Tuesday, October 09, 2012

Tiga Jam Jari Lekat Di Tombol Pintu!

Assalamualaikum...
Terkejut jugak baca berita ni... huhu... dahla nama seakan sama dengan anak Izan.  Kejadian ni berlaku kat Melaka. Gara-gara main pintu kena tahan sakit dan cemas selama 3 jam apabila jari hantu tangan kiri  tersepit pada tombol. Tulah budak-budak ni bila di larang tak dengar. Kan dah dapat penyakit. Nasib baik tak putus jari tu. Agak-agak budak ni fobia tak dengan tombol pintu lepas ni... tengok tombol pengsan...haha...
DANISH menunjukkan tombol pintu yang menyebabkan sebatang jarinya tersepit selama tiga jam.

di bawah ni Izan quote cerita tersebut...
MELAKA –  Gara-gara bermain tombol pintu, seorang murid tahun tiga terpaksa menahan sakit dan cemas selama tiga jam apabila jari hantu tangan kiri mangsa tersepit pada tombol tersebut di rumahnya di pangsapuri Ujong Pasir di sini semalam.  
Sebelum kejadian pada pukul 11.45 pagi, Muhd. Danish Abbasi Mokhtar, 9, murid Sekolah Kebangsaan Banda Hilir di sini dikatakan bermain dengan tombol pintu di bilik kakaknya, Nurkia Satina Batrisyia, 12. 
Ketika tombol itu dipusing-pusing oleh Danish, tiba-tiba jari hantu mangsa termasuk ke celah tombol tersebut yang juga tercabut dari pintu.  
Cerita ibu mangsa, Sharifah Nazahatul Akmal Syed Abu Bakar, (gambar kecil)  38, dia mengetahui  perkara itu selepas anaknya gagal menarik jarinya keluar dari tombol pintu yang tercabut itu.

 apesal macam nak terpeleot baca nama budak ni yeh...huhu.. 
canggih sungguh nama diorang... apa maksudnya yeh??

4 comments:

SURIA AMANDA said...

seram...rasa mcm kebas lak jari i tau...

aizu's life said...

hi cik puan izan..
singgah jp.. mood berBW.. hehe..
zaman makin canggih.. kejadian2 aneh lak makin byk.. dunia.. dunia.. :p

alinac lover said...

isk sakit nyaa

cik azLyzah⊙.☉ said...

alahaiiiiii...sakit nye 2..3jam??Omg @_@

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...