Thursday, June 02, 2011

Part 18 - Panggilan Telefon Misteri

Dah dekat pukul 12 tengahari rupanya... Sorry yer kawan-kawan. Izan banyak kerjalah. Sesiapa yang tertunggu-tunggu kisah misteri nenek kamsia, Izan sambung lagi yer...^^ Sambungan kali ini panjang pulak. Harap kamu semua sudi baca..
Sambungan ..

Nota : Kisah Freddie ini ditulis berdasarkan cerita sebenar Freddie,yang telah diubahsuai dalam bentuk penceritaan. Harap maklum. Sekali lagi, dialog di dalam kisah Freddie,hanyalah rekaan semata-mata untuk disesuaikan dengan cerita.


Nenek menelefon sy,sewaktu sy di dalam perjalanan.

"Bekal tak bawa ke?Tghari nanti makan luar?"
"Sorry Nek,dah lambat. Nanti kalau sempat sy balik makan,tp tak payah tunggu"
"Ok, balik tengahari nanti. Kau tu ada gastrik,jangan bagi nenek risau"

Sy cuma cakap ok, itulah kali terakhir,sy dengar suara nenek...ya,kali terakhir ..

Sy terus memutuskan talian, hati sy sebak. Sy pandang telefon,agak lama. Hanya kerana sy tak sampai hati untuk menipu nenek, tapi sy tak sanggup untuk nenek tahu hal sebenar, sy bimbang nenek akan menghalang sy untuk ke Australia bagi menagih cinta seorang gadis yang belum tentu lagi akan menerima sy semula,setelah sekian lama sy penuhi segalanya dengan penipuan demi penipuan.

Sy pasti Joana akan memaafkan sy, walaupun sy merasakan Joana tidak dapat hidup tanpa kemewahan, tapi sy akan pastikan Joana mampu lakukan, kerana cintanya pada sy, sebagaimana sy yang sanggup berkorban apa saja untuk dirinya. Sy sudah pun tamat pelajaran, sy akan berusaha bersungguh-sungguh supaya sy dapat berikan kemewahan pada Joana, bukan sekadar kebahagiaan semata. Sy tersenyum seorang diri, tanpa menyedari kereta yang sy pandu sudah pun berada di perkarangan lapangan terbang.

Rakan baik sy, yang bekerja di lapangan terbang, sy hubungi. Supaya dia dapat memandu kereta sy pulang ke rumahnya dan menjaga kereta sy selama sy di Australia. Lagipun penerbangan yang sy naiki, bukanlah direct flight pun, sy akan transit terlebih dahulu ke Kuala Lumpur sebelum ke Australia. Mungkin sy akan ambil masa lebih dari 3 hari seperti yang dijangka,semuanya bergantung pada keadaan. Sy akui perbelanjaan sy tidak seberapa, hinggakan sy terpaksa meminjam wang daripada sahabat karib,untuk meneruskan perjalanan sy ke australia, sebuah tempat yang tidak pernah sy jejaki, hanya berpandukan pada alamat yang pernah Joana berikan pada saya, termasuk alamat tempat Joana melanjutkan pelajaran.

Hati sy remuk, perasaan semakin tidak menentu, bila sy mendapat khabar buruk,sebaik sahaja kaki sy menjejak tanah Australia. Panggilan daripada telefon bimbit Joana, yang sy sangkakan gadis yang bakal sy lamar sebentar lagi, rupa-rupanya teman rapat Joana, yang menghubungi sy hanya untuk memaklumkan Joana terlibat dalam kemalangan. Joana terjatuh ketika menggunakan escalator di salah sebuah kompleks membeli belah, apa yang sy tahu, Joana cedera parah di bahagian kepala dan patah kedua belah tangannya.

Sy maklumkan pada teman Joana,sy berada di Australia. Baru sahaja tiba kurang sejam yang lalu, teman Joana menghulurkan bantuan,tanpa sy minta. Setibanya sy di hospital, sy mendapat tahu bahawa sy kehilangan Joana. Sy kehilangan insan yang sy sayang, tanpa sempat sy ucapkan maaf padanya. Cincin yang sy beli khas untuknya, yang harga tidak seberapa, tidak semewah cincin lamaran orang berada, sy pandang sayu. Sy hanya mahukan Joana, saya hanya inginkan cincin ini tersarung di jari milik Joana. Sy bisikkan ke telinga Joana, sy sayangkan dia, sy akui kesilapan sy sepanjang sy bersama nya. Dan .. cincin itu, sy sarungkan ke jari Joana, yang telah kaku dan biru.

