Salam semua untuk kawan-kawan. Terima kasih kasih kepada semua yang sentiasa menjenguk Izan di sini. Izan sangat terharu dengan kawan-kawan semua yang sentiasa mengambil berat tentang diri Izan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budi baik anda semua.
Banyak yang Izan nak ceritakan di sini tapi, keserabutan dan gangguan emosi yang tidak stabil mematahkan semangat ini. Tuntutan kerja dan masa juga menjadi punca kenapa Izan lebih banyak mendiamkan diri.
Buat pengetahuan kawan-kawan semua, semasa Izan baru saja menjejakkan kaki di tanah air, Izan mendapat berita bahawa rumah kami sekali lagi kena pecah masuk oleh pencuri bedebah pada malam itu. Barang-barang yang hilang adalah 2 biji laptop dan 2 biji handphone. Tapi, nasib baik juga semua orang selamat. Tentang barang yang hilang tu siapa yang tidak sakit hati. Senang-senang sahaja mereka pecah masuk dan pilih barang apa yang mereka nak. Barang yang hilang boleh diganti, tetapi memori yang tersimpan di dalam tu mana nak cari balik? Sakitnya hati bukan kepalang. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan inilah dugaan yang terpaksa kami terima.
tak suka mengenang barang yang lepas, jika dikenang jiwa merana...
13 comments:
sabar ye cik puan izan.. mungkin Allah nk berikan yg lebih baik nnt,insya'Allah, mudah-mudahan.. amin... ^_^
sabar ye kak.. tu ujian..memang sakit hati bila benda yang kita dapat dengan susah payahnya senang2 je dorang kebas... :)
Sabarlah sayang !!! Asalkan jiwa semua selamat. Kalau pasal kecurian, memang rasa sentiasa berdoa pencuri tu datang melutut kat kita dan memulangkan harta2 kita.
bertabahlah kak izan...pencurik itu tidak akan selamat..semoga mereka insaf
Astaqfirullah halazim...subhanallah..sabar ya Puan Izan..harap Puan Izan tabah dgn cubaannya..insyallah ada hikmah disebalik yg berlaku itu.
Subhanaallah....Sabarlah Izan.ini semua ujian dan dugaan.Mudah²an akan melimpah rezeki untuk Izan sekeluarga selepas ni.Ya,memori yang ada dalam barang yang dicuri itu mungkin tak dapat diganti.Yg tinggal cma memori yg ada dalam hati kan?.Jangan tension² sangat ye dear.Kesihatan kena jaga.....
wahh..sedihnya..sabarlah.. insya allah ada hikmah disebaliknya..
kesian kamu yang..
ku doakan ada rzeki yg lebih di ari mendatang ya...
sabar ye izan..mereka ni tak igt balasan kubur..geram bg pihak!
pencuri sekarang mmg bijak memilih barang ... macam dah x selamat dimana2 pun kan...
congrats... nak tambah ahli keluarga baru.
sabar yer Izan.. mungkin ada hikmah di atas apa yg berlaku..
phewww..kecurian lagik?adeh menkotkan laa izan sejak akhir2 ni...
byk2 bersabar ye kak...
sabar ye izan...
Post a Comment