Thursday, September 27, 2012

Resepi Donut Frozen Cara Izan

Salam...
Pagi ni Izan makan 5 biji donut kecik-kecik comel-comel. Alhamdulillah... burppp...kekenyangan... Izan panggil donut ni donut Adelia. Bersempena dengan nama anak dara Izan. Dia sukaaa sangat kuih donut. Kalau goreng 1 paket ada 12 biji boleh habis. Kalau tak habis pun dia akan gigit sikit-sikit semua donut yang ada dalam pinggan... kononnya nak chup la tu... Ishh...! comelnya perangai... kadang-kadang rasa lucu pun ada..hehehe...
 macam ni hah..! gambar ehsan google

Sesiapa yang duk tanya-tanya resepi tu... ni dia Izan kongsikan semoga mendapat manafaat bersama. Sebenarnya dah lama Izan buat kuih frozen untuk di jual. Macam-macam ada antaranya pau goreng inti kacang merah, karipap kentang, crabstick popia, sosej roll dan macam-macam lagi. Kalau boleh semua nak di frozenkan. Saya ni ibu berkerja semuanya nak mudah. Cuti hujung minggu bolehlah buat kuih yang mana patut... itupun kalau baby Waseem tak meragam. Dah lama jugak Izan tak lepas gian terperuk kat dapur. Tak tahu kenapa suka sangat duk dapur... ada jer benda nak di buat. Selagi baby tak nangis jangan harap nak guling-guling baring dengan dia. Biar jer orang lain layan. Abang dengan Daddynya kan ada...hehehe. Sambil-sambil buat makan sendiri dapat juga duit sampingan...hehe. Sorry gambar dah siap goreng terlupa nak amik. Ada gambar donut frozen yang dah siap packing ni jer. Tengok resepi kat bawah yer... :)

dah siap packing boleh terus masuk freezer

BAHAN-BAHANNYA :

200 ml air suam
2 sudu besar lemak sayur (shortening)
1/2 sudu teh garam
 3 sudu besar susu pekat
3 cawan tepung gandum
2 sudu teh instat yeast
Sedikit lagi air (tambah jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :
Izan menggunakan bread maker untuk menguli doh.
  1. Masukkan bahan-bahan di atas mengikut turutan dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air atau doh sedikit keras, tambah dengan sedikit lagi air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan. Atau 
  2. Jika anda menguli adunan mengunakan tangan, campurkan bahan-bahan kering terlebih dahulu kemudian barulah di ikuti dgn susu pekat dan air. Uli sehingga licin dan tidak melekat.
  3. Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30 minit hingga naik.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas goreng separuh masak untuk frozen atau boleh juga di goreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas kertas tisu.
  5. Gaul donut dengan gula halus atau hias mengikut citarasa anda. Boleh sedia di makan. Untuk frozen pula tunggu sehingga donut sejuk kemudian bolehlah packing di dalam bekas atau plastik yang sesuai.

 ketandusan ideaa...

3 comments:

Rai Ourkizuna said...

rajinnya akak..tapi bagus kan..jimat dari kita duk beli yang jual punya.. kebersihan pun tak terjamin.. nak cuba jugak lah nanti..

Bicara Kak Noor said...

wah kalau dkt boleh lah order je tapi jauh sngt kena buat snediri lah jawabnya ni boleh lah guna resepi ni utk frozenkan donut thanks Izan..

Dayang Nur said...

Assalammualaikum,
tumpang tanya kalau frozen donut ni biasanya boleh simpan berapa lama?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...