Telefon bimbit sy tiba-tiba berbunyi. Panggilan dari nenek tidak sy hiraukan, lagipun sy sudah memaklumkan padanya, sy akan "outstation" selama beberapa hari, nenek tidak sepatutnya memperlakukan sy seperti kanak-kanak kecil yang perlu diingatkan selalu. Sy tertekan dengan semuanya.

Selama 3 hari sy berada di Australia, sy menunggu kehadiran ibu bapa Joana yang datang untuk membawa mendiang Joana pulang,mereka mahu Joana dikebumikan di tanah air, sy tidak hairan kerana mereka lebih daripada mampu. Sy membantu apa yang patut,memberi sokongan moral. Sy turut hadir di majlis pengkebumian Joana, saya berasa puas kerana sy sentiasa berada bersama Joana,walaupun dengan jasadnya yang tidak lagi bernyawa.

Selama beberapa hari sy di Australia, sy menghubungi nenek. Panggilan sy langsung tidak berjawab,sy mula risau. Mungkin nenek,merajuk pada sy. Timbul pula perasaan kesal,sudahlah sy kehilangan Joana tanpa sempat sy meminta maaf padanya, adakah sy bakal melakukan perkara yang serupa pada nenek pula? Sy memarahi diri sendiri. Tanpa berlengah, sy hubungi Puan Nasha.

"Hello boleh sambungkan pada Puan Nasha?Ni Freddie"
"Ok,sebentar ya"
...

"Hello Nasha speaking .."
"Hello Puan Nasha..."
"Hah....awk Freddie,elok sangat lah awk call ni"
"Eh,kenapa?Ada hal apa2 ke?"
"Freddie,sy rasa elok awak berterus-terang je lah pd nenek awak,awak dah tak bekerja kat sini"
"Maaf Puan,sy memang berniat nak bagitau. Tapi tunggu sy sampai rumah dulu"
"Habis tu awak di mana ni?"
"Masih kat KLIA, sy memang flight hari ni,balik kampung hari ni."
"Bagus lah,nenek awak tu risau. Tiap hari telefon sini"
"Habis tu Puan jawab ape?"
"Nak jawab apa pula,nenek awk tak pandai ckp melayu kan?"
"Bila last nenek sy call?"
"Baruuuu je kejap ni ha,tanya bila awak nak balik kot? Tak baik awk buat cmtu kat dia"
"Tapi,kalau nenek sy baru call office kejap tadi,kenapa sy call,nenek tak pernah jawab pun?"
"Entah lah..merajuk kot?Hati orang tua Freddie...sensitif..awk kena faham tu"

Sy terdiam,perasaan bersalah mula menguasai. Rupa-rupanya nenek tak pernah jemu menghubungi pejabat sy setiap hari, sejak sy pergi ke Australia, tiada satu hari pun yang berlalu tanpa nenek bertanyakan tentang sy pd Puan Nasha. Risau betul nenek, nenek betul-betul mengambil berat. Kalau lah nenek tahu apa sebenarnya yang terjadi, nenek pasti kecewa. Tanpa sy sedar, airmata mula bergenang.

Selepas mengucapkan terima kasih pada Puan Nasha dan memutuskan talian, sekali lagi, sy cuba menghubungi nenek. Tapi tiada jawapan. Sy resah, mudahan masa cepat berlalu kerana sy perlu berjumpa dengan nenek secepat mungkin.

Sebaik sahaja tiba di halaman rumah, suasana menjadi begitu asing sekali. Sy keliru,rumah sy kah ini atau.. mustahil dalam masa beberapa hari,sy lupa jalan pulang. Memang sah ini rumah sy. Tetapi,hampir separuh rumah sy hangus dijilat api.. Dada sy terasa sesak,sy seperti mahu pitam. Apa ertinya semua ini? Dunia sy menjadi gelap seketika, sayup kedengaran suara seseorang memanggil-manggil nama sy.. tetapi.. segalanya hitam.

Bila sy sedar, hanya wajah-wajah jiran yang muncul di hadapan mata. Wajah nenek yang sy cari,tiada. Sy mula merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku.

