai Rasulullah? Jawab baginda :
[1]Apabila hasil kekayaan negara hanya beredar di kalangan golongan tertentu sahaja
[2]Apabila amanah dijadikan suatu sumber dalam mengaut keuntungan
[3] Zakat dijadikan hutang
[4] Suami menurut sahaja kehendak isteri
[5] Anak derhaka terhadap ibunya
[6] Anak terlalu mementingkan kawannya
[7] Anak juga menjauhkan diri daripada bapanya
[8]Suara sudah ditinggikan dalam masjid
[9]Yang menjadi pemimpin di kalangan mereka ialah orang yang paling hina di antara mereka
[10] Seseorang itu dipandang tinggi kerana ditakuti kejahatannya
[11]Arak sudah diminum secara terang-terangan di merata tempat
[12] Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
[13] Para artis disanjung tinggi
[14] Muzik banyak dimainkan
[15]
Generasi akhir umat ini melaknat generasi pertama (para sahabat), Maka
pada ketika itu mereka bakal ditimpa oleh angin merah atau gempa bumi
atau diubah keadaan mereka menjadi binatang.
Ya Allah! jika dilihat dari hadis tersebut semuanya sudah kita dapat lihat sekarang di mana-mana. Seriaunyaa... sangat takut! Semoga kita semua tidak tergolong dikalangan orang-orang tersebut.
Astaghfirullahal Azim...
4 comments:
bak kata orang lama.. kuman seberang laut nampak..gajah depan mata tak perasan..
negara islam????
negara Islam yg kita banggakan... :(
ya Allah, jauhi kami dr balamu...
setuju ngan rai
Post a Comment