Wednesday, September 19, 2012

Anakku Terkena Serangan Ekzema Yang Teruk

Salam...
Bila nak menulis tentang sakit anak, perasaan ni rasa macam tak sampai hati. Lagi-lagi bila melihat gambar ini. Tengok sahaja sudah membuatkan kulit sendiri sakit, pedih. Cerita ini sekadar untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang mempunyai masalah seakan sama. Bersama kita mencari jalan penyelesaian terbaik.

Baby Izan ni namanya Ahmad Waseem. Dia dapat ekzema sejak berumur 2 bulan semasa dalam wad lagi. Iaitu selepas keluar dari inkubator. Kenapa dia ditahan di wad selama 2 bulan? Ceritanya di sini Ujian itu Tanda Kasih Sayang Allah   dan Cerita Baby Waseem
 Izan cuba cari gambar selepas keluar dari inkubator tapi takde nampaknya. Mungkin ada dalam pc kat rumah. Gambar-gambar yang dirakam adalah hasil curi-curi. Tak boleh ambil gambar di dalam wad NICU(Neonatal intensive care unit) ini yer.
Kami suami isteri redha dengan ujian Allah ini. Pasti manis menunggu akhirnya. Setiap kali Izan lihat gambar-gambar ini air mata mesti menitis teringat bertapa kanak-kanak kecil ini kuat semangatnya berjuang untuk terus hidup. 2 bulan di dalam inkubator tanpa makan dan minum. Yer! dia berpuasa. Hanya ubat-ubatan yang masuk ke badannya melalui wayar yang di pasang ke dada. Seakan tidak percaya Ahmad Waseem akan pulih seperti kanak-kanak normal yang lain. 
Okay! nak cerita pasal lain sebenarnya tapi dah keluar cerita lain pulak yer... lap air mata dulu... hukhukhuk... teremosi pulak padahal cerita dah lepas...
Sebenarnya Izan dah cuba bermacam cara nak hilangkan ekzema dia. Semua nasihat atau pandangan orang Izan ikut. Orang kata ubat ni bagus... okay cuba... tak jadi. Bomoh ni bagus...doktor tu hebat.. okay cuba... tak berkesan... tryla cream ni... tryla mandian tu.. try la bedak tu... bagilah minum ni... try la sapu tu.... hukhukhuk... dah hilang cara... dah habis ikhtiar orang kata. Semuanya tak serasi dengan kulit dia. Last2 Izan pergi klinik yang biasa family kitorang pegi kalau ada sakit demam. Klinik Famili namanya. Memang dah biasa dengan doktor tu macam famili sendiri...hehe... Doktor Aziz syorkan kitorang pergi klinik kulit ni.
Katanya bagus... Doktor ni best in asia katanya. Kalau family dia ada masalah kulit pun pergi jumpa doktor Ting. Kami heran..hehehe... aik! doktor pun cari doktor lain yer kalau ada masalah luar bidang... Kalau dah doktor sendiri yang syorkan betul la tu bagus... Tapi, kena fikir gak... semuanya atas kehendak Allah. Kalau Allah tak beri sihat... tak sihat jugak kan... Di bawah ni ada gambar kami semasa di klinik Ting. 2 jam tau kami tunggu... huhuhu... Ahmad Waseem tak tahu berapa kali lena dah...
 Dah macam-macam pesen dah Ahmad Waseem duduk rasa nak terbang pun ada... Dah puas menetek dengan mummy dan dah habis bekalan susu sebotol.
 bersama Daddy di tempat menunggu... daddy tengok tv, anaknya pun sama. Tangan bagi susu... kalau sumbat susu ke lubang hidung pun tak sedar tu... sorry gambar agak kegelapan di situ kerana cuaca sangat panas kat luar... Malas nak amik gambar banyak kali sebab orang duk pandang-pandang.
 Tu diaa... orang selalu ramai kat sini yer...yang Izan amik ni sikit... nak tengok lagi banyak kena datang sendiri la... segan pulak nak amik gambar orang. Kang kena saman tak pasal pulak....hehehe...
 Ahmad Waseem dengan mummy dia...hikhikhik... dalam bilik doktor pun kena tunggu lagi. Kat sini ada banyak bilik tapi doktor sorang jer. Doktor Ting tu lah. Jadinya doktor kena ikut turn lah.. lepas bilik ni bilik tu lepas tu bilik nun lepas tu bilik sinun...haa...korang baca pun penat kan apatah lagi bahu yang memikul. sesuai lah kot dengan nama dia ting ting ting...melantun lantun gitu...hohoho... Hurmm.. izan tengok pun penat. Dahla doktor tu agak berumur. Klinik tu buka pukul 9 pagi tapi pukul 8.30 pagi orang dah start penuh amik nombor giliran. Kalau korang datang pukul 11 sorry to say... dah habis nombor yer. Datang jer lain kali...hikhikhik...