"Mana nenek sy? Kenapa rumah sy terbakar?Kenapa sy tak diberitahu langsung?" Soalan sy sepi,tanpa sesiapa pun sudi menjawab. Sy mula mengalirkan airmata,seperti anak kecil. Jiran sy, seorang bilal masjid, datang menghampiri,meletakkan tangannya di bahu sy.

"Nak... Nenek kamu dah tiada.. Rumah kamu terbakar,pada hari yang sama kamu pegi outstation"
"Bila pulak sy pegi outstation??Sy cuma pergi jumpa Joana pakcik!!"
"Bertenang nak... Bertenang.."

Perasaan marah menguasai diri sy. Sy terlupa bahawa sy sendiri yang memaklumkan pada nenek, sy berada di pejabat dan kemungkinan akan outstation, dan kini hal itu, memakan diri sendiri. Sy menangis, sy baru sahaja kehilangan Joana. Sy tak dapat terima kalau sy terpaksa kehilangan nenek pula.

Menurut pakcik tersebut,yang juga merupakan jiran sy.. Kali terakhir dia ternampak nenek, sewaktu nenek berada di belakang rumah untuk menjemur pakaian. Nenek sy senyum,tanpa berkata apa-apa,kerana nenek langsung tidak tahu berbahasa melayu, nenek sy hanya mampu berkomunikasi dalam bahasa Cina Hakka. Kebolehannya berkomunikasi dalam bahasa melayu, agak terhad.

Pada hari yang sama sy dikatakan outstation (kerana sy pernah maklumkan pada jiran), rumah sy terbakar pada sebelah malamnya akibat litar pintas. Kejadian yang berlaku pada lewat malam,menyebabkan kejadian itu tidak disedari. Semuanya sudah terlewat apabila api semakin marak, nenek sy terperangkap di dalam rumah, mayatnya tidak rentung kerana api sempat dipadamkan. Nenek meninggal dunia akibat sesak nafas.

Menurut jiran sy, nenek sy ditemui di bahagian bilik tidur. Nenek dipercayai tidur ketika kebakaran berlaku, paling menyayat hati, nenek meninggal dunia ketika tangannya masih memegang telefon,seolah-olah nenek cuba menghubungi sy sebelum tidur, mungkin kerana sy tidak menjawab panggilannya yang bertubi-tubi, nenek bosan dan akhirnya tertidur.

Sy seperti diserang histeria apabila mengetahui kisah sebenar. Sy langsung tidak mahu percaya,menganggap ini hanya mimpi. Beberapa kali sy menampar diri sy sendiri, cepatlah bangun dari mimpi ngeri ini! Tapi,ini semua kenyataan yang sy harus terima.

Tetapi.. bagi sy nenek masih hidup... kerana Puan Nasha sendiri mengakui nenek masih menghubungi pejabat bertanyakan tentang sy, pagi tadi... Mustahil nenek sudah mati beberapa hari lepas, bukankah pagi tadi nenek telefon pejabat?

Sy tersenyum...

Bersambung...

 dari petang semalam perut rasa tak selesa...perlukah pergi jumpa doktor...hurmm

7 comments:

PinKy MoMMa said...

alamak sebenarnya nenek ni idup ke dah terbakar?

patut la ku tunggu2 kamu x de pagi ni..g lar klinik mommy..kesihatan kena jaga ;)

pegi tauuuuuuu!

MizzTina said...

xsmpt bc...byk keje.. ptg ni br follow...

Lady Dea said...

Kesibukan melanda.Maklumlah awal bulan.Tapi kugagahkan jugak baca ni jap.Wa...hatiku tak tenang dari tadi.Ni dah lega dah...huhu..

Aiseh....Nenek Kamsiaaa dah takde ke?.sedih lor......

Cik Puan Izan❤ said...

PinKy MoMMa: nenek ni dah mati kot...tu hantu nenek kamsiaa tu...hehehe

thanks pinky..nak pegi jumpa doc tu akan difikirkan....sbb sakit tak seberapa...

Cik Puan Izan❤ said...

mizzkechique : okay MK...buat benda yg penting dulu...lain kali boleh baca...^^

Cik Puan Izan❤ said...

Lady Dea: nilah pembaca tegar kat sini...^^ setiap hari tak tenang tanpa baca ni..

Cik Lya Shah said...

eh, nenek dy tu hidup lagi ke tak..
seram lak..
eh, pegi laa klinik..
t sakit lak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...