Tuesday, September 24, 2013

Agar-agar Dalam Kulit Oren

Assalamualaikum...
Kali ini Izan nak share resepi agar-agar oren. Sekali imbas ia seakan oren sebenar. Resepi ni dah 2 kali Izan cuba dan dah siap jadi hidangan meja pengantin pun...hehe..

Bahan-Bahan:
 5 gram serbuk agar-agar
2 camca besar gula (atau secukup rasa)
4 biji oren sunkist
Air secukupnya
1 1/2 sudu besar pes minuman oren sunquick
 
Cara-cara:
  1. Cuci oren tadi, lap kering dan belah 2 setiap biji, kemudian berhati-hati keluarkan isi oren menggunakan sudu, tapi kena lebih berhati-hati jangan sampai kulit oren koyak. Kemudian isi-isi oren tadi diperah untuk mendapatkan jusnya.
  2. Jus tadi dicampur dengan pes minuman sunquick, kacau rata dan tambah air secukupnya hingga mendapat sukatan 500 ml. Ketepikan.
  3. Satukan serbuk agar-agar, gula dan no.2, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Kemudian biar hingga suam. Berhati-hati tuang dalam kulit oren tadi, pastikan kulit oren diletakkan dalam bekas atau cawan untuk mengelakkan ia bergolek( Izan letak atas bekas dadih). Tuang hingga penuh, dan biarkan hingga hilang wap panas.
  4. Simpan dalam peti sejuk hingga dingin, potong guna pisau tajam mengikut bentuk potongan oren. Sedia dihidangkan..
siap untuk dipotong... alahai sedapnya makan sejuk-sejuk...terasa sejuknya kat tekak...

dah tengahari ni... masak apa korang hari ni??

Monday, September 23, 2013

Jom Shopping Sakan

Assalamualaikum....

Oh! saya sudah jatuh cinta.... harganya bukanlah mahal sangat.. yang penting isi di dalamnya...
alahai... boleh bergaya sakan... Al-Quran for muslimah siap dgn terjemahan
bagusnya ada Al-Quran colourful macam ni...memang besar dan tulisan pun jelas... sangat praktikal...
jom...jom apa lagi tunggu.. tak mahal pun...sesiapa berminat boleh hubungi Al-Quran Al-Karim Karya Bestari... Ada 7 pilihan warna. Harga hanya RM75 senaskah... ada yang kata boleh dapat lagi murahhh... owhhh cheaper! so tempting! So, nak fikir apa lagi... untuk maklumat lanjut boleh terus ke fb KaryaBestari

Okay! dapat gaji terus beli.. tapi kalau abang kanda yang belikan lagi-lagi saya hargai.... Terima kasih kerana memahami..


saya tak dapa apa-apa komisen pun untuk iklan ini... tetapi jika anda terpengaruh...pahala menanti saya *wink *wink....

Kek Coklat Moist Izan Super Duper Mudah dan Lazat

Assalamualaikum... Salam sejahtera adik, abang dan kakak sekalian... Terlebih dahulu sorry sebab tajuk super duper panjang...hahaha.... Hari ni Izan nak bagi resepi istimewa untuk kamu kamu semua. Resepi ni adik ofis yang request... Dia kata terasa nak makan kek coklat moist yang Izan buat... terasa-rasa kesedapannya.... haha...yang ni Izan yang kata bukan adik tu yang kata... mengidam ker dikk...?? hehe... takper takper hakak paham...

 Okay! sebenarnya ni resepi rahsia tau... tapi, sekarang dah tak menjadi rahsia lagi... di tukar kepada resepi istimewa... baik tak hakak..?? baik kan! kan!...hehe... Dengan resepi ini jugaklah Izan dapat cari duit lebih... ramai yang order. Dedulu masa anak baru sorang Izan pernah jual tepung kek coklat guna resepi ni.... jual online jer. Hampir keseluruh Malaysia jugaklah Izan hantar guna pos. Paling laku time raya... berkotak-kotak kena pos. Bila balik kampung pulak sedara mara kirim... penuh 1 kereta bawak balik tepung...hehe... Masa tu dalam tahun 2005, 1 paket tepung kek harganya rm8 sampailah harga tepung dan koko naik mencana-canak Izan jual rm15 untuk sepaket. Bila dah naik lagi...hurmmm...Izan pun dah tak sampai hati nak jual... rasa mahal pulak. Sekarang bila duk cerita pasal berniaga ni rasa macam nak buat balik pulak. Seronok tau ada side income ni...hehe..

Okay semua...! ni resepinya...





Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 3/4 cawan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
3 atau 4 biji telur (anggaran tepat 1 cawan)
1 cawan air panas

Cara-cara
  1.   Satukan bahan-bahan kering : tepung gandum, serbuk koko, gula pasir, soda bikarbonat dan baking powder. Gaul rata.
  2. Masukkan pula susu cair.. kacau sebati kemudian masukkan minyak masak dan telur yg telah dipukul..kacau lagi sampai sebati
  3. Akhir sekali masukkan air panas...kemudian kacau sebati..
  4. Masukkan dalam acuan loyang yg telah disapu sedikit minyak & kukus dalam kukusan yg telah dipanaskan tadi selama 1 jam.
  5. Kek ini juga boleh dibakar di dalam oven dengan suhu 170 darjah celsius selama 1 jam (bergantung kepada oven masing-masing) atau sehingga masak.
  6. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek benar-benar masak sempurna, kalau lidi tersebut bersih selepas dicucuk maknanya kek confirm dah masak yer..
 
ok, saper buat kek ni menjadi... korang dapat ilmu dan izan dapat pahala...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...