Monday, October 01, 2012

Apa Ker lemaunya Hari Ni

Salam...
Izan biasanya ok jer hari isnin. Tapi tak tahulah hari ni rasa macam biskut meri lemau sangat-sangat... Kalau makan biskut meri lemau pun tak rasa macam ni kot. Arghhh... banyak sebab jadi lagu ni...huhuhu.. teringat anak pun yer... Baby Ahmad Waseem tak berapa sihat.. demam la pulok.
Malam tadi kami berkejar bawak dia ke hospital. Izan suspek dia kena denggi sebab deman dah seminggu kejap baik kejap ok. Pastu macam ada bintik-bintik merah kat badan dia. Pergi hospital apa lagi kena amik darahlah... Masa nak amik darah doktor dan nurse suruh kami keluar sekejap. Tinggalkan baby Waseem sekejap dengan diorang. Izan kata takper kami dah biasa tengok dia kena amik darah. Nurse kata tak boleh kena keluar jugak sebab itu procedure diorang... Lepaklah kami kat luar bilik... tapi masih kedengaran laungan Ahmad Waseem... mana tak meraung... kena cucuk tu amik darah...huhuhu... Mr Daddy tegur Izan. "Hah! tu kenapa muka nampak berubah...lain macam jer tuh! kata dah biasa konon"... huhu... lain yeh? Katanya muka Izan macam nak nangis... Jadi, fail lah ni kerana tak dapat menyembunyikan perasaan sebenar. Saya ingat saya terror. Saya ingat saya kuat. Rupanya tidak!
 
Setelah dapat result darah, Alhamdulillah... Ahmad Waseem tak kena denggi pun. Doktor kata itu hanyalah jangkitan kuman sebab dia demam. Nasib baik! kalau tak bermalam kat hospital lah kami jawabnyaa... Doktor bagi ubat demam dan calamine lotion untuk sapu kat badan dia. 

Hari ni Izan terpaksa datang jugak kerja. Tak bolehlaa dah banyak sangat cuti. Nanti orang lain bising pulak asyik cuti jer manjang. Jaga anak sakit macam tulah. Ni yang terasa nak berhenti kerja sangat-sangat nih. Datang kerja pun duk teringat-ingat anak. Pastu buat kerja pun macam blur-blur jer nih! Izan harap sangat Ahmad Waseem cepat sihat dan takde penyakit apa dah selepas ni. Kesian dia. Lepas satu, satu yang datang.


lapar la pulok... takde ker orang nak tolong top up milo kat pantry...hukhukhuk...

5 comments:

Unknown said...

mohon anda tabah ye :)

Anonymous said...

semoga cepat sembuh...

Unknown said...

kesian waseem..semoga cepat sembuh ya..

emarieys said...

muda waseem cepat sembuh..memang akan mengalir air mata bila anak kena cucuk kan..naluri seorang ibu..

Anonymous said...

moga cepat sembuh ye, sian KA baca!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...