Saturday, September 15, 2012

Rindu Kamu Adelia Soulha

Salam...
Anak Izan yang no 2 ni takde dengan Izan sekarang. Dia kat kampung di Kelantan. Dah lama dia kat sana. Last sekali jumpa masa raya puasa. Entah kenapa 2 3 hari ni asyik teringat-ingat dekat dia. Sebelum ni Izan okay jer. Hurmm... nak balik amik dia lambat lagi cuti. Sebelum ni kalau Izan telefon nak bercakap dengan dia kemain lagi sombong. 2 hari lepas Izan sempat bercakap dengan dia kat telefon... "kakak nak ikut mummy balik KL ker?"... dengan suara sedih dia jawab... " Adeya nak ikut mummy..." hukhukhuk...sedih Izan dengar. Kalau sebelum ni sombong. Nak ajak berborak pun taknak... sibuk main dengan sepupu dia. Dia seronok duduk kampung. Kat sana boleh main puas-puas. Kat sini, Izan selau sibuk sampai tak terlayan dia. Korang semua pun tahu kan Izan baru saja dapat baby dan baby kali ni tak sihat dan perlukan perhatian lebih.
Hurmm... rindu sangat-sangat dah ni. Siapa yang tak sayang anak. Sesiapa pun boleh berkata sesuka hati. Izan ada alasan sendiri kenapa dia perlu tinggal kat kampung dan kenapa nenek dan atuk yang jaga dia... Manusia akan faham sesuatu hal itu sehingga mereka sendiri berada di situasi Izan sekarang.


hati menangis siapa yang tahu.. :'(



1 comment:

yoon da-hyun said...

cute giler nama dia ~
i like !
hehe !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...