Wednesday, June 01, 2011

Part 16 - Panggilan Telefon Misteri

Mode malas sebenarnya ni. Boleh tak kalau taknak sambung lagi? Izan tengah banyak kerja ni. Lagipun macam malas fikir pasal blog. Biar bersawang 3 4 hari nak tengok macam mana. Hehehe... takut jugak kang tak pasal-pasal kepala aku ni kena hempuk... Ampunnn...^^

Kepada peminat setia cerita misteri ni baca selo-selo tau... Kena hayati betul-betul baru ada feel... Part sebelum ni cari kat arkib bawah sekali yer...
 sambungan...

Nota : Kisah Freddie ini ditulis berdasarkan cerita sebenar Freddie,yang telah diubahsuai dalam bentuk penceritaan. Harap maklum. Sekali lagi, dialog di dalam kisah Freddie,hanyalah rekaan semata-mata untuk disesuaikan dengan cerita.

Kisah Freddie bermula ..

Nama sy Freddie,sy dah bekerja di syarikat tu selama 6 bulan untuk jalani practical sy. Sy dah jadi pekerja tetap di situ bila practical sy tamat. Sy tak pernah ada masalah, sehinggalah pada satu hari, sy dapat tahu, teman wanita sy berubah sikap secara tiba-tiba. Mungkin atas sebab tinggal berjauhan, dia berubah. Dia dah mula meragui saya, sedangkan sy, tak pernah berubah laku, atau curang pada dia, walaupun hakikatnya sy ada peluang untuk berbuat begitu, di belakang dia, tanpa pengetahuan dia. Sy sangat sayangkan dia, lebih dari sy sayang keluarga sendiri, sehingga sy pernah katakan pada dia, kalaulah hubungan ni tak direstui keluarga, sy sanggup buang keluarga daripada kehilangan dia. Ya,awk boleh kata sy bodoh, sy memang bodoh waktu tu, tak pernah menghargai keluarga. Sy hidup dalam dunia sy sendiri. Bagi sy, teman wanita sy adalah segalanya pada sy.

Sy anak yatim piatu. Ibu sy dah lama meninggal dunia,sejak sy kecil lagi kerana sakit barah. Ayah sy pula meninggal dunia waktu usia sy 12 tahun, kerana kemalangan di tempat kerja. Sy dibesarkan oleh nenek sy,sejak sy berusia 12 tahun lagi sehingga lah sy habis sekolah, melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Semuanya dibiayai oleh nenek sy, yang hanya berpendapatan kecil, sekadar mengambil upah membuat kuih-muih dan nasi goreng yang dijual di salah sebuah kantin sekolah. Kami hidup serba sederhana, tak lah terlalu daif sangat, sekurang-kurangnya nenek sy mampu menyediakan tempat berteduh,makan pakai yang cukup,walaupun tidak semewah orang lain.

Nenek tak pernah sekalipun, menentang kemahuan sy. Sejak sy kecil, kemahuan sy akan dipenuhi, dengan segala kudrat yang nenek ada. Sy bangga dengan nenek, sy sayangkan dia. Tapi semuanya berubah bila sy kenal teman wanita sy, Joana (sekadar nama samaran). Sejak hari pertama sy kenal Joana, sy sukakan dia. Bila sy berjaya memiliki dia,sy rasa amat bertuah, yang sy tak dapat nak gambarkan. Perasaan muda-mudi bercinta, sy rasa sesiapapun pasti pernah rasa. Lebih2 lagi, ini lah cinta pertama sy, yang sy harap kekal hingga ke mati. Sy tahu,masih terlalu jauh untuk sy menjangkakan bagaimana penghujung hubungan kami,sy mendoakan hanya yang terbaik saja.

Joana, bukanlah gadis biasa. Gadis cantik bergaya, hidup serba kemewahan. Ibunya mempunyai butik dan spa sendiri, bapanya pula pemilik syarikat guaman terkemuka. Boleh sy katakan, sehelai bajunya sahaja mungkin sama sahaja kosnya dengan perbelanjaan sy selama beberapa minggu. Sy sebagai lelaki, sy rasakan situasi itu,tak sepatutnya berlaku. Ego sy tinggi, sy rasa tercabar. Sbb tu, sy tak pernah dedahkan asal usul sy, yang berasal dari keluarga yang daif dan tidak seberapa. Bukan kerana sy hendak tunjuk sy bagus, tapi hakikatnya sy malu. Sy risau sekiranya sy tak layak untuk berdamping dengan dia. Tidak sy nafikan, Joana seorang yang agak mementingkan kebendaan, tak pernah sekalipun Joana bersama-sama sy menunggang motorsikal yg sy miliki, hanya kerana risaukan rambutnya kotor. Makan di warung biasa juga bukanlah satu kebiasaan buat Joana. Sy tak salahkan Joana, kerana dia membesar dengan kemewahan,bukan seperti sy.

Pernah sekali nenek sy hendak melawat sy di kampus, tapi sy cuma katakan tak perlu. Bukan sy tak rindu pada nenek,tp sy malu. Biarlah nenek di kampung saja, tak perlu kawan2 sy terutamanya Joana, untuk tau siapa nenek dalam hidup sy. Sy akan terus-terang pada Joana tapi, sekarang bukan waktunya.

Bila sy habis belajar, sy practical di tempat asal, kerana kemahuan nenek. Sy pernah tunjukkan gambar Joana pada nenek, tapi nenek seperti tak berkenan. Kata nenek, perempuan yang kahwin dengan lelaki, akan tinggal bersama suami, sanggupkah Joana bersama sy yang daif ni? Sy beritahu nenek, sy boleh ubah semua tu. Sy akan cari kerja bagus, beli rumah besar untuk keselesaan,sy perlu masa untuk kumpul harta, tapi Joana tak perlu tahu ini semua.

Nenek, cuma menggelengkan kepala. Bagi nenek,perempuan yang sanggup menerima sy walau dengan keadaan sy daif,adalah cinta yang lebih sejati. Sy tetap tak bersetuju dengan nenek, biarlah sy kumpul dulu kekayaan sy,untuk memiliki Joana.

 terima kasih kepada peminat setia kisah misteri ini...tak sangka sambutan sangat menggalakkan...

8 comments:

MizzTina said...

sangat mencabar...dh mcm kisah pengembaraan dlm buku cite ms kecik2 dulu..byk part.. hahaha

Cik Puan Izan❤ said...

mizzkechique: kisah pengembaraan upin ipin ker...hahaha

Lady Dea said...

Ish....nak biar blog bersawang 3 4 hari tu xpe tpi dgn syarat.....silalah buat auto publish ye izan.buat banyak2 episod untuk 3 4 hari tu.hehehe.Tolonglah jangan biar minda dea ni plak yang bersawang.terseksa uuuuuuu......

odahonebizz said...

sekali baca dah kena fllow every part...adventure betul lh...

Cik Puan Izan❤ said...

Lady Dea: ada pesanan khidmat masyarakat tu...hehehe... update jugak sbb rindukan kamu ler dea oii.. kan pengsan sbb xde sambungan cerita...hehehe...

Cik Puan Izan❤ said...

Odah + One = OdahOne: thanks.. ni sayang odah sgt2 nih...^^

Lady Dea said...

Yeyyyyyy....Jgn x tau.dah memalam buta,kalau tgk ade yg msuk blog izan,Dea r tu.Muahaha.Terjaga,capai HP,on9 internet pastu mesti nak masuk sini cuma xleh komen r plak.

Update ye izan.....meh sini Dea timang2 kasi semangat cket.huhu

Cik Lya Shah said...

hee~ makin best..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...