Tuesday, October 02, 2012

Terlepas Rinduku Pada Si Jejemput

Salam...
Selamat petang semua. Petang-petang begini di kala mata mulai nak terkatup eloklah berehat seketika. Solat asar dulu ker bagi yang belum tuh! hilang sikit rasa mengantuk bila dah basahkan muka. Buat kopi sedap jugak lawan dengan kuih muih yang ada di gerai sekitar ofis. 

 Izan ni dah lama terasa-rasa nak makan jejemput pisang. Biasanya buat kat rumah jer takdelah sampai nak beli. Walaupun Izan sorang jer makan kat rumah tu gigih ler jugak buat walaupun dengan 2 biji pisang jer. Orang-orang kat rumah tu mana nak makan benda-benda gini. Lainlah kalau masakan ala-ala western tu. Perasan tak sedar diri kan walaupun lidah belacan dan budu. Agah! tak pandang makanan macam ni. *AGAH tu loghat kelantan maknanya sombong* Tapi sebab dah lamaa sangat tak jumpa pisang masak ranum nak dibuat jejemput, Izan beli jelah jejemput nih yang dah siap masak tinggal ngap jer.
 Nampak jer hitam tapi sedap tau. Lagi-lagi kuih keria tu. Nampak keras tapi lembut sangat-sangat. Pandai makcik tu buat. Rasa nakkkkk jer pergi mintak resepi ngan makcik tu *kalau tak malu mintak apa salahnya...* Eh! cakoi pun ada...hehe... alang-alang menyeluk perkasam kan... Kalau ikutkan hati semua nak beli tau tak. Ada macam-macam kuih lagi macam popia goreng, pau inti kacang, inti ikan bilis, bihun goreng pun ada, pisang goreng, keropok... haa...kau! macam-macam adaaa... letih nak menyebutnya letih lagi tangan makcik yang membuatnya... Kuih kat gerai makcik tu semua sedap-sedap. Tiada yang tak sedap melainkan sedap-sedap belaka. Pastu nak pulak makan panas-panas. Kalaulah gerai makcik tu sebelah rumah harus badan Izan ni bagai di pam-pam...hahaha...

Kuih cakoi ni sedap tau makan dengan sos kastad hijau tu. Sos dia sedap tak macam sesetengah gerai lain. Memang makcik ni ikhlas meniaga nak bagi orang makan ni. Setakat makan 3 4 ketul tu memang tak terasa lagi lah...hahaha... Eh! promote lebih-lebih ni ada apa-apa ker? erk! dah memang sedap saya kata sedap. Oh yer! kat gerai makcik tu jugak ada jual kuih cek mek molek... sedappp sangat!

Nak tahu lokasi gerainya? kat bawah pokok yer dekat dengan restorang Ar-riyad Taman Setiawangsa, berhadapan dengan Restoran Ikan Bakar Sekinchan. Kalau datang pukul 6 petang memang tak dapatlah merasa sebab dah tutup...hehe..


kena fokus siapkan kerja nih! jap lagi dah nak balik...

6 comments:

SURIA AMANDA said...

teringin cekodok ikan bilis

Unknown said...

eh dekat ngan area rumah saya tu.. hehehe nampak sedap je ni...

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

sedapnya izan...nk sket...

Azera Aziz said...

Salam...

Sedap ni kalau minum petang cicah dgn air kopi pekat...perghhh

Azera singgah & follow sini ye...

Dijemput untuk join segmen Azera....

[GIVEAWAY] Kelasss Kau! Apa Rahsianya?

Cik Puan said...

owg kate jgn pandg luaran nye..bia hitam..tp sodappppppp^^

emarieys said...

best dimakan di waktu petang-petang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...