Wednesday, October 10, 2012

Bantulah Adik Ahmad Adam Syukri

Salam...
Bila membaca kisah adik Ahmad Adam Syukri, air mata jatuh mengalir tanpa disangka.. hati sebak. Saya tahu bagaimana perasaan ibu ini, kerana suatu masa dahulu saya pernah mengalaminya. Tapi saya rasakan ujian yang ditempuh ibu muda ini lebih hebat berganda. Saya ingat sayalah manusia yang paling Allah sayang bila di beri ujian olehNya. Tetapi ada insan lain yang lebih Allah sayang. Tak sanggup rasanya untuk melihat penderitaan anak ini.
Di sini Izan quote pasal adik Adam daripada page lamanya
“AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED (SEVERE HIE) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK…
“ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.
“DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..”
Ya Allah, sangat tabah Adam dan ibunya. 
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tak sanggup rasanya untuk menatap foto ini lama-lama. Sungguh menyentap jiwa keibuanku.

Air mata tak henti mengalir dan sebak bila membaca kisah adik adam... Saya ingat saya kuat bila di uji oleh Allah dengan ujian yang saya rasa sangat berat...anak saya dilahirkan dgn usus di luar...tetapi ada lagi insan lain seperti ibu adam yang lebih kuat dan tabah... auntie harap adam kuat dan tabah berjuang untuk terus hidup...kami semua sangat sayangkan adam...
ini ialah foto adik Adam dahulu di awal sakitnya.. masih mampu tersenyum ketika ini 
menitis lagi air mata tatkala melihat foto ini..kuatnya kamu adik Adam... semoga kamu terus berjuang untuk hidup...
 foto terbaru adik Adam
 Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan sangat-sangat di alukan kerana adik Adam sangat memerlukan sumbangan, memandangkan ibunya telah ambil cuti tanpa gaji untuk menjaga adik Adam. Sumber pendapatan hanya dari ibu dan neneknya sahaja.. Tolonglah kawan-kawan semua.. seorang RM10 pun sudah memadai... atau berapa sahaja seikhlas hati anda. 

013-3439702 - Puan Noraisah (ibu Adam)
02040007292201 CIMB
Noraisah Md Malena

Sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan Adik Ahmad Adam Syukri di facebook sila ke
berjanji takkan sekali-kali mensiakan anak-anak mummy...

12 comments:

Unknown said...

semoga adik adam serta ibu adam tabah mengharungi ujian Allah ni,berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.adik adam kuat yeah..

Nur Nainis said...

Rasa sangat menderita adik tu. Ya Allah kuatnya semangat ibu adam.

Unknown said...

semoga ibu bapa adam tabah dengan ujian ni..

Hazwani Harun said...

Baru pagi tadi tengok mak dn ayah adam kat dalam MHI, sedih melihat keadaan adam sekarang ni..sayu je..:(

Cik Puan said...

Semoga Mak n ayah adam sentiasa tabah dan kuat dalam mengharungi ujian Allah..

yan's cottage said...

hanya orang terpilih saja mendapat ujian sebegini....orang yang kuat dan tabah moga mereka terus berjuang dengan ketabahan dan doa dan bantuan dari kita semua sangat di perlukan......

KAK YONG XANA said...

semoga adik adam dpt pulih spt sediakala..insyaAllah..amin

hilbert said...

Semoga adik adam sembuh..sihat seperti kanak-kanak lain...

terdampar dipinggirkan said...

Mohon share ke blog saya puan...

Hani Inara said...

Perkongsian yang menarik...i dh follow u...follow me back ya..=)
http://haniinara.blogspot.com/

Mr. Doctor said...

Betul betul mengalirkan air mata..semoga dipermudahkan segala urusan :-(

Anonymous said...

ya Allah..kau tmptknla adk ahmad di dlm syurgamu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...