Wednesday, June 01, 2011

Jom Jimat Letrik

Kerajaan sudah umumkan tarif elektrik naik lagi. Sana sini dah sibuk fikir macam mana nak jimat letrik. Nak jimat macam mana lagi? Rasanya dah habis jimat dah...Haish! Teruk betul ni. Semua nak naik, itu naik ini naik.. gaji tak naik-naik... Sekarang darah pun dah naik gara-gara banyak sangat pikir barang-barang yang naik mencana-canak... Hurmm...

Untuk orang yang gaji ciput macam Izan ni haruslah mencari alternatif atau jalan bagaimana cara nak lebih jimat terutamanya letrik. Tips ini sebenarnya sesuatu yang ringkas dan mudah. Walaupun nampak remeh tapi, ia sebenarnya mampu mempengaruhi kadar bil elektrik anda setiap bulan.
Tip 1:

Padam semua lampu bilik atau ruang yang ada di rumah sekiranya tiada sesiapa di situ.
Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur di tutup.

Tip 2:

Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mode 'standby'.

Tip 3:

Sebaik-baiknya gunakan kipas angin(kipas dinding atau kipas berdiri) dan elakkan penggunaan penyaman udara. Tapi kalau dah panas sangat dan tak tahan barulah gunakan penyaman udara.

Tip 4:

Gunakan satu mentol lampu yang besar jika memerlukan lebih pengcahayaan berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.

Tip 5:

Mendidik ahli keluarga yang lain agar menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruang.

Tip 6:

Pasangkan lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut sesuatu perayaan atau ketika mengadakan sesuatu majlis atau kenduri.

Tip 7:

Elakkan penggunaan mesih basuh yang melebihi muatan ('overload') atau pun muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian yang kurang bersih ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.

Tip 8:

Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.

Tip 9:

Rajin membersihkan habuk atau debu yang terdapat di koil peti ais anda.

Tip 10:

Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi sekiranya 'freezer' peti ais anda kosong, isikannya dengan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.

Tip 11:

Elakkan menyimpan makanan yang panas atau yang baru dimasak dalam peti ais.

banyak lagi tips yang kita boleh cuba..okay, Izan nak keluar lunch ni...

19 comments:

MizzTina said...

mekaseh kak...

ezy.fia said...

aduyai..
sume naek..
huhukk..
kat umh saye mmg xde econ..
jimat dh kat stu..
hehe

PinKy MoMMa said...

huhu bil bulan ni tinggiiii..ganu panas hukhukhuk..

kAmi dAn mEreKa said...

selamat berjimat kak! hehe

pasni, kite kat rumah pon mesti kena bebel dengan abah, sebab kite suka bukak semua lampu kat rumah, hehe

Unknown said...

kerajaan suruh kita berjimat.. bini menteri2 duk membazir macam tak cukup2 bershopping..hangin je..

nak pomot sikit..kalau nak tau tips berbelanja emailkan pada saya ourkizunastore@gmail.com. cuma tukarkan jenama barang yg digunakan mcm ubat gigi,berus gigi.

Nini Hartini said...

tips 10 dan 11 tu ilmu baru utk saya. thx ye kak. huhu

suami pun pesan mulai skrg kena jimat letrik. dulu mlm2 pun biar pc on. skrg ni bila tak guna utk jangkamasa lebih 1 jam, saya mmg akn tutup pc ni. hehe..

Zana Adieyza said...

nice tips.. thanks for sharing

Cik Puan Izan❤ said...

mizzkechique: sama2...^^

Cik Puan Izan❤ said...

Cik Ezy: wahh..mmg jimat byk...mesti rumah ezy jenis yg udara byk masuk dan tak pns kan...untung betull..

Cik Puan Izan❤ said...

PinKy MoMMa: nak jimat selalu2 bentang tikar duk kat sawah padi...hehehe..angin byk situ oo..

Cik Puan Izan❤ said...

kAmi dAn mEreKa: kena jimat letrik tau...sian abah kena byr bil...

Cik Puan Izan❤ said...

Rai: biasalah rakyat didahulukan pencapaian di utamakn...tak gitu...

Cik Puan Izan❤ said...

Nini Hartini: kena byk berjimat nih..kipas pun takmau psg kuat2... dan betul tu pc xmau on kalau xnak guna...^^

Cik Puan Izan❤ said...

aDieyZa : thanks juga sudi baca...

Bunga said...

mmg mcm tu sejak dulu..jadi xtau nak jimat cam ne lagii..

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

tip bagus laa izan..tq...

B.e.e.n.a. said...

thanx info..tp camne eh kalo beena takley tdo dalam gelap??tpakse bazir T___T

Gadis Kecil said...

jimatkan letrik
untuk
jimatkan duit anda!

nak kongsi tips bole ?

hehe

Gadis Kecil said...

jimatkan letrik
untuk
jimatkan duit anda!

nak kongsi tips bole ?

hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...