Izan terlupa nak amik gambar ubat yang doktor tu bagi. Dia bagi ubat 3 jenis ubat. Ubat makan, cream muka dan cream badan. Harap-harap ubat tu serasi la dengan Ahmad Waseem. Ni gambar pagi tadi. Dah nampak perubahan kan. Kurang sikitla... baru semalam kami pegi klinik takkan nak terus baik kan. Bukannya buat magic...hehe...
Muka sedikit mencuka kerana baru bangun tidur. Ni on the way nak hantar dia pergi taska... 


banyak liku hidup yang terpaksa di lalui untuk membesarkan anak-anak... yang pasti, anak sihat.. kami bahagia...

10 comments:

MizzTina said...

wahhh, makin chubby dia skang..

Rai Ourkizuna said...

ya allah..kesiannya kak..alhamdulillah krim dan ubat tu berkesan untuk waseem.. semoga boleh buat panduan buat ibu ibu yang ada masalah yang sama jugak..

anak perempuan senang kena ruam lampin masa kecik dulu.. masa abang dia takde masalah sangat..tapi tak la sampai kami bawak ke klinik sbb tak teruk macam ni. lagi pun masa tu ada kawan datang rumah syorkan pakai allano lotion dengan bedak allano dari amway tu..alhamdulillah ok pulak..sejak tu memang ada je allano tu kat rumah..

SURIA AMANDA said...

semoga baby cepat sembuh...amin...

Mazni said...

Alhamdulillah...kuat betul baby Waseem survive. Anak no 2 Maz dulu kena eczema. Ingatkan ruam apa la naik kat muka, duk tenyeh la ngan baby oil tp merah tetap ada. Rupanya kena Eczema. Kebetulan masa Maz anak dara pernah kena Eczema teruk. Tapi kan Alhamdulilah pergi Klinik Ranjit dekat Subang Jaya SS15 tu, dua hari jer sapu ubat terus kering siap xde parut lagi..terus Maz bawak anak ke sana n mmg mujarab. Masa Ezcema tgh banyak tu sapu ubat Dr. dulu tapi lepas tu kena continue pakai cream pelembab jenama CETAPHIL. Jangan beli lotion sbb lotion tak tahan lama kelembapan. Cream lama, satu tube tu RM53. Pelembab ni kena continuous pakai. Sampai anak dah besar now pun Maz pakai tapi dah kurang sejak dah besar. Dont worry..Eczema ni akan hilang, tp amik masa. Budak2 camni xleh panas2. Baju kena serap peluh, mandi jangan sabun. Kalau nak sabun pun pakai CETAPHIL jugak. Cubalah. Utk klinik Ranjit tu cuba google. Ni no tel dia 03-56316090. Orang mmg ramai tp normally klu baby, diorang akan bagi priority. Sorry komen panjang, i just wanna share.

lynndAmya said...

alah comelnya ! berkat puan bersabar, pulih juga baby comel wasseem tu, hehe :D alhamdulillah

Cik Asma BLuppy said...

get well soon baby waseem!
u'r strong boy!

fazian.batrisyia said...

Kesiannya bby Waseem...Semoga cepat sembuh ye syg....Sy kalau ada bby, start lahir tu ahli farmasi syor guna mandian EUBOS...Alhamdulillah serasi dgn kulit anak2. Pernah dgr rawatan SONOTRON...guna radiowave...rawatan tanpa perlu makan ubat...Dr. juga kata ada tunjuk gambar2 bby yg kena eczema teruk, berkesan dgn rawatan ini. Kita hanya berusaha, kesembuhan dtg dr Allah jua..

ibuhebat said...

Alahai siannya. teruk jugak eczema dia ya. moga cepat sembuh.. amin :)

Anonymous said...

Assalamualaikum kak.

Rasa terpanggil nak bagi komen kat sini. Nama saya nur, umur 16. Sejak lahir memang ada penyakit ekzema ni. Doktor kata mungkin kena sebab faktor keturunan. Dari pengalaman saya, saya tak pernah dapat tidur yang betul betul nyenyak sebab sakit ni. Gatal je selalu. Tktau nak kata ape dah. Sampai la umur 9 tahun, baru saya dapat rasa tidur nyenyak. Tu la first time saya tidur takde terjaga sebab gatal.Rasa dia lain sangat. Bahagia. Haha. Munkin bunyi macam lawak, tapi ni lah kebenaran. Seksa nak tido.

Waktu tadika, selalu sngat dah ponteng. Bukan sebab gatal. Tapi sebab tak sanggup nak jumpe kawan. Sume cakap penyakit saya ni jangkit. Allah, sedih snagat time tu. Nasib baik ustazah2 ada jugak yang pujuk suruh pegi. Waktu ada aktiviti senaman dengan sukan pulak, memang saya tak join. Sebab nanti panas, peluh, badan gatal. Mak dah siap pesan kat ustazah, jgn bagi saya main kt padang.

Masuk sekolah rendah, saya tak peduli semua benda. Saya join jugak main kat padang. Kawan2 pun banyak faham bila saya kata tak jangkit. Saya dah mula hidup macam budak lain. Belajar sama mcm orang lain. Saya belajar betul2 sebab saya sedih tgk mak ayah saya struggle keluarkan duit beribu setiap bulan nak pegi jumpe pakar. Saya nak bahagiakan dorang. Alhamdulillah, upsr saya 5A.

Masuk sekolah menengah, saya simpan keinginan nak masuk asrama. Ayah tak bagi, ayah kata takde sape nak jaga. nanti termakan makanan alergik, susah. Saya ikutkan ckp ayah. Saya belajar kt sekolah kg. Saya tahu saya tetap boleh berjaya. Alhamdulillah, pmr 8A.

Tingkatan 4, nak jugak masuk asrama. tapi saya tahu mak ayah saya takkan bagi. Saya ikut. Takpe lah, biar saya sembuh depan mata dorang. Tahun depan dah nak spm. Insyaallah saya takkan kecewakan mak ayah. Sakit saya pun makin sembuh. Cakap pasal ubat, jenuh dah orang suruh makan itu ini, sapu itu ini. Takde kesan. Banyak kali saya jatuh semangat. Saya terus tak makan ubat ape2. Degil. hahaha. Kadang2 sampai malam takleh tido, saya menangis sorang2. Saya tktau nak cite kat sape sakit saya. Saya rasa mcm takkan ade org yang faham.

Lama lama saya tahu, sume ni ade hikmah. Kalau saya tak nmpak kesusahan mak ayah saya, mungkin saya tak study betul2. Mungkin kalau saya tak sakit, saya tak bersyukur dgn kesihatan yg saya ade. Mungkin saya tak jd kuat mcm skrg. Mungkin jugak saya tak post komen ni. hehe.

Untuk akak, sabar kak. Bg semangat kat anak akak selalu. Sebab kadang2 kalau dia memberontak, dia mengada mintak mcm2, semua tu sebab dia sakit. Macam saya, suka memberontak. Hehe.Mungkin sebab saya rasa saya ni tak berguna. Myusahkan orang lain. Insyaallah sekarang tak lagi :D

Doakan saya berjaya dalam spm tahun depan eh kak. Semoga akak kuat selalu!

lis said...

Assalamualaikum...
Kpd saudari yng comment tidak dapat tidur kerana penyakit ni...sy ingin berkongsi stu ubt yang boleh memulihkan penyakit ini....
saya bukan nk promote,saya tak jual...cuma nak shre...

1)cuba search produk sne beutskin essence.harga dy mahal ckit 1 kotak 200 tp klo dah jd ahli dpt harga 180 sekotak,sekotak ada 60 biji....boleh dimakan dan sapu pada kulit
(cubalah,mnalah thu serasi-insyaALLAH pulih)

sekarang pun sya tgh mengamalkan..cuma masalah sy ialah jerawat

kalo anda search tgk testimoni